mama suruh update lagi blog. tapi aku tatau nak tulis ape. nanti kalo banyak tulisan, semai tanak baca. semai tu memang la pemaleh nak baca. surat kaba pon die tak bace, apetah lagi kalo artikel artikel atau journal journal. tu camne nak buat masters tu. menangis keboringan la ko baca journal nanti. sila prektis dari sekarang.
mamat pon tak suka baca kalau blog yang tulis panjang panjang. tapi aku ikut mood, ada yang tulis entry panjang pajang, ada yang sekedat ayat. sukati lah kan pasal ni blog sendiri. tapi si mamat tu ampeh jugak. kalau chat dengan die kat fb, kalau kita tanya die satu perenggan, dia akan jawab satu ayat atau satu perkataan. dah la kaki perempuan. i mean girlfriend ramai. tapi die kata die setia pada yang satu, iaitu si aida. aida ialah anak ketua polis bahagian trafik kat segamat. mamat kata kalau ada saman lepas ni biar bakal bapak mertua dia settlekan. masalahnya aku takde saman dah. so nak settlekan ape pon aku tatau. tapi aritu masa kne saman parking kat ireland, tak boleh lah pulak kasi bakal bapak mertua mamat kan pasal negara lain, ok itu cerita lain pulak.
eman tu pagi pagi tadi ialah miscall mama. ingatkan apebende ntah. rupenye die kata saje saje aje. alah, aku tau die rindu kitorang kan. rindu nak buli aku la tu. dahla suka nak buli aku suruh kasi anak die hadiah best best. eleh, ko takyah duruh pon memang aku akan kasi punya. tapi aku akan kasi kat lana n mieza aje tau. engko takyah man. ok, sila jeles.
bila ayah nak pos kuih raya ni? dah mimpi mimpi nak makan putu kacang ni. aritu tak dapat nak pos pasal kitorang pindah ke notts ni. mesti pagi tadi ayah dah pos. dad, pos skali dengan kari ikan duri dan pajeri nenas boleh tak? ok, i miss u too dad.
widad ialah dah pegi kolej untuk hari ke-2 harini. semalam balik dari kolej duk cerita itu ini itu ini. eleh, takyah citer la beb, pasalnyer itu kolej aku jugak weh. nak bukti? sila tengok prospectus kolej tu. ada gambar aku ok!
alim ialah pakai boxer sepanjang hari kat rumah. aku ialah pakai stoken tak tanggal-tanggal pasal sejuk. apasal aku yang sejuk ni? lemak aku jauh lebih banyak dari die dan apasal die yang slumber bukak baju ni?
mama? selsema + semam untuk hari ke-3. ini semua gara-gara widad sengal. abes suma bekalan ubat kitorang korek. tapi mama ialah banyak stok ubat kembung dan aku banyak inhaler. apekah? mari ke boots untuk mencari ubat selsema.
0 comments:
Post a Comment