MMS = minggu mesra siswa = minggu orientasi. kat uitm panggil nama ni. skrang tatau la masih kekalkan nama ni ke tak. cumanya masa aku masuk uitm, namanya MHS - minggu haluan siswa. then kebetulan masa tu anak Tun M masuk, so diorang tukar nama MMS ni. mesra la sikit, konon..
tiap-tiap sem aku jadi PM = pembantu mahasiswa = fasilitator. of course la biro perubatan. so nickname yang dapat ialah "akak medic", "aliaa pbsm" takpon "doktor or nurse".
antara scene yang aku paling ingat ialah"
masa ni first time jadi PM. so agak nervous. asyiklah nak nervous kan aku ni. hari yang PB (PB = pelajar baru) masuk register ialah hari ahad. maka berduyun-duyun lah mak pak atuk nenek sedara mara cucu sahabat, etc datang untuk hantar PB yang sangat dibanggai ahli keluarga dan sahabat handai. so macam biasa, diorang perlu berkumpul kat dataran jam 5 petang, lepas asar. means kne babai2 la before tu. then lepas kasi taklimat yang penting, diorang pegi makan malam. masa tu PB siswi duk kat kolej delima. delima 3, 4 n 5. lepas makan, kumpul lagi n jalan ke PI (pusat islam) utk maghrib n isyak. balik dari PI, terus berkumpul lagi, taklimat untuk pendaftaran besar esok. sebab ahad tu pendaftaran kolej sahaja. belum pendaftaran besar (universiti) lagi. habis taklimat, cek-cek dokumen, fotostat, etc, diorang boleh masuk tido.
kitorang (geng pbsm) lepak kat sickbay. buat postmortem, meeting utk pergerakan esok, jadual duty dan kemas-kemas ape yang patut. then kitorang amek turn balik bilik mandi, gosok baju ke hape n tido. gilir-gilir oncall.
dalam pukul 2 pagi camtu, ada budak ketuk sickbay.
budak : kak, tolong kak. saya gatal-gatal ni satu badan
aku : kat mane? semua ke? (masa tu tengok muka dah berbintat n mata merah n die tengah tergaruk2)
budak : suma kak. mata saya rasa macam kabur ni
aku : ko ada alergic ape2 ke? makan? ko makan sotong ke tadi?
budak : tak kak. saye takde elergic ape-ape.
aku : ni macam alergic. ke ko ada terlanggar pokok ape2 (mane la tau kan daun beracun ke)
budak : takde pon kak.
aku : ada alergic ubat?
budak : ada, panadol
aku : tadi kat bilik ada makan ubat ape2 tak?
budak : ada
aku : ubat ape?
budak : PANADOL
aku : (menyumpah dalam hati)... ok ok. jap aku panggil ambulance.
so panggil la ambulance, bawak ke PK (pusat kesihatan), dapat injection sebijik, balik terus tido.
ko tak rasa nak bunuh diri ke?
by the way, aku memang tak reti panggil diri sendiri "akak" ke, "kak aliaa" ke hape ke yang seumpama dengannya. so memang dengan junior suma aku bahasa aku engkau aje. senang, mudah, padat, ringkas.
balik dari PK, citer kat semorang geng pbsm. ape lagi, gelak guling2 la diorang. so sampai habis minggu MMS tu memang kitorang panggil budak tu "budak alergic panadol tapi makan panadol". ye, cerita tu masih hot sampai ke hari ni. suma junior pbsm aku pon tau citer ni tau.
eh, ke budak ni ada baca blog aku? ha, matilah bajet glamer.
0 comments:
Post a Comment