Wednesday, September 15, 2010

Cliffs of Moher, Ireland - 5th September 2010

balik dari Galway, kitorang kemas-kemas barang-brang, basuh baju, basuh bekas-bekas, kemas rumah, etc. then aku terus browse internet macam mane nak pegi ke cliffs of moher ni. nak sangat pegi cliffs ni sebab salah satu video clip westlife - My Love ada buat kat sini. silalah type Westlife My Love kat youtube, nescaya akan berjumpa dengan video clip tersebut.


perjalanan lebih kurang sejam lebih sikit dari limerick. patutnya less than an hour tapi sebab lalu jalan kampung, ikut belakang truck ladang, lalu tepi kandang kambing biri-biri, etc. sebelum sampai ke tempat kejadian, singgal petrol station, tumpang toilet. oh by the way, budak irish yang jaga petrol station tu ialah hensem.

alim tunggu turn


tempat ni kne parking kat tempat parking yang disediakan. then bayar n masuk. parking free tapi nak masuk kne bayar. dewasa 6 euro, kanak free. so skali lagi widad jadi kanak.


sangat teruja dan excited. dari tempat parking tak nampak lagi cliffs nye. kitorang jalan lah jalan..


dah nak dekat sampai dah tempat view cliffs tu.. dah nampak sikit-sikit. excited tapinyer control macho. hahahaaaa

ya, sudah sampai ke tempat view nya. sangat cantik. sangat sejuk. sangat kuat angin. sangat best. sangat berangan jadi westlife, panjat kat atas cliffs tu n nyanyi.

photographer tegar pakai camera yang aku pon tatau la canggih ke, old school tapi menghasilakn gambar yang sangat cantik ke, aku pon tatau.


yey! sangat cantikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk


tengoklah rambut widad bersepah. bukti angin yang sangat kuat. yelah, tepi laut kan.


nangis nangis nangis

almost semua gambar diambil oleh photographer tegar, Dr Mama










die ada 2 puncak yang boleh panjat naik untuk bergambar, etc. aku n widad naik puncak kanan, mama n alim naik puncak kiri. kitorang amek gambar mama n alim dari puncak kanan n vice versa. then kitorang join mama n alim, panjat ke puncak kiri pulak.

tercungap-cungap memanjat. padahal ada atok n nenek siap pakai tongkat, relex aje naik, siap potong kitorang. malu makcik!





kat puncak kiri tu ada pagar ni, diorang tak kasi lintas pagar ni pasal private property dan ada orang dah pernah mati jatuh dari cliff tu. tapi omputih ni kan ke degil sejak azali lagi. ada aje yang seberang. kitorang baik, ikut peraturan. hahaha








turun dari cliffs, ada macam tempat pameran. kitorang masuk dan tengok tengok ape yang dipamerkan sangat kan. agak berinformatif jugak..









dah beku-beku kesejukan tu, kitorang dan puas bergambar sakan, kitorang beli souvenir sikit. then ambil gambar lagi sementara ondway jalan ke kereta.






widad n alim kutip batu kat sini. batu westlife katanya. nak main batu seremban dengan batu westlife.



aku pon kutip sama. westlife tau



lepas tu kitorang pon pulang ke rumah. sampai rumah, masak chicken n chips untuk berbuka puasa..

3 comments:

DrSinga said...

cliff of moher memang breath taking!!
.
pssst...
mangapakah widad lebih tinggi daripada along??
:)
:)

norliza said...

salam..
hye miss alia..makin cutelh skrg???ape rahsia..??

julie^beth said...

dr singa - along ialah kecik (pendek) ikut belah nenek mama, orang cina. huhu.. sangat best kan Dr. jom kita pegi lagi nak?

norliza - trima kasih.. rahsia? diet yang sihat dan exercise, alhamdulillah.