Last day di Korea, kami pepagi lagi dah bersiap. Minta Mr. Han Taxi untuk jemput at 11am dari HUFS. Flight jam 4.15pm tapi kne ada kat airport 3 hours before flight time, dan journey ke airport dalam 1 jam 15 minit jugak. So we chose to bertolak awal.
Pagi tu dan siap kemas semua, timbang luggage last kopek, bawa beg semua turun dan naik taxi. Dah salam peluk cium mama dan Alim, kami pon bergerak.
Sampai airport, memang awal. Sementara tunggu counter buka, minum kopi dulu.
|
sharing is caring |
Kat check in counter semua smooth je. Settlekan scan resit semua kat booth tax refund untuk tax refund. Then kami terus masuk ke security sebab dah tau kat situ aje akan takes time.
Settle security and immigration, terus ke counter tax refund nak ambil duit refund nya.
|
jom beli kopi lagi |
|
train from main terminal to the gate |
Oleh kerana awal lagi, kami cari lotteria dan makan dulu kat situ.
|
last round shrimp burger |
|
sofea sangat suka cheese stick ni |
|
lasttttttttttttttt |
Flight on time, sampai pun on time. Mamat dan kawan nya jemput kami di airport, 2 kereta. Sampai rumah terus kemas bag, asingkan barang, dan tidur.
Adventure sungguh trip kali ni.
0 comments:
Post a Comment