Monday, July 17, 2017

Raya 2017... So far...

 Dia bila dah lama tak tulis blog, mulalah update pon cerita beberapa minggu yang lalu. Syawal pon dah tinggal lebih kurang seminggu, barulah nak update cerita menyambut raya.

Marilah kita mulakan dengan menu raya di satu hari di hari raya...

Rendang campur - daging, paru, limpa. Resipi nenek Kajang.

From top - ketupat palas ialah beli dari mak mertua Widad, lemang ialah Aiman dan Maisa yang beli, dan ketupat lontong ialah tempah beli dari my friend since sekolah rendah (akak ni yang supply ketupat untuk satay Willy yang kat Ramal Junction tu).

Kuah kacang instant, beli dari Safiyyah Osman (ayah dia buat kalau tak salah)

Mama masak kuah lodeh

Rendang ayam kampung (resipi nenek Kajang jugak)
Rendang dua-dua kami dah masak since hari Jumaat. So hari Sabtu lepas ke kubur atuk dan nenek kat semenyih, singgah rumah Widad untuk baca yasin jugak, then terus ambil ketupat lontong kat Sungai Ramal luar. So Sabtu tu kami dah bertenang lah. Sabtu malam (malam raya) kami takbir kat rumah, ada sesi present day seperti tahun-tahun lepas dan kemas rumah untuk raya esok.

Pagi raya tu Mamat, Alim dan Zul pergi solat raya kat masjid kat rumah. Kami yang lain lepak bertakbir kat rumah aje sambil siapkan meja.

Sofea dia jetlag. Pagi raya pon tidur.

Mateen tak sihat. Kesian dia cranky.

Maisa tu dia tak bergerak sebab dia dah letak 10 jarum peniti kat selendang dia. ok aku tipu, bukan 10 jarum.

Sis di pagi raya posing sebelah makanan hahaha

5 orang menunggu kat rumah termasuk yang tengah tidur jetlag tu

sampul aje company sponsor
Lepas diorang dah balik dari masjid, barulah salam raya bermaafan, bergambar dan bergaya. 


yang 2 orang belakang tu bermaafan style ape entah. sofea bila sesi bagi duit raya dia terus bangun.

kemain lagi

Selamat hari raya you all!

Lepas tu haruslah adegan makan. Jom makannn..


Siap tukar uniform takut kotor baju raya

wajib di pagi raya

makan makan makan
Lepas makan, kami pon bersiaplah. Nak keluar beraya. Seperti biasa pergi ke Sungai Sekamat, ziarah nenek dan atuk saudara.

Rumah pertama...

Roti canai the bombastic

Rumah nenek ucu, adik nenek yang bonsu (tudung hitam)

Rumah yang kedua...

sup tulang power gear boxing

rumah nenek teh (adik nenek no. 4)
Rumah ketiga...



Rumah nenek mun (tudung hijau). Adik nenek no. 5.

lupa nak ambil gambar makanan, makan nasi hujan panas.


Masa tu pon dah petang. Sebelum balik ke rumah, kami singgah ziarah kawan mama yang husbandnnya masuk ICU di Hospital Serdang. Beraya makan ketupat rendang kat cafe Hospital Serdang.

Malamnya, kawan-kawan sekolah rendah aku nak datang beraya. Kehadiran wajib dari Intan & Hassan, Fuad dan orang jauh si Loqman yang balik beraya. 

Hassan & Intan, aku, Loqman dan Fuad.
Oleh kerana orang jauh dah sebut nak makan, aku pon terus kelentung kelentang mask spaghetti bolognase dan egg mayo sandwich.

tetiba muncul menu baru
 
bawah tu lah egg mayo dambaan kalbu semua yang pernah merasa. secret recipe nya ialah kasih sayang hahahaa..

pandora tak dapat, coklat aje dapat. jadilah.
Hari kedua raya, kami duduk rumah aje. Aiman dan family dan Widad dan family pulak datang. Maisa dan family dah balik ke Melaka, kampung belah mertua.

Rambut raya katanya
Malam tu, kami beraya ke rumah Intan & Hassan pulak. 

Fiqin dan wife join sekali


Raya ketiga, Izzat sekeluarga dan Ili sekeluarga datang beraya ke rumah... Aku masak nasi briyani. 


Dengan Izzat (tudung kuning) sekeluarga

Acar timun resipi nenek Kajang

Nasi briyani ayam

Ini raya keempat, aku pergi beraya ke rumah Ili.

kawan-kawang hiking datang beraya ke rumah - Sohaib, Rashid, Shah & Adel

Raya ke-5 aku dan mama dah start puasa... Ini lauk berbuka kami.

amboi kemain berbuka

Malam tu Alim pergi beraya ke rumah kawan-kawan dia. Macam pak haji dah.
Raya ketujuh, ucu sekeluarga datang beraya ke rumah. 

Siap tulis menu kat dinding

Lasagna kasih sayang untuk tetamu

roti canai mamak mari

speghetti bolognase dambaan semua

alim meratah lauk ayam cuka minah.

from top : ayam cuka minah restoran penang, sayur campur, kurma telur
Lepas dari tu adegan aku pergi beraya aje lah. Dan beropen house...

Beraya ke rumah Ain, dengan kawan-kawan dari sekolah rendah dan family masing-masing.

Ini wawa, anak Siti.

kat rumah Ain lagi

ada ex-student geomatic kasi hamper raya katanya

pergi beraya ke rumah officemate Prof. Maziha (tudung pink).

first time makan etok kat rumah kak naimah

beraya ke rumah Kak Naimah (tudung corak)
Then ada kawan-kawan travel, ngopi dan scuba diving datang rumah...

blue berry muffin (tepung beli siap) dan lasagna dambaan pilu penuh kasih sayang

mama masak masak lemak cendawan, sayur campur dan ayam cuka minah



Ada lagi pergi acara makan-makan raya tapi terlupa nak ambil gambar. Weekend ni last syawal. Ada jemputan wedding dan open house. Lepas tu kita insof ok.

2 comments:

Azian Elias said...

wahhh...panjang cerita tu..
yang penting food semuannya win..
macam2 ada.

aliaaroslan said...

@Azian Elias kumpul 3 minggu punya cerita. hihihi. makanan semua memang sedap2 belaka.