Wednesday, January 28, 2015

ape lagi, rotan la...

Hot ke warm isu dah ni?

Benda yang aku selalu ingat pasal rotan merotan ni, ialah Aiman. Dia mamaaaaangggg la drama King kalau bab kena rotan ni.

Dia kan nakal. Alah, tahap nakal budak-budak lelaki lah kan. Main basikal tak reti nak balik sebelum maghrib. Pastu ape orang punya dia pun nak jugak. Bab membuli pon dia paking ketua sekali.

Dia punya drama tu, mother baru ambil hanger, dia nak nangis meronta-ronta bagaikan dah kena libas 5 round. Ha, boleh imagine tak?

Ada satu malam tu, kami pergi ngaji. Masa kat tempat ngaji tu dia main dengan rehal jiran kami, pastu terpatah. Pastu balik dari ngaji tu dia diam je takde kasitau mother. Sekali makcik yang anak dia punya rehal tu cerita lah kat mother. Haruslah mother tergezut lalu nak marah. Malam esoknya jugak mother suruh dia pergi rumah makcik tu, kasi duit nak ganti rehal tu. Pastu aku pon kena escort dia sekali sebab nak jadi saksi penyerahan wang tersebut. Sampai kat rumah makcik tu...

*aiman dah start nangis ye on the way ke rumah makcik tu*

Aiman : Makcik, ni mama suruh kasi duit rehal

Makcik : Eh takpe. Takyah ganti. Takpe.

Aiman : Makcik ambik lah duit ni. Kalau tak nanti mama pukul. Sakitttttt *nangis lagi macamkan dah kena pukul pon*

Makcik tu pun ambil duit tu.

Kau nampak drama dia kat situ?

Eleh, itu baru satu dua episode hanger dan cubit. Belum episod lain lagi. keh keh keh



Aku pon kena gak pukul. Tapi aku kan ego, kena pukul mane nak nangis. Tahan je air mata tak nak keluar.

Sebenarnya bukan tak nak nangis, tapi takut kalau nangis nanti kena pukul lagi. Sebab kalau kalau lepas kena pukul, then nangis, memang mother time tu sambil ketap gigi cakap "ha, nangis lagi nangis lagi nanti mama cubit lagi". Boleh bayang tak? Sambil ketap gigi dan urat leher naik. Pastu kau berani nak nangis? Memang tak lah.

Lagi satu kalau pergi rumah orang, memang aku konfem bersopan takkan punya carik nahas nak tumpahkan air ke, usik hiasan kaca orang rumah tu ke. Tapi yelah sebab aku dah besar. Entah2 masa aku kecik pon aku sama naik nakal kan. Kalau Aiman dengan Maisarah memang siap main bola dalam rumah orang tu. Ha, memanglah tak kena pukul depan orang, kau tunggu masuk kereta nanti. Kalau lepas adegan pecah barang orang rumah atau tumpah air or makanan, memang kau akan dapat jelingan maut mother tu ha. Dari situ je ko dah tau ko bakal di ketuk kepala, atau cubit kat perut or peha, atau settle bila sampai rumah je nanti. keh keh keh.

Tapi, time tu, takde pulak aku terfikir nak lari pergi report polis ke, ngadu kat atuk / nenek / tok / tokwan / makcik / pakcik aku or even cikgu sekolah pasal kena pukul ke ape kan. Well, part of it mama pon cikgu sekolah aku lah pulak kan. But the tujuan is tu protect out family secret. Means tak perlu orang luar tau.

Nabi kata gantung rotan kat rumah, kasi anak-anak takut dengan peraturan. Mother pakai lirikan mata je, pon kitorang dah takut. Amekkaw!

IUKL Hi-Tea

Last Friday ada Hi-tea untuk geng IUKL. Temanya "green vs denim". Haaaaa pening tak? Aku senang je. Memula nak cari blouse. Pastu masa jalan-jalan kat Melaka haritu, mother belikan satu blouse hijau. Then aku pakai je seluar jeans dan selendang warna dark grey macam nak sama warna dengan jeans. Dan oleh kerana aku AJK, nak kena gerak sana ni, aku pakai aje sandal Clarks. Jadi tinggi sikit la, dan selesa some more. Heheheeee

Pagi tu, aku sebagai AJK lucky draw, tolong load hadian-hadiah dalam van, nak angkut ke dewan. Hi-tea ni buat kat Hotel Oriental Crystal Kajang. Best jugak hotel ni walaupun bukan 5 star. 

susun barang dalam van. Photo by Zali.

gigih akak menolong

Sampai aje kat hotel, settle susun semua hadiah, aku pun balik ke office. Tak jauh pun dari office, dalam 15 minit pecut atas highway bersama RM1 tol.

Aku dan kawan-kawan bersiap kat office. Untuk mengelakkan kesesakan, lepas azan zuhur je kami terus solat dan terus ke hotel. 

simple je i ols

Sampai aje hotel, dewan semua dah siap decorate. Best lah geng decoration. 



lucky draw
Sementara nak tunggu event start, kami pun bergambar la kat selfie corner yang geng decoration siapkan. 



geng se-faculty of architecture & built environment


dengan MC-MC yang havoc

dah macam gaya nak berkaraoke pulak

ini syira from marcom office


Makan ok, boleh tahan. Persembahan pulak kali ni bukan staf yg buat, tapi students. Boleh tahan jugak diorang. Lucky draw almost 70% attendees dapat.  Memang target nak kasi banyak lucky draw pon.

ini geng dari faculty arts, communication and education


Start event pukul 2.45pm camtu, habis jam 5.00pm camtu. Just nice timing. Then kami sambung bergambar lagi sebelum balik...

KSK girls tak ready nak bergambar

ok now we are ready


wak doyok lagi

air asia lagi


in action, check nombor lucky draw sebelum kasi hadiah. Photo by Zali.



semua AJK. Photo by Zali.

Thanks IUKL. Bila nak buat family day pulak? ngeh ngeh ngeh...

Tuesday, January 27, 2015

Another night with KSK

Sabtu lepas, setelah agak lama tak pergi KSK (Kechara Soup Kitchen), aku dan kawan-kawan office yg lain pun pergi untuk tolong distribute makanan di sekitar area Dang Wangi. Kali ni, full korum kami pergi. Ada Intan, Kak Yan dan Dr Niza.

Memang sejak sebulan dua kebelakangan ni kitorang super busy di office dan juga dengan kehidupan masing-masing. Kali ni kebetulan semua free, so pergi bersama-sama. Kami sampai di KSK dalam jam 10.30pm macam tu, terus uruskan pembahagian makanan. Biasanya makanan ni dah dibahagikan ikut area / route. Tapi untuk menyenangkan kerja, kami akan masukkan dalam beg-beg kecil untuk senang nak turun dan bagi makanan.


before heading to Dang Wangi

AirAsia style. Beg-beg tu bersaiz sederhana dan kecil, lebih senang nak angkut dan masukkan dalam kereta dan bawa distribute makanan

far right is our fun and havoc team leader, Patrick.

Basically di Dang Wangi ni ada 7 stops. Setiap stops kami akan berhenti, dan go around untuk distribute makanan. Kalau macam route Chow Kit ataupun Cahaya Suria, biasanya homeless dan urban poor people dah ready dan beratur. Macam route Dang Wangi ni memang kami yang akan pergi dan cari mereka.

Kali ni kami habis agak awal, dalam jam 1.00pm macam tu. So sempat lah bergambar sakan lagi di depan KSK sebelum balik.

wak doyok style pulak


the whole Dang Wangi team for the night. the other volunteers are from KL Expats
Nanti saya akan cerita lagi street stories ya. Tengah tunggu gambar dari Intan.

Friday, January 23, 2015

Kedai makan B-Bap di IOI City Mall

B.Bap ni salah satu kedai makan yang serve Korean food. Kami dah dua kali ke kedai B.Bap ni, kat IOI City Mall yang baru bukak dan ramai gila rakyat tu. Kat B.bap ni bachan dia semua free. Nak refill 10 kali pon boleh tapi takdelah aku buat cenggitu. Dah kenapa nak kena makan bachan banyak-banyak kan.

Masa first time, kami tak boleh nak order hot food since gas di seluruh floor LG tu takda, so diorang tak boleh nak masak makanan panas. Kami pun order bibimbap aje. Aku order octopus bibimbap. Rasa dia sedap dan portion dia just nice. Tak terlalu banyak. Habis aku settlekan. 

octopus bibimbap

 Semalam kami ke kedai tu lagi. Nak try makanan panas dia pulak. All this while kami pergi ke dubu dubu aje. Saje nak try mane tau kedai ni punya makanan lagi sedap ke kan.



mother punya seafood sondubu chiggae

aku punya traditional korean kimbap

Hurm.. Second time dah makan, tapi sondubu dia memang fail. Terlalu banyak bawang sampaikan mengatasi rasa serbuk cili dia dan rasa tahu tu. Mother tak gemar dan aku pon tak suka gak. Tapi kimbap dia ok, sedap, macam makan kat Korea punya je.

So next time aku akan tapau kimbap dan makan kat dubu dubu sebab kami prefer sondubu chiggae di dubu dubu.

Dari segi menu, dia ada banyak lagi menu compared to dubu dubu, dan diorang memang ada tukang masak yang originally korean. Cuma tak masuk dengan taste malaysia kita. Kalau sape yang baru nak berjinak-jinak, silalah ke dubu dubu. Tapi kalau nak try kimbap, boleh try di B.Bap ni.

Thursday, January 22, 2015

Mother punya cerita - Update with more photos

Last October mother dijemput sebagai invited speaker di international conference di Seoul.

Yup, ke Korea mother. Kali ni mother bawak Alim je. Aku hantar ke airport dan tengok je lah mereka pergi sambil nangis dalam hati sebab tak dapat bernafas dalam udara yang sama dengan Hyun Bin. eh?

Gambar ni disnap orang salah sorang profesor di Korea, colleagues mother masa mother kerja di sana tahun 2012 dulu.



Sekali kau esoknya masuk dalam local newspaper. 


I'm so proud of you mother. Muah xoxoxo.

Sebab mother bawak balik kiriman aku...


Sekian cerita korea.

Oppsss ada sambungan lagi... Ni mother suruh upload gambar-gambar yang beliau snap masa conference dan jalan-jalan di Korea haritu. 


Ini Prof Chun.


vegetarian

Ini Dr Song. One of mum's good friend in Korea

ice kacang

roti topping butter and caster sugar


head massager

nyampah lak aku tengok pose si alim tu (padahal jeles)


tulang ikan pon jadi bachan

belut bakor - slrppp


is that banana milk?

on the left is one of mum's student in hankuk


nak balik dah



OK, kali ni betul-betul sekian.