Friday, August 15, 2014

Cholestrol

Harini dah Jumaat, esok dah Sabtu dan Ahad. Konfem ramai yang ada jemputan open house kan? Best, memang best. Sebab bila attend open house ni dapatlah jumpa kawan-kawan lama dan baru, jugak ahli keluarga diorang. So far aku ada satu open house hari Ahad ni. Tak sabar ni.

Selalunya, every year kat faculty ni akan buat open house. Coordinated by lecturers and staff, run by students. Tahun ni, takde lagi bunyi nak buat ke tak. Sebab kawansan atrium kat faculty ni dah penuh dengan 6 biji wakaf kayu dan sebiji wakaf buluh. Tapi, space  bukan masalah nya. Masalahnya ialah student pun tengah busy siapkan assignments dan kerja-kerja diorang. Kadang tu tak sampai hati nak suruh diorang uruskan program macam ni.

Tapi, actually diorang seronok je nak buat benda-benda ni. Sebab seronok, kumpul ramai-ramai dah buat kerja sampai kutuk mengutuk. Yes, that is the best part. Kita yang lecturer dan staff ni kasi duit dan tukang tengok je. Hahaha.

Semalam ada colleagues 4 orang buat open room kat bilik diorang. Serious best! Dahla sorang tu lecturer landscape architecture. Kemain dia decorate bilik dia. Kalah rumah aku yang ada beberapa bijik pokok tu je. Roomate dia suka ikan. So ada akuarium besar dalam bilik diorang, ada ikan ala-ala macam belut. Katanya spesis belut jugak. Dan, ini bilik lecturer lelaki tau tak! Nanti aku nak pegi snap gambar bilik diorang. Semalam nak snap, tapi terlupa bila ada makanan best-best diorang hidang. Pulut kuning dengan rendang nye, pastu ada mihun goreng, ada pulak yang bawak ice cream.

Rabu kelmarin aku rasa aku makan banyak gila. Breakfast, nasi goreng. Lunch, meehoon sup dengan sambal kicap terbaek pedas dia. petang lepas asar camtu, aku makan burger daging special. Malam, aku pergi menempel kat rumah mother, makan mata kucing segugus kau. E, segugus ke penjodoh bilangan dia? Lepas tu in between makan kuih samprit yang x-student kasi. Sebekas kecik aku habiskan. Gila ah. Then rasa guilty terus minum air banyak-banyak. Ape kena mengena aku pun tak tau.

Uish, kalau cerita pasal makan, memang best. Rumah aku tahun ni takde buat open house. Tapi kalau ada kawan-kawan nak datang, sangat dialu-alukan. I ols masak aje le ape yang ada yek. Haritu ada kawan datang dah dia kata tak nak makan berat, nak minum air je. Tapi aku kan chef terhebat. Haruslah nak jamu makan. Goreng nuggest dan wedge, kira ok kan? Hahahha.

So friends, jemput ke rumah. Tapi roger dulu tau. Untung-untung kalau aku naik sheikh, dapatlah hidang lasagna. Maklumlah, oven tak dirasmikan lagi.

2 comments:

Wak Lat said...

Salam. Hee saya tidak suka makan lasagna itu apa? Saya suka piza.

aliaaroslan said...

@tiga lalat lasagna tu pasta layer dengan kuah bolognase dan cheese. dia adik beradik piza sebab asal dari italy jugak.