Tuesday, September 3, 2013

Fakta menarik

1. Dapat pekeliling pagi ni yang umur pencen di sini ialah 60 tahun. Sampai anak yang bongsu masuk uni lah maknanya.

2. Selendang cotton yang aku pakai pergi Kelantan haritu dah jadi warna macam di nila. Seluar jeans siapa punya kerja ni.

3. Oleh kerana cafe di office perlu ditutup untuk kerja-kerja pembersihan, makanya pagi tadi aku telah membeli makanan berdosa untuk breakfast. Nasi lemak telur mata.

4. Aku dah try hari-hari nak dengar radio english medium tapi masih tak berjaya. So untuk memaintainkan english ku ini, aku perlu membaca berbondong-bondong buku cerita.

5. Office aku berkeadaan tongkang pecah dan bagaikan dilanggar 5 ekor garuda.

6. OK tu je setakat ini.

4 comments:

Dr Singa said...

gi halau garuda itu!!!

aliaaroslan said...

@Dr Singa baru berjaya halau seekor...

@ju said...

makanan berdosa?...err...baru je makan hari tu...isk..

aliaaroslan said...

@@ju kalau lepas tu jogging 1km, takpe.