Wednesday, February 29, 2012

tak sabar nak ke korea!

Tak, belum nak pergi lagi. Walaupun conference paper dah accepted, banyak proses nak kene lalui.


Baca entry blog mother, terus jadi tak sabar-sabar nak pergi.


Hyun bin, nanti aku lawat kau di sempadan ya. Sementara tu kau bertugaslah dengan penuh dedikasi.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, February 27, 2012

email

saya email mother saya setiap hari.

walaupon baru 2 hari beliau pergi korea.

yup, mother saya ke korea.

kerja.


so saya nak mengaji pandai-pandai supaya boleh bekerja di over-the-sea.

sudah 2 malam saya tidur di rumah yang mother saya tiada di biliknya.

saya sorok-sorok simpan baju mother saya yang tak basuh lagi.

supaya saya boleh bau mother saya hari-hari.


yes, saya anak manja.

memang mengaku.

Thursday, February 23, 2012

sushi king itu...

masa lepas majlis akad nikah maisa & zul tu, kami pergi makan sushi king dengan mother di taiping sentral. bawak penanggah import ni makan kimbap. siap budak-budak ni mengorat waitress kat situ lagi. hampehhh...

miza

define our emotions... please...

mak pengantin penat kejar cucu ke?

budak2 tak makan saman + alim

muat ke kerusi tu?

the lots
balik dari makan baru lah acara masuk pelamin tu...

serious, memang diorang ni very helpful!

wedding maisa & zul : hantaran

 lihatlah hasil yang tak berapa kretip dari land surveyor aka lecturer aka PhD student ini...

















sape nak buat tempahan? sila hubungi mother saya di email drnormaliza@gmail.com

ehhh?

wedding maisa & zul : masuk pelamin

quoted dari last entry,  "masuk pelamin" kalau nama biasa diorang panggil "malam berinai besar"

basically, pengantin perempuan akan bersanding seorang diri dan direnjis-renjis dipilis oleh makcik-makcik nya. kira acara orang perempuan ler. 

ha, baju mahal so kne pakai sampai malam!


kemana saja bapak pengantin ini kehulu kehilir

pakcik karaoke datang bawak set dia untuk kami bantai berkaraoke malam tu. huahuahua

kau nak ape, maisa?

sepupu johor, ifa


sepupu kajang

gemilang tak baju? tracy jahit!


kenapekah widad?






malam tu jugak baru aku dapat tau yang barang tak cukup untuk masak lauk pengantin. so lepas dah dapatkan list barang nak dibeli dari chef abg shahrin (suami sepupu kitorang, yang merupakan chef di perodua), esoknya pagi-pagi lagi aku dan widad ke pasar borong simpang dan tesco taiping membeli barang.

haiyakkkkkkk!!!!!!!!!

ok, next entry ialah hantaran.


wedding maisa & zul : akad nikah

setelah kami berkuntau-kungfu-silat-silambam bagai untuk prepare majlis perkahwinan maisarah & zul, maka hari yang dinantikan pon tiba.

akad nikah dijadualkan lepas asar, jam 5.00pm. so since lepas zuhur pengantin dah start di make-up. aku masih lagi menguruskan ape-ape yang patut seperti makanan untuk lepas majlis akad nikah lagi, uruskan kanaks lain untuk mandi dah bersiap untuk pergi masjid, kemas rumah buat kesekian kalinya, dan lain-lain.

tepat jam 3pm mother dah sampai di masjid kuala sepetang. so beliau lepak temankan pakteh makteh shah alam sekeluarga makan mee udang dan mee rebus di kedai salleh di pekan kuala sepetang tu. aku suruh alim bersiap dulu dan mamat hantar dia ke mother. lepas tu aku suruh sorang-sorang bersiap. dari widad ke mamat ke aiman, miza, lana dan last sekali father. semua baju kami widad dah siap gosokkan. bagus widad, kau memang patut ambil kontrak menggosok baju. kaya tau tak kalau kau charge RM10 sepasang. eh, melencong cerita.

lalu, jam 4.30pm aku bawak pengantin (maisarah) ke masjid. semorang dah ada di masjid menantikan ketibaan rombongan pengantin lelaki. 

izzat, EE, pakteh

Lana : this is my evil maklong

sepupu syahirah, syahirah, makteh, izzat

eh?

sandal baru grandma belikan

majlis bermula lambat sikit, dalam 5.30pm camtu. pak imam pon dah standy baek punya. pak imam muda belia. so khutbah nikah pendek, ringkas lagi padat. 

kebas kaki ke?

ngantuk ke?

father : aku nikahkan dikau bla bla bla...


hadiah : cincin + gelang

berbesanan

gumbira ke nak pergi akad nikah?

family pengantin perempuan

ucu sembang ape dengan chik?

bapak pengantin nikahkan dengan suara tegas lagi kuat.

widad di mana?

tujuan gambar ni nak tunjuk baju aku cantik je

sebahagian rombongan pengantin lelaki


eh? sebok je...

lepas nikah, salah restu dari mother

ala, gambar ni tak nampak baju nikah maisa yang gemilang tu

ok, yang ni nampak. cun tak?
habis akad nikah, semorang ke rumah untuk makan- makan. menu yang disediakan namun tak sempat disnap gambar ialah:
  1. mee udang (udang 10 kg, you all!)
  2. pulut + kuah durian
  3. roti kirai (roti jala) + kari ayam
  4. kuih (4 jenis)
  5. air sirap pandan
  6. mihun goreng


yang baju kuning tu boyfriend saya. namanya amir hafiz. dia handsome kan? huahuahua

mamat dan kawan-kawan. penanggah import dari kolej dia.
habis makan, sesi bertukar hantaran. siapa yang buat hantaran? aku ler. eh, perasan. i mean, idea campur-campur from mother, maisa dan aku dan miza. tukang main glue gun yang tegar ialah maisa dan aku. 

wakil pihak kami, pak lang

bapak pengantin dah tukar baju sebab dia risau takde orang nak tolong kemas nanti untuk prepare majlis sanding esoknya padahal anak buah mak cik pak cik semua ramai gila menolong. biasalah, nama pon bapak pengantin kan...

hantaran dua-dua pihak. nanti aku buat entry khas tunjuk gambar hantaran aje ok! by the way, kami punya warna tema oren+kuning. pihak lelaki merah + putih


adiks beradiks - dengan adik ipar baru.

eh? kau posing baring kat katil pengantin? apekah?

macho ke korang?
settle semua tukar hantaran, kami berkemas untuk majlis sanding esok. malam tu kami pergi makan sushi king dengan mother di taiping sentral.

then ada jugak acara yang dipanggil "masuk pelamin". kalau nama biasa diorang panggil "malam berinai besar".. next entry eh...