Tuesday, November 8, 2011

Hari ke-6 di Lumut

ape kami buat? patutnya hari ke-6 aka hari selasa ialah hari kami membuat lawatan amal sambil nak makan mee udang ke kuala sepetang. tapi, sebab students tak mengikut expextation yang kami expect, maka kami mengkenselkan plan tersebut. so tukar lah nak ke kuala sepetang masa hari jumaat nanti, iaitu hari ke-9.

hari selasa, hari yang bercuaca baik. so banyak kerje yang students boleh siapkan. ape yang kami buat? pagi tu kami jalan seperti biasa ke site-site students ni. termasuklah site group geomatic. lagipon hanah dah balik ke kajang so aku cover students civil eng dengan ashraf dan hanif. budi pulak dipindahkan ke group kitorang. budak singlet aka budak berjahit 8 di dahi aka budak nakal sengal ialah pergi ke site seperti biasa dengan penuh semangat waja sekali. tapi dahi dia bengkak. aku expect dia tak makan ubat kurangkan bengkak yang Dr kasi tuh. takkan aku nak kene check dia makan ubat ke tak kan? ramai lagi student lain yang aku nak kene tengok.

oleh kerana students ni more than half ialah foreigner aka dari sudan, yaman, nigeria, palestine, etc, diorang tak suka dan tak makan ikan. so kami request dari tuan punya chalet untuk hidangkan lauk ayam sahaja. so hari-hari lah kami ngadap ayam. lepas tu, diorang ni jenis bangsa yang makan ayam, diorang suka makan bahagian yang daging sahaja tu. kita panggil white chicken. kalau yang part tulang-tulang tu memang diorang tak layan lah. sayur apetah lagi. nampak kangkung or bayam aje, terus tak makan you all. boleh pulak pagi-pagi diorang mintak suruh hidang roti dengan cheese. ape kau ingat murah cheese di malaya ni? so, kami tak layan lah aduan rakyat yang sebegitu. aku dah tukarkan dari menu ikan ke ayam pon dah cukup baik tau. so, ikut kau lah. nak makan, makanlah. tanak makan, pepandailah carik kat luar or makanan lain or puasa till lunch and dinner time. bak kata ashraf, "adapt or dead". yes, it rhymes sikit2 lah pepatah tu. eh?

by the way, biasanya petang2 cuaca kurang baik. selalu hujan. tapi kebetulan masa selasa tu tak hujan. petang tu haji razak ajak makan laksa. so kami pon sambil jalan-jalan tengok student kat site, dah terbayang2 laksa. sebab hari2 pon asyik terbau aje. maklumlah, rumah yang jual laksa tu belakang chalet kami aje pon. tiba-tiba haji razak text message, kata dia dah stuck kat kedai mee kari. tapi kami masih tak putus asa. so kami terus aje pegi rumah laksa tu. aku, taufiq, budi, hanif dan ashraf pon terus masuk duduk kat rumah kakak laksa tu. boleh pulak diorang tanak order laksa, nak minum ABC aje. aku tak kira, aku order dan makan laksa. ha, amek kau. sedap gila. ok, ini ialah laksa paling sedap dalam dunia. dulu ialah laksa belut kat perlis tu. so kakak laksa ni berjaya mengatasi tahap kesedapan laksa tersebut.

walaupon dah makan laksa tu, dinner tetap balun. mane tak jahanam perut!

0 comments: