Saturday, November 5, 2011

Hari ke-5 di Lumut

Hari ke-5 ni jatuh hari Isnin. So students pergi buat kerja dengan penuh bersemangat. Kekonon nak tunjuk kat adik2 kampung ni yang diorang engineers handalan dari kay-el tu. Boleh pulak kebetulan sekolah kat kampung ni ada senamrobik kat padang sekolah, yang kebetulan ada beberapa group students ni yang kene buat kerja di sekitar tu. Memang eksyen kemain!

So saya, hanah, asyraf dan hanif macam biasa jalan-jalan tengok students. Kami baru dapat tau yang malam semalamnya ada sorang student yang kene dihantar ke hospital sebab luka kat dahi jatuh kat toilet. Siap kene jahit lagi. Taufiq kata masa jahit tu Dr tak bius pon. So memang kene lah balasan kenakalan student tu. By the way, student yang sama tu la yang main bola sepak tengah2 malam tu. Haish, nakal betul.

Petang tu hanah kene balik ke kajang sebab esoknya (selasa) dia kene masuk office. Ada hal nak kene settlekan. Petang tu hujan renyai2 jugak. Tapi kami still tengok student di site. So far diorang buat kerje ontime. Cuma ada satu dua group yang sedikit behind schedule so saya dah pesan pada diorang untuk percekapkan kerja diorang.

Makan? Alamak, segan nak cerita sebab sedap gile! Menu wajib, sambal belacan + kacang botol memang ada je.

Seperti biasa tidur malam memang sejuk gile! Hujan renyai memang suruh overslept je!
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

0 comments: