Monday, March 28, 2011

panas

sejak pulang, hampir setiap hari keluar dengan encik jonah. lama tak berjumpa, rindu betul.

harini dah hantar servis. esok nak hantar cuci luar dalam.

walaupon bukan milik saya, tapi saya tetap sayang dia.

i heart you, jonah!



oh ya, dah 2 malam cuaca sangat panas. kalau malam panas, siang apetah lagi. 24 jam mengadap air-cond aje ubatnya.

p/s: kalau cakap "malaysia hot", mesti rasa nak tampar muka saya kan. sebab saya memang mengada.

dunia jam 10

Tengah-tengah rancak mengemas rumah;

Mamat : siapa pulak yang goreng ikan masin time-time ni. Mamat lapar la long...
Aku : no maggie...
Mamat : mamat masak maggie boleh tak long?
Maisarah : kakak pon nak jugak. Ko masak sekali untuk kakak, mat.
Aku : no maggie... (nada suara sama, tenang aje)
Mamat : makan cereal boleh tak long?
Aku : cereal boleh. Maggie no.
Maisarah : kalau cereal aku taknak lah.

P/s : kurang makan maggie, jerawat pon tak naik. Apekah kaitan?

aduhai...

ni yang malas kalau tengok filem melayu / orang malaysia. bukan pasal cerita tu menarik ke tak menarik, tapi pasal penonton yang kurang menghormati cerita tu sendiri dan diri sendiri. bukan semua penonton, tapi majoriti.

bercakap sepanjang cerita.

telefon tangan berbunyi walaupon dah diingatkan sebelum filem bermula.

komen langsng tak membina dari dari awal sampai habis cerita.

keluar dari panggung ketika pertengahan cerita sambil membuat konklusi sendiri dan mengumumkan ketidakbagusan (ada ke perkataan ni?) cerita tu dengan sengaja menguatkan suara.

paling saya tak faham, kenapa perlu bandingkan filem tempatan dengan filem dari luar negara (hollywood). batu pengukurnya terlalu tinggi.

sepatutnya kita sokong filem tempatan. beri komen membina.

Saturday, March 26, 2011

Taecyeon

adegan ni ada dalam cerita Dream High. tapi bukan cap vitagen la. cap korea punya produk.


Taecyeon ni dari kumpulan 2PM. boyband kat korea nun. taku suka kalau dia berlakon. suka tengok dia berlakon cerita cinderella stepsisters dengan Mun Guen Yeoung. sangat terel!


apasal diorang ni semua talented gila.

saya ialah

rindu beliau setiap hari

malaysia oh tanah air ku

18 march 2010

jam 10.00am, masih tenang duk kat bilik golek (di Radford Grove Lane). siap settlekan 2 episode Athena lagi.  beg, bus ticket, flight ticket, semua dah settlekan malam sebelumnya.

jam 12.30pm, siap mandia semua pakai jacket segala, call up Nottingham Cars (taxi). salam peluk-peluk dulu. widad dah pergi college pagi tu so tinggal ahli rombongan mama dan alim aje. 5 minit kemudian taxi sampai. ambil taxi sampai ke Broadmarsh Bus Station di City of Nottingham.



bas National Express scheduled pada jam 1.45pm. so pergi beli jacket potato dulu untuk lunch. tapi makan half aje nak buang sayang. biasanya akan bawak balik rumah habiskan kat rumah. so bungkus balik dan bawak naik bas.

bas memang ontime. jam 1.45pm bas sampai dengan driver yang sangattt baik hati. siap tolong angkatkan beg masukkan bawah bas. biasanya kene masukkan sendiri.





yang botak tu driver bas yang baik hati




bus ni bukan direct ke Stansted Airport, tapi ada beberapa pitstop in between including Leicester, Luton Airport, etc. tak ingat semua sebab ada part yang aku tertidor dalam bas pasal dah bosan main sudoku.

scheduled untuk sampai di Stansted Airport London am 5.45pm tapi sebab ada adegan jam di tengah jalan, maka sampai jam 6.10pm. driver tu sangat baik siap mintak maaf lagi. turun dari bas, siap driver tu bagitau direction nak ke terminal. masuk aje airport, naik ke first floor untuk ke terminal.



my flight is scheduled at 11.00pm. but the drop in luggage counter will only be opened 3 hours before the flight time. so while waiting, i finish up the jacket potato and read the novel that i brought along with me.

at exactly 8.00pm (3 hours before the flight time), the counter was opened. Air Asia got several counters available. for self-check in ticket and luggage drop, on the spot check in and luggage drop and for passengers without any luggage to drop off (only need to valid their ticket). since i've already did the online check in the day before, i just proceed with the luggage dropping counter.

luggage saya over 2kg dari yang dibeli (beli 25kg aje). kene bayar GBP10 untuk setiap extra 1kg. so total up kene bayar GBP20. rasanya masa timbang di rumah semalamnya, memang tepat-tepat 25 kg. tak boleh nak keluarkan barang dari luggage dan masukkan dalam bag hand luggage since hand luggage pon dah penuh.lepas bayar luggage baru dapat the actual boarding pass. saya decide terus nak go through security dan terus tunggu di gate sahaja.

security mana-mana airport pon sama. bukak semua jacket, keluarkan laptop dari bag, liquid more than 100ml tak lepas. masa saya kat security tu, takde orang so boleh bukak jacket dengan tenang, keluarkan laptop dengan tenang.

settle security, terus jalan menuju ke gate 6. lepas dari security tu ada tempat nak beli barang dan makan (tax free). saya singgah Boots dan beli chapstick dan cocoa butter guna point dalam Boots Advantage Card saya. so tak perlu bayar. hehe..

lepas dari tu, terus naik mini train untuk ke gate 6. ini first time saya naik mini train di airport UK dan Ireland. kalau tak sebelum ni naik mini train di KLIA aje. dalam train hanya saya dan seorang wanita cina sahaja. so saje main-main ambil gambar. tengok keliling airport. cantik betul sebab masa tu dah gelap.






sampai di stop untuk gate 6, saya keluar dan terus naik escalator untuk ke gate 6. tapi boarding time hanyalah 1 jam sebelum flight time (10pm) so saya lepak di COSTA dulu. makan mozarella and tomato panini dan minum cafe mocha. sambil tu lepak dengan ada sorang akak ni yang buat PhD di London (tak ingat nama uni dia) dan 2 orang untie yang datang London untuk buat pameran makanan Malaysia. untie 2 orang tu datang dengan 1 business group, ada dalam 20 orang jugak diorang semua.




COSTA tu sebelah aje dengan gate 6 so bila announcement dibuat untuk board the plane, kami pon terus pergi aje ke gate. bila dah duduk depan area gate 6 tu, ada announcement lagi yang diorang delaykan kejap boarding time. sambil duduk berbual dengan kakak PhD London tu, tiba-tiba ada sorang wanita tegur saya. rupa-rupanya pensyarah saya dari UiTM yang datang untuk Viva PhD beliau. dah settle dah. alhamdulillah. Tahniah Dr Aizam. best betul bila dengar orang dah viva dan settle PhD diorang. sabar aliaa. teruskan perjuangan!!! kami berbual-bual sambil tunggu dipanggil masuk ke dalam plane.


berama Dr Aizam


tak lama lepas tu, semua pessenger dah boleh board the plane tapi diorang panggil by seat numbers. diorang panggil yang number seat belakang-belakang dulu, dan ke depan. of course yang premium seat dan people travelling with young children or need assistance dah masuk dulu sebelum orang lain.

sebelah seat saya takde orang. dalam flight tu, 60% orang malaysia. bangga sungguh bila naik international flight yang ramai orang malaysia. sebelum-sebelum ni of course ramai orang international aje. bagus betul Air Asia buat flight murah. flight pon tak penuh. kebetulan sebab flight malam. walaupon ada beberapa orang yang bawak baby dan anak-anak kecil, tapi takde adegan budak menangis sepanjang flight dan yang sewaktu dengannya.

flight sangat smooth. capten sangat terel. even waktu menempuh cuaca tak baik pon, capten boleh kawal flight dengan baik. untuk yang ambil meal on flight, diorang kasi makan 2 kali. saya ambil Malaysian meal. so masa first time waktu makan, which was 3 hourse after take off, makan nasi briyani ayam dan air mineral sebotol. untuk second time makan, which was 2 hours before landing, makan nasi lemak dan air mineral sebotol. in between tu kalau nak makan snack ke ape-ape, boleh beli dari diorang. standard harga makanan atas flight. saya beli milo ais sekotak, RM6. ok, terbeliak mata kejap.



nasi briyani ayam

nasi lemak + milo ais


tapi rasa nak makan all the time tu tak de jugak sebab flight malam so macam tido, bangun baca novel, main psp, sudoku, tido, bangun pegi toilet, minum air, etc. itu aje adegannya. seat pulak selesa betul untuk long flight. takde la sampai lutut sendiri terlanggar seat orang depan. memang selesa. neck pillow dan selimut pon dijual atas flight tapi saya dah bawak sendiri. beli kat poundland aje, GBP1.00.

scheduled landing di LCCT Malaysia jam 8.00pm, waktu Malaysia. tapi landed earlier than scheduled. jam 7.25pm dah landing. sambil nak landing tu, saya menyediakan mental dan fizikal untuk menghadapi kepanasan malaysia. ok, saya memang mengada. sila menyampah.

keluar dari plane, terus ke bahagian immigration. apparently, manual punya kaunter lagi cepat dari yang automatik gate punya. mula-mula saya beratur di barisan untuk automatic gate punya. tapi sebab lambat sangat adegannya, terus saya ke kaunter manual.

settle, terus tunggu luggage keluar. settle ambil luggage, lepas kastam dan terus keluar. cari public phone, call ayah dan mamat. diorang on the way since saya bagitau diorang yang flight saya sampai 8.00pm. so saya lepak aje kat LCCT tu. makan ice cream Mc D Choco Top sambil tengok kerenah manusia malaysia.

sambil tunggu ahli biro penjemput sampai, saya siap berbual dengan seorang pakcik tukang sapu sampah. lepas tu saya suka tengok ada sekumpulan budak-budak muda yang mengutip troley dia sekitar kawasan LCCT tu dan dan tolak ke tempat orang nak ambil troley. at least nak jugak diorang ni bekerja cari duit dari duk melepak menghabiskan duit mak bapak aje.

sampai aje ayah, aiman, miza, lana, semai dan mamat, salam peluk-peluk dan terus kami pergi dinner. by the way, betul tanggapan aku yang mak bapak lana lagi excited dapat singing teddy bear dari lana. apekah?

lepas dinner, balik rumah. bagi-bagi hadiah, mandi, borak-borak lagi dan cuba tidur. mind you, cuba tidur. tapi hanya dapat tidur jam 5am.

mari, teruskan perjuangan aliaa!!!

bertunang sudah kau

ahad lepas - majlis mula pukul 11.00 pagi, pukul 11.00 pagi lah yang aku sampai. macamkan aku yang meminang budak ni. haish.

padahal tiqa siap call aku tanya direction ke tempat kejadian. dia dah sampai, aku ni ha yang tak sampai-sampai lagi.

sampai aje, terus salam-salam aku naik ke atas terus ke bilik izzat. jumpa mesti nak adegan peluk melepas rindu rinduan dulu. lepas izzat, tiqa pulak.

sementara nak tunggu izzat kene panggil turun (kaedahnya mereka tengah berbincang-bincang ape yang patut), kami borak-.borak. aku haruslah control macho menahan kepanasan. maklumlah, semalam cuaca -1 darjah. hari kejadian cuaca almost 30 darjah.

lepas tu izzat dipanggil ke bawah, sarung gelang, ambil gambar, makan. yes, makan. itu yang aku nantikan!

tapi harus sopan ye. kat sini la nak cari bakal suami. haha..

tapi tiqa kene balik awal sebab dia ada tempahan speghetti bolognase untuk 500 orang petang tu. tiqa balik aje, midah pulak sampai dari kelas.

best betul. majlis bertunang one of my best girl friend dan jumpa kawan-kawan.

congrats izzat n rahim!!!

clockwise - rahim + izzat + syawal (anak midah), midah + izzat + aku + syawal, aku + syawal, izzat + syawal (pictures was taken by midah n muin - midah's husband)

izzat + tiqa

izzat + aku
masa midah kahwin tahun 2008 haritu, aku jadi pengapit dia. izzat bakal kahwin september ni, insyaAllah aku akan jadi pengapit dia jugak. bestnya dapat kongsi hari bahagia kawan-kawan.

tiqa, ko kawen nanti nak tempah aku tak?

perancangan

Kamu nak buat open day

Dah tau ramai akan datang

Dah tau system akan jam kalau ramai yang akan access

Kamu perlu perancangan

Ini kamu suruh tetamu balik online masuk system kat rumah

Dan datang balik esok

Ape kamu ingat tempat kamu tak jauh?

Ape kamu ingat tetamu takde kerje lain nak datang tempat kamu dua hari
berturut-turut?

Kata yearly event

Harus ada orang yang amattttt berpengalaman

Masa buat perancangan, patutnya buka balik minit mesyuarat event
tahun-tahun sebelumnya

Baiki mana yang penting

Nanti beta jadi pengarah event kamu karang

Baru pengsan siapa yang jadi AJK

--
Regards,

Siti Nur Aliaa Roslan

Thursday, March 24, 2011

berduri

mengidam mengalahkan orang yang patut mengidam.

balik dari nilai, nampak lori durian tepi jalan. 

terus berhenti. 

"bang, sekilo berapa?"

"7 ringgit"

"saya nak sebijik aje. isi lembut" - RM10 - "makan kat sini boleh bang? orang kat rumah tak suka bau durian"

"bolehhh"


habis makan

"tak nak beli bawak balik ke dik"

"perut saya dah penuh gas durian ni bang"

"esok datang ah lagi"

*senyum*

sorry Widad!!!

p/s: Semai ambil gambar dari jauh aje. dia la watak tak suka bau durian tu.

Thursday, March 17, 2011

melawat rakyat 5 : road trip : day 6 - let's go home...

day 1

day 2

day 3

day 4

day 5

dalam banyak-banyak travelodge yang kami stay in, yang kat Birmingham (Castle Bromwich) ni yang paling best skali. design pon lain dari travelodge lain yang sama aje interior dia. toilet sangat best. tv 32 inci flat screen gantung kat dinding lagi, walaupon kami tengok BBC news aje sebab asyik tengok Korean variety show aje. 

lepas breakfast pagi-pagi di dalam travelodge yang cemerlang lagi gemilang tu, kami teruskan tujuan aktiviti hari terkahir road trip, iaitu pergi jalan-jalan di tempat kerja mama, University of Leicester.

gaya itu penting. mesti pakai sunglass kalau matahari terik walaupon baju pakai berlapis2.


university of leicester ni parking sangat susah nak cari walaupon uni dia kecik aje. staff nak dapat sticket staff pon waiting list 2 tahun. apekah?







kebetulan hari yang sama ada open day kat uni tu. so masa kami pergi student union building dia, ada ramai student yang tengah duk melayan visitor. beli tshirt uni of leicester untuk mama then kami jalan-jalan pergi tengok office mama. ambil-ambil gambar lagi sampai tak larat. 









sebab kami parking jauhhhhhhh gila, aku suruh mama n alim tunggu kat bus stop pagar uni of leicester aje sementara aku pergi ambil kereta.

lepas dari tu kami terus balik ke rumah. sampai rumah, masak lunch dan makan macamkan tak makan berapa hari. maklumlah, berapa hari tak makan masakan melayu. nak kata pandai sangat masak tu tak la, tapi licin licau periuk kuali.

alhamdulillah, selamat pergi dan balik.

cayalah mama sebab melayan itenary gila yang aku buat.
cayalah widad sebab ponteng sekolah 3 hari. slumber kan.
cayalah alim pasal tak pernah merungut pon penat ke lambat.

kalau semorang ada sekali, laaaaaaaaagggggggiiiiiiiiiiiii best...

melawat rakyat 5 : road trip : day 5

pagi-pagi hari ke-5 kami dah checkout dari travelodge yang tak diketahui kedah nak menyebut namanya.

 

seperti biasa harus mengecek kereta dulu ape-ape yang patut dah diketahui. 


tulisan welsh yang tak difahami


kami terus ke destinasi yang dirancang iaitu Stratford-Upon-Avon. alah, tempat shakespeare tu. aku ni tak ler pandai literature dan tak pernah baca the whole book (not even one) buku shakespeare tapi nak jugak pergi lagi. 

pitstop












matahari memancar dengan cemerlang sekali. biar cuaca sejuk pon tapi bila dapat matahari tu, drive pon nak pakai sunglass. mwahaha.. puas jalan-jalan kat bandar Stratford, terus kami pergi tengok rumah wife shakespeare, iaitu anne hathaway. bukan pelakon america tu. 





enjoying the sunshine
 lepas stratford, kami teruskan perjalanan ke Birmingham. direct terus ke Bull Ring shopping complex. 


lepas light lunch di bullring, kami terus ke cadbury world. ingatkan memang murah kalau beli kat cadbury world ni. tapi, dia murah sebab expiry date dia sangat dekat, bulan april 2011. patutla dia jual murah. so kami beli coklat yang expiry date lama lagi dan makan ice cream!!!






sesak jugak area kat cadbury world tu. so ambil masa jugak nak keluar dari area tu. next destination, aston villa stadium. stadium bolasepak lagi ye rakyat.. walaupon team ni pernah glamour satu ketika dulu, tapi warna tema team dia akan ku kenang sampai bila-bila. lain dari lain tau. 



hari pon dah hampir gelap. so kami terus ke travelodge. sebelum tu singgah di tesco untuk beli cold dinner. blasah saje prawn pasta dan cheese pasta.