Friday, October 14, 2011

site visit

pagi ni saya rasa macam sakit-sakit badan. maybe sebab semalam seharian ke site. padahal sebelum ni bukannya tak biasa pergi site kan. kalau survey camp tu straight 10 hari ke site hari-hari non-stop.

anyway, semalam saya perlu ke site untuk river water for cause of soil erosion punya research. yang ni office punya research group. saya involve bahagian geomatic engineering, untuk acquire coordinates di setiap point-point yang ada soil erosion guna GPS. ha, GPS bukan hanya guna untuk pergi dari satu tempat ke satu tempat aje tau. banyak lagi kegunaan dia.

anyway, seawal pukul 7.45am saya dah ada di office. walaupon hari-hari memang sampai office awal pon. kadang-kadang pukul 7.15am dah sampai pon. tapi semalam macam over excited pulak kan. padahal pagi tu lah baru terhegeh-hegeh cari botol air nak bawak bekal air mineral ke site dan boleh pulak call Sengih yang dah on the way ikut DrNotts ke office sebab nak tanya dia nampak tak camera saya. well, walaupon camera point and shoot cap samsung, tapi sibuk jugak nak bawak kan.

lepas thumb print in di office, kak siti breakfast dulu sebab Prof. tak settle lagi kerja dia. of course saya minum nescafe tarik dan nasi goreng 1 senduk. tapi makcik cafe tu cekik darah charge saya RM1 untuk nasi goreng tu. kalau kedai lain diorang biasa charge 50sen aje. sebab sikit.

settle makan, kami terus ke lobby main office. tunggu kak naimah, Prof dan abg zul van. sebab Prof masih tak siap kerja lagi, saya mintak tumpang abg zul van balik ke office saya sebab saya tertinggal topi sawah saya. bila kami sampai balik di lobby main office, Prof pon dah ada. so terus kami bertolak ke JPS Ulu Langat. di bangunan pejabat kerajaan belakang warta bangi tu je.

kat JPS tu diorang hidang makan lagi. oleh kerana diorang hidang mee goreng dan saya tak makan mee kuning, so saya just minum aje . lepas sesi taklimat yang sangat detail oleh jurutera daerah kat JPS tu, kami terus ke site di IKBN Ulu Langat punya sungai. alah, dekat sungai congkak tu.

settle ambil data, click-click gambar, kami terus ke site ke-2 di sungai depan pintu utama UKM bangi. dalam perjalanan dari langat ke ukm, saya dah mabuk dah duduk dalam van. saya ni mengada-ngada sikit. kalau nak kereta, memang tak boleh duduk sebagai penumpang. tak kira la duduk depan ke belakang ke. konfem akan pening-pening mabuk. tapi so far tak muntah lagi la. tapi kalau saya jadi driver, berapa-berapa jam pon insyaAllah ok aje.

lepas ambil data di site ke-2 dan ambil gambar, terus kami gerak ke JPS Sepang di bandar baru salak tinggi. sampai kat sana dah memang lunch time. diorang memang hidang makan tengah hari, rezeki kami betul. lepas makan ada taklimat ringkas di JPS sepang, then terus kami ke site ke-3 di teras jernang. site yang ni memang teruk erosion dia. dah terhakis 20 meter dari saiz asal sungai.

settle collect data, terus kami gerak ke JPS Hulu langat di Banting. masa ni saya dah mabuk agak teruk so terus tutup mata dalam van. dalam pada tutup mata tu, terus terlelap. tambahan pulak lepas makan kan. hahaha. so sampai aje di banting, pening kepala saya dah kurang. kami sampai situ lebih kurang pukul 3pm lebih so terus solat zuhur. lepas tu ada taklimat dari orang JPS dan terus kami ke site ke-4. site yang ni kene naik bot. so semua ialah excited tapi Prof tak join kami naik bot sebab gayat katanya. kami kene naik bot untuk ke site ke-4 dan lagi satu site ke-5 sebab dua-dua site ni tak boleh diakses dengan kenderaan darat. lama jugak naik bot. kami sampai balik di jetty dalam pukul 6.15pm. kami patah balik ke JPS banting dan solat asar. lepas tu kami lepak-lepak borak kejap sementara tunggu waktu maghrib.

selesai solat maghrib, kami bertolak balik ke office. dalam perjalanan balik tu kami borak-borak mengenai banyak bende. bukan senang nak borak santai dengan otai-otai ni kan. hehe.

sampai di office, Prof ajak pergi makan dulu sebelum balik. so kami pergi makan satay willy di RJ - ramal junction. alah, kat taman seri ramal tu. by the way, dulu kami sefamily pernah duduk rumah di taman tu. 7 tahun. bila makan tu, of course la Prof yang belanja.

habis makan, balik ke office untuk ambil script exam student. nak kene marking pulak. settle ambil script, baru balik rumah.

huaaaaahhhhhhh.. seharian kehulu kehilir!

4 comments:

attyfir said...

bz sungguh alia..jgn lupa utk makan k..takecare

h4ni3 said...

alaaa.. mana gambarnya?

aliaaroslan said...

@atty's memang busy kakty. tapi makan tetap makan. hehehe. cuma selera tu kadang-kadang lari. hihi. take care jugak kakty!

aliaaroslan said...

@h4ni3 tak copy lagi dari student. huhu.. nanti saya kasi up kat sini k!