Monday, October 10, 2011

Makan

Asyik-asyik cerita pasal makan aje saya ni. Tapi nak jugak sibuk bercerita.

Pagi tadi, saya rasa teringin nak makan roti bakar. Tapi kat cafe atuk tu takde pulak rotinya. Tak sampai lagi kata Usop. So I have to settle with roti telur.

Tapi, walaupon kuah kari yang dihidang dengan roti telur tu ialah marveles tahap dewa, saya masih tak dapat habiskan roti telur tu. Makan separuh aje. Nescafe tarik terbaik dari ladang pon tak habis secawan saya minum. Seperti biasa, kalau tak habis makan, confirm kene marah dengan kawan-kawan. Walaupon dikala tweet dengan Kak Faizah Singapore saya kata baru lps balasah roti telur dan rasa guilty terus macam nak swiming 1km, tapi oleh kerana tak habis makan, so saya cancel guilty concious saya. Eh, boleh ke macam tu?

Untuk lunch pula, saya ke Nu-in (Little Perak) di seksyen 9 BBB (bandar baru bangi)m order popia goreng cheese, teh tarik dan meehoon kari. Saya makan seketul popia tu dan 1/3 meehoon kari je. Tapi teh tarik mesti habis! Saya stop makan sebab tiba-tiba macam rasa low blood. Kenapa entah la badan saya ni. Selalu kene low BP di kala nak makan sedap-sedap. Haritu kene jugak masa nak makan sushi king. Rugi betul masa tu sebab tak boleh mentekedarah sushi banyak-banyak.

Lepas tu saya tak makan ape-ape makanan berat kecuali maruku di office tu. Balik rumah, perut sangat lapar tapi tak tau nak makan ape. Tiba-tiba slumber suruh Latifah masakkan meggie kari + telur. Tapi saya manage untuk makan 1/2 mangkuk sahaja.

Saya tak suka bila badan saya tak boleh makan dengan seimbang dan cukup. Tak suka bila perut lapar gila, tapi tak tau nak makan ape. Takde craving whatsoever.

Selera, tolonglah datang!

Agaknya, kalau sua chocolate cadbury twirl kat depan saya sekarang ni, sure saya tak pandang, even dengan sebelah mata.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

6 comments:

Ms Haslina said...

semua menu-menuan mmg da maveles. awat selera separuh jea.

tolong kenalpasti tau alia nape jadi gitu?...
;((

h4ni3 said...

selera hilang sbb hati gundah gulana tu barangkali

aliaaroslan said...

@haslina tak dapat nak dikenalpasti kenapa kak. tapi so far harini ok dah seleranya. harap2 ok sentiasa :)

aliaaroslan said...

@h4ni3 saya pon rasa ada kaitan sikit-sikit. tapi yang penyebab gundah tu tak tau kenapa. hehe eh?

Shiema said...

cheese popia tu camner? x jupe la kat shah alam

aliaaroslan said...

@Shiema nama tepat dia cheese n seafood popia. kne goreng dlu baru makan gitu. aliaa pon tak jumpa kat kedai2 biasa. tapi kedai yg jual frozen food tu aliaa tak pernah pegi lagi. nanti nak try la kalo ada.