Saturday, October 22, 2011

hari ini hari sabtu

kenapa dengan hari sabtu? saje je pon. takde modal tajuk entry kali ni la. hahaha.

anyway, pagi tadi lepas subuh, ingatkan nak tidur balik. tapi sebelum tidur tu tolong DrNotts siapkan barang-barang beliau nak pergi mengajar finishing school kat UPM. lepas DrNotts dah pergi kerje, aku pasal dvd cerita harry potter : the deathly hollows part 1. tengah tengok tu, rasa nak tidur balik. so turn off the movie dan masuk balik bilik nak tidur. masa tu Latifah dah siap-siap nak pergi kerje jugak. mengapakah semorang bekerja pada hari sabtu ni?

anyway, plan asal nak tidur kejap aje. kira lelap-lelap manja lah. tapi terlajak-lajak you all. sampai pukul 9am. terjaga aje paksa diri untuk bangun. terus mandi bersiap nak pergi bangi. kenapa nak pergi bangi? nak uruskan Jonah. stop kat warta bangi pulak dulu keluarkan duit.

settle hal Jonah, terus pergi beratur kat drive-thru McD. nak tapau chicken burger punya set breakfast. of course bersama coffee. large lagi. gedebuk gedebak siap line tak bergerak for 15 minutes. baru aje nak pergi marah manager McD tu tapi tak jadi. ok, aku tipu. aku jarang marah-marah pasal makan-makan ni. biasanya aku blah aje. dapat dah makanan, terus zasss ke office. buat coffee dan makan, dan teruskan menanda final exam paper yang berbondong-bondong tersebut. kebetulan roomate pon datang jugak nak marking paper. so ada la teman berbual-bual sambil marking paper tu.

pukul 12pm aku terus ke block belakang, kene jadi examiner for bachelor civil engineering punya thesis presentation. lepas dah dengar-soal-jawab-marah-kutuk-membebel segala, balik semula ke office. sebelum tu singgah cafe sebelah block office aku dulu tapau lunch. walaupon baru 2 jam breakfast, tapi terus lapar gila lepas dengan budak-budak ni present thesis diorang. sambil nak menapau makanan tu, DrNotts call bergosip. sambil gosip, sambil sebelah tangah pegang polisterine, sambil kepit diary kat celah ketiak, sambil letak polisterine atas kaunter sambil senduk nasi dan lauk pauk. alah, ambil ikan keli goreng dengan sayur campur aje pon. nasi mestilah 1 senduk sahaja. tokleh lebih tau.

sambung lagi gosip sambil bayar makanan, tunggu air dan terus ke kedai runcit untuk beli roti-rotian . takut lapar dan malas nak turun beli makanan nanti. so naik ke office dan join roomate lunch sama-sama dalam bilik. baru aje sambung marking paper kejap, ada orang marketing call. katanya ada parents yang tanya pasal course geomatic engineering ni. so, daripada explain through phone, baik aku terus pergi aje kat conference hall explain kat parents dan student tu. maka berpergianlah daku ke sana. settle explain-borak, balik semula ke office. sambung marking lagi.

tak sedar pulak masa berjalan cepat, tiba-tiba DrNotts text kata nak pesan makanan dari pasar malam. alamak, tapi kerje tak siap lagi. so DrNotts minta Manje belikan makanan. nasib budak yang memang manje betul-betul tu ada kat rumah. aku siapkan lagi kerje, dan lepas maghrib pulang lah daku ke gagang.

sampai rumah, settle mandi segala, duk depan tv layan transformers 3 untuk kali ke empat puluh lapan kali. ok, aku tipu. yang aku tau dah lebih 5 kali tengok. kat panggung aje dah tengok 2 kali. lain-lain tu tengok kat dvd. ok, aku memang suka sangat bumblebee.

sambil tengok movie, sambil panaskan speghetti bolognase dan makan sikit. tapi macam kurang selera. tapi lapar. tapi nak makan. tapi sape nak pergi belikan kat pasar malam. tapi sape nak tolong masak? tapi lupa nak bawak balik roti yang beli kat office tadi. tapi tapi tapi. mother, nak request ketam masak rose boleh?

ok, esok kene pergi office lagi.

yes, akulah penunggu setia ikram!

0 comments: