Friday, October 21, 2011

Kekonon busy lah sangat!!

Saya sampai rumah jam 10.30pm tadi. And yes, I came from my office. Ape saya buat satu hari ni?

Pagi tadi saya sampai office jam 7.45am. On PC dan check email. Reply mana yang patut. Kemas meja (semalam lupa nak kemas sebab excited nak pergi tengok Orlando Bloom dalam 3 Musketeers) dan sambung online lagi. Tiba-tiba hanah call, ajak pergi breakfast. Macam tau-tau aje saya lapar gile. So I said yes dan pergi bilik dia. Sementara tunggu dia siap print kerja dia, Nai pon sampai. Kami dah ready nak breakfast. Nak pergi cafe sebelah block kitorang aje pon. Tiba-tiba dapat email (baca through BB), En. Zul sponsor breakfast pagi ni. Alhamdulillah, semoga murah rejeki En. Zul. Lagipon sempena beliau nak pergi Haji.

Kami terus ke meeting room. Makanan ada di sana dan pkl 9.30am nanti ada school meeting. So bawak sekali diary dan file ke bilik meeting so that takyah patah balik bilik ambil nanti. Makan ape? Ada meehoon singapore, the tarik, curry puff dan cream puff. Sebab hari jumaat so of course ada pisang sekali.

Kami makan sambil borak. Settle makan, Haji Razak bacakan doa selamat. Semoga En. Zul selamat pergi dan balik, peroleh Haji yg mabrur dan dipermudahkan semua urusan. Aminnn.

Lepas tu kami meeting. Bla bla bla bende biasa bincang masa meeting. Habis tu, sambung lagi meeting dengan Vice President. Bla bla bla lagi sampai pukul 1pm. Kau tak tepu lama gila meeting.

Habis meeting, dah lapar balik. Kami, geng-geng wanita, pergi lunch di cafe sebelah block. Kak Naimah n Kak Haslina dari block belakang datang join kami. Settle lunch, saya balik bilik dan solat zuhur. Lepas solat, keluar ke Kajang kejap temankan Nai beli kipas. Then balik office sambung marking final exam paper.

Pukul 4pm pergi jumpa SV. Discuss meeting borak segala. Tiba-tiba SV saya amukan di situ sebab ada student yang datang jumpa dia lenggang kangkung mak limah je dengan pen sebatang. Kertas pon takde apetah lagi buku nota. Saya ni ha bawak semua bende sebab takut nanti bila SV mintak ape2 yang patut,saya tak boleh present. Habis pukul 6.30pm. Solat asar dulu baru balik ke office. Lepak kejap sampai solat maghrib then pegi dinner dengan Nai, Budi dan Hanif. Yes, di cafe sebelah lagi.

Settle dinner, balik bilik. Sambung marking lagi. Nai pon stayback. Students architecture pon ramai lagi tak nak balik kot diorang tu. Kami balik pukul 10pm tadi.

Sekarang tengah golek-golek atas katil nak tido. Esok saya akan ke office lagi sambung key in markah pulak.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

2 comments:

Ms Haslina said...

ohhhh hidup orang bujang.
enjoy puas-puas Alia.
mmg masa bujang dulu pun akak begitu.
macam rumah pula opis tu.
hari-hari ada di situ.

p/s nanti da jadi isteri dan mama. semua itu tidak mungkin dapat di rasai lagi.
;))

aliaaroslan said...

@haslina

masalahnya lepak office sebab buat kerja. itu yang malas tu. hahahaa