atiqah ajak kitorang datang rumah die beramai2 dekat melaka. bila orang tanya rumah die kat mana, die akan jawab lendu, tapi nama glamour ialah alor gajah. well, dua2 nama ialah tak glamer ye! (kui kui kui). ok, kembali kepada penceritaan asal. kenapa atiqah ajak pegi rumah die? sebab die ajak kitorang makan durian dari dusun die. yes, durian!
bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal (peribahasa tak menahan!), kitorang pon beramai2 pegi rumah die. ahli majlis ialah aku, ayoi, zul n izzat. perasaan? bercampur baur (pergh, ayat macam hape je).
ni aksi sabar menanti ke tak sabar2 nak makan? baba atiqah ialah tolong bukakkan. mula2 die ajak pegi makan kat dusun terus, tapinyer pasal kebetulan time kitorang datang tu, durian tengah galak gugur. so baba atiqah tak kasi kitorang masuk dusun, takut durian jatuh atas kepala. so kitorang makan kat rumah aje..
makan tak berenti2.
pergh, serius best gila. durian kampung yu ols! kalau durian nak beli kat tepi2 jalan ni kurang dipercayai sikit. dapat nyer nanti durian dari siam, dah tak best. ni memang fresh ni baru gugur.
lepas tu kitorang lepak jap, tengok tv. tetibe mama atiqah dah siapkan lunch yang sangat best. botok2 sotong, sambal tempoyak, cendawan goreng dan gulai ikan. nangis tak? kitorang pon layan diri la makan. lepas dah makan, basuh pinggang n tolong2 kemas, kitorang borak2 depan tv. lepas sorang-sorang solat, tiqa bawak keluar pulak chocolate pie. pergh! terbaekkkk!
untuk mengelakkan tertido siang, kitorang decide untuk pegi jalan2 ke bandar melaka. fikir punya fikir, kitorang decide untuk pegi karaoke. tempat karaoke memang murah. tempat pon best.. so sempat la amek2 gambar kalu luar2 tempat tu..
sangkut camera kat tiang
habis aksi nyanyi2, kitorang parking kereta kat depan muzium samudera, then jalan kaki sekitar tempat tu teri terusan air [yang ditambak]. bergambar sakan lagi.. [banyak lagi gambar kat camera ayoi].
then terus jalan2 ke jonker street. jalan punya jalan, orang punya la ramai gila. rupa2nya bulan july ni ialah bulan Melaka diisytihar sebagai bandaraya bersejaran. patutla berbas2 orang datang [yup, banyak bas persiaran, etc parking tepi jalan]. patutla ramai orang kat jonker walk n pahlawan walk.
lepas tu lapar pulak, singgah makan kat foodcourt sebelah mahkota parade..
lepas tu balik, anta tiqa n izzat. then kitorang pon balik ke kajang. memang best gila lah!
0 comments:
Post a Comment