Tuesday, July 6, 2010

hati-hati : uncle john kopitiam, giant nilai

sabtu lepas aku dengan alim nak pergi makan di giant nilai. salah satu kedai yang ada kat giant tu ialah uncle john kopitiam. terlupa nak tengok ada tanda halal ke tak kat kedai tu, sebabnyer dah ada segroup orang melayu makan kat kedai tu.

lepas dah order makanan, terfikir pulak pasal halal punya issue dan bagitau mama yang kitorang tengah tunggu makanan di giant nilai. mama suruh kitorang tanya, ada halal ke tak kat kedai tu since takde sign halal pon terpampang.

tanya pada waiter die [yang tak tau sangat bahasa melayu], die kata takde halal tapi barang-barang makanan die beli kat giant tu. tak puas hati lagi, terus ke kaunter tanya manager die. then die kata cani "we don't have the halal certificate but this is a pork free shop".

lepas tu terus bayar makanan dan keluar tanpa makan.

this is malaysia. selagi kita boleh cari dan makan kat kedai yang ada halal certificate, kita akan buat. bukannya kita kat negara yang sangat susah cari makanan halal pon. nak salahkan manager kedai pon tak boleh jugak. kalau die tampal signage "pork free", diorang akan loose business diorang. tapi by right, at least diorang boleh la bagitau bila ambil order customer tu yang kedai tu ialah pork free. diorang pon nampak sendiri yang datang kedai diorang tu bukannya semua orang non-muslim.

3 comments:

ADIA ZONE said...

hahaha...sib baik, kalo x silap aku, kat malaysia ni ade 3 je kopitiam yg ade sijil halal yg sah. Yg lelain tu, same ade x de langsung / letak halal dari other organisation. Baru2 ni Jakim war2kan, semua tanda halal dari other organisation kat m'sia ni x bleh pakai dah...so hanya logo halal jakim jer ye

ADIA ZONE said...
This comment has been removed by the author.
julie^beth said...

kak shiema - oh, yeke ke? kne lebih berhati2 la nampaknya. kat malaysia sendiri pon payah nak cari makanan halal. kata negara islam.