dalam pukul 4pm tadi, ada 4 orang jejaka/student uitm yang datang ke office untuk interview daku ini. apehal sebok2 nak interview aku kan? macam glamer pulak. sila muntah ye.
diorang ni ada assignment, kene interview "potential employer" dalam bidang geomatic ni. yang datang ni ialah super duper junior course aku kat uitm dulu. aku amek course ape? haruslah sains ukur dan geomatik. course ni pasal ape? ntah, aku pon tak sure sangat.. hihi.. well, nama tak glamer ialah geomatik. nama glamer ialah ukur tanah. apekebendenye ukur tanah tu? well, kitorang lah yang menandakan sempadan2 rumah, sempadan lot tanah, sempadan antarabangsa (contohnya malaysia-thailand), mengukur tanah sebelum buat construction, etc. pendek kata, course main panas. yes, memang setiap kali abes sem, mama ialah suruh tukar course ye puan. tapi, sampai nak sambung phd ni aku toootaaapppp amek course ni.
student2 uitm ni interview la pasal macam2. dari syarat2 kalo nak kerje kat kliuc ni sebagai pensyarah, sampai la ke kerenah student2. suma bende yang diorang tanya, aku jawab aje dengan confident (gaya itu penting ye!). tapi yang aku tau aje lah. yang aku tak sure, idokler aku cerita. karang jadi hikayat pulak kan. tapi of course, yang confidential tu tetap disimpan sebagai confidential. abes interview, terus bergambar2.
pengalaman bekerja di kliuc selama hampir 3 tahun mengajar aku banyaaakkkk bende. tak kira la dari segi work ethics, berkawan, bermusuh, dokumentasi, etc. macam2 aku belajar. kadang2 ada jugak tengok drama2 yang best2 dan tak best. orang ni kutuk orang ni, orang ni tak suka orang ni (eh, jap, yang ni macam masa darjah satu aje).. syukur diberikan peluang untuk bekerja di sini.. dalam tempoh masa bekerja ni, aku berpeluang interview orang kerje, beri peluang untuk orang lain bekerja, mengajar orang bekerja, bawa student buat fieldwork merata malaysia, enlarge network of friends, dan of course mengajar student2 yang sangat eager untuk belajar dan berusaha keras untuk mendapat segulung ijazah. serius, aku memang selalu lupa nama orang or kawan2. especially yang lama tak jumpa. tapi insyaAllah aku cuba untuk tak lupakan semua cikgu-cikgu dan pensyarah-pensyarah yang pernah mengajar aku. apasal emo ni? ampeh!
oh, sekarang ialah menulis dari office mama, menunggu beliau abes class statistik bersama student2 phd nya. mama kata student kesusasteraan melayu beliau diarahkan untuk buat pantun 2 kerat dan anta text message kepada rakan sekelas (maklumlah, subjek bahasa dalam multimedia kan). ini pantun dari aku:
semai lapar, along pon lapar..
mama pon mesti lapar..
sekian
2 comments:
me like the pantun!
mama penat along penat,
maisa tak penat penat.
semai tak boleh penat
sebab makan tak pernah penat
Post a Comment