Monday, July 19, 2010

buih

setelah bertahun tak basuh kereta (aku rasa last sekali basuh kereta ialah 3 bulan lepas), maka berpergian lah daku ke carwash tepi jalan. kenapa tak basuh kereta 3 bulan? pasalnyer tak obvious sangat lar kekotorannya. kereta warna silver, so tak nampak sangat la. tapi kalo calit jari, kene basuh dengan sabun 3 round baru ilang.. mwahahahaaa.

anyway, serius memang orang prefer untuk basuh kereta yang carwash yang tepi2 jalan. kenapa? sebab kita sendiri yang akan drive kereta tu keluar masuk tempat basuhan ke tempat vacuum n tempat keringkan. compare to tempat basuh kereta yang kat shopping mall tu, mane la kita tau sape yang drive kereta kita tu kan. lagipon tak selamat. kenapa? pasalnyer ada sorang member aku tu, abang die basuh kereta kat carwash yang kat shopping mall tu, yang style tinggalkan kunci tu kan. esoknya rumah die kene rompak. pasal ape? orang car wash tu sempat pulak duplicate kunci rumah yang attach sekali dengan kunci kereta dia, dan follow diorang balik rumah. sapa yang salah? pemilik kereta ke pembasuh kereta? sila maafkan tatabahasaku yang tidak betul ini. maklumlah, ada paper SPM satu aje pon. itu pon paper bahasa melayu. dapat pulak B3. eh, ape kene mengena ni?

berbalik kepada cerita basuh kereta aku tu, tengah duduk2 tunggu kereta yang dibasuh, aku observe la customer2 lain. senarainya (yang sempat aku note la kan):

  1. wanita berumur dalam 50an, pankai selendang cap dolce & gabanna, handbag original LV warna merah (cne aku tau ori? ntah, aku agak2 aje). kasut tumit tinggi warna merah (at least 4 inci kot tinggi). finishing ialah spec mata itam glamer (cap ape aku tatau). die bawah honda civic putih, sport rim cun melecum segala, spoiler tinggi abes. glamer yu ols!
  2. lelaki berumur lewat 20an (aku rasa la), gaya koprat abes (kemeja, slack, kasut kerje). pakai spec itam jugak (apasal smorang pakai spec itam  ni? oh, lupa pulak. panas kan time tu). ok, die bawah persona baru, plat selangor. cne aku tau persona baru? yelah, plastik seat tak bukak lagi tau!)
  3. lelaki berumur 30an. jeket n kasut racing sebab nyer die ialah bawak superbike yamaha ducati. haruslah skali dengan helmet dan glove penuh bergaya. (ini feveret aku ye sebab aku tengah berangan nak bawak superbike).
konsepnya, aku tengok makcik LV, makcik tu tengok aku balik. aku tengok moto encik superbike, tuan superbike tengok aku balik. aku tengok encik persona, die tengok aku balik. aku pon terfikir, apasal diorang tengok aku ni? oh, agaknya sebab aku muka macam student kot (perasan muda!).

moralnya : kalau sayang kereta tu, bawak2 la pegi basuh selalu. jgn ikut mcm aku ni yang memang sentiasa pemalas!

1 comments: