Thursday, March 17, 2011

melawat rakyat 5 : road trip : day 6 - let's go home...

day 1

day 2

day 3

day 4

day 5

dalam banyak-banyak travelodge yang kami stay in, yang kat Birmingham (Castle Bromwich) ni yang paling best skali. design pon lain dari travelodge lain yang sama aje interior dia. toilet sangat best. tv 32 inci flat screen gantung kat dinding lagi, walaupon kami tengok BBC news aje sebab asyik tengok Korean variety show aje. 

lepas breakfast pagi-pagi di dalam travelodge yang cemerlang lagi gemilang tu, kami teruskan tujuan aktiviti hari terkahir road trip, iaitu pergi jalan-jalan di tempat kerja mama, University of Leicester.

gaya itu penting. mesti pakai sunglass kalau matahari terik walaupon baju pakai berlapis2.


university of leicester ni parking sangat susah nak cari walaupon uni dia kecik aje. staff nak dapat sticket staff pon waiting list 2 tahun. apekah?







kebetulan hari yang sama ada open day kat uni tu. so masa kami pergi student union building dia, ada ramai student yang tengah duk melayan visitor. beli tshirt uni of leicester untuk mama then kami jalan-jalan pergi tengok office mama. ambil-ambil gambar lagi sampai tak larat. 









sebab kami parking jauhhhhhhh gila, aku suruh mama n alim tunggu kat bus stop pagar uni of leicester aje sementara aku pergi ambil kereta.

lepas dari tu kami terus balik ke rumah. sampai rumah, masak lunch dan makan macamkan tak makan berapa hari. maklumlah, berapa hari tak makan masakan melayu. nak kata pandai sangat masak tu tak la, tapi licin licau periuk kuali.

alhamdulillah, selamat pergi dan balik.

cayalah mama sebab melayan itenary gila yang aku buat.
cayalah widad sebab ponteng sekolah 3 hari. slumber kan.
cayalah alim pasal tak pernah merungut pon penat ke lambat.

kalau semorang ada sekali, laaaaaaaaagggggggiiiiiiiiiiiii best...

melawat rakyat 5 : road trip : day 5

pagi-pagi hari ke-5 kami dah checkout dari travelodge yang tak diketahui kedah nak menyebut namanya.

 

seperti biasa harus mengecek kereta dulu ape-ape yang patut dah diketahui. 


tulisan welsh yang tak difahami


kami terus ke destinasi yang dirancang iaitu Stratford-Upon-Avon. alah, tempat shakespeare tu. aku ni tak ler pandai literature dan tak pernah baca the whole book (not even one) buku shakespeare tapi nak jugak pergi lagi. 

pitstop












matahari memancar dengan cemerlang sekali. biar cuaca sejuk pon tapi bila dapat matahari tu, drive pon nak pakai sunglass. mwahaha.. puas jalan-jalan kat bandar Stratford, terus kami pergi tengok rumah wife shakespeare, iaitu anne hathaway. bukan pelakon america tu. 





enjoying the sunshine
 lepas stratford, kami teruskan perjalanan ke Birmingham. direct terus ke Bull Ring shopping complex. 


lepas light lunch di bullring, kami terus ke cadbury world. ingatkan memang murah kalau beli kat cadbury world ni. tapi, dia murah sebab expiry date dia sangat dekat, bulan april 2011. patutla dia jual murah. so kami beli coklat yang expiry date lama lagi dan makan ice cream!!!






sesak jugak area kat cadbury world tu. so ambil masa jugak nak keluar dari area tu. next destination, aston villa stadium. stadium bolasepak lagi ye rakyat.. walaupon team ni pernah glamour satu ketika dulu, tapi warna tema team dia akan ku kenang sampai bila-bila. lain dari lain tau. 



hari pon dah hampir gelap. so kami terus ke travelodge. sebelum tu singgah di tesco untuk beli cold dinner. blasah saje prawn pasta dan cheese pasta.