Sebelum cerita MRT ni basi, baiklah aku up kan kat sini dulu. Bos MRT ajak kitorang naik MRT, sementara masa tu half price (sehingga 31 August 2017). So ahli kumpulan pon agree untuk pergi hari ahad last sebelum 31 August tu.
Route kami haritu ialah Kajang - Sungai Buloh - Kajang.
Modus operandi nya ialah :
Aku park di MRT Stadium Kajang. Naik MRT, Siti akan join aku dari station Taman Pertama, kami keluar di station Muzium Negara dan tunggu Eda. Eda join dan kami ke Sungai Buloh, Shah (Bos MRT) tunggu kami kat situ sebab dia parking situ.
|
Maju wei kampung aku |
Aku pakai kad touch n go aje senang. Lepas parking terus masuk station, tunggu MRT 3 minit dah sampai. Terus naik dan call Siti. Siti join dari Taman Pertama. Sampai kat station Muzium negara kami keluar dari train dan duduk-duduk sambil tunggu Eda. Eda dia naik LRT dari Sri Rampai ke KL Sentral. Eda jalan dari KL Sentral ke MRT Muzium Negara.
|
sementara tunggu Eda |
|
sempat lagi |
|
Eda pon sampai. |
Eda sampai, kami sambung naik train (haruslah train lain kan, kau siapa yang train nak tunggu kau). Hala ke Sungai Buloh. Cantik view bila kat elevated track.
|
depot rapid KL |
|
shooting bermula |
Sampai kat Sungai Buloh, sementara tunggu Shah dan Eda simpan drawings kat MSPR (Multi Storey Park n Ride). Atau nama lain dia PARKING. Hahaha saje je kasi ilmu sikit.
|
take turn posing dengan Siti |
Then kami teruskan misi seterusnya. Oh yeah, misi nya ialah nak jalan-jalan naik MRT, berhenti kat underground station, lunch, ngopi, dan berakhir dengan makan satay kat Kajang.
|
mestilah ada gambar background train |
|
memang spacious |
|
yeahhhhh sambung shooting. cari port lighting yang baek punya. |
|
my signature pose bak kata mereka |
|
lakonan mantap ni! |
|
geng lagi sorang si Nurin masa ni dah kena tahan kat HKL, malam tu dia bersalin |
|
Eda tunjuk lokasi kedai makan Ali, Muthu, Ah Hock yang kat area Central Market |
Kami turun kat CM dan jalan kaki ke Restoran Ali, Muthu, Ah Hock untuk Lunch.
|
Wajib order ni |
|
paling depan tu paling poyo sebab lapar |
Settle isi perut, kami naik MRT ke station Muzium Negara. Masa ni panas gila. Gambar memang cantik sebab lighting terbaek. Tapi peluh mencurah-curah. Muka masih control.
|
Maafkan perut sis terkeluar sikit sebab tadi kan makan nasi lemak ayam berempah |
|
untunglah Siti ada sunglass |
|
Bila Shah kata pose, ni lah hasilnya. |
|
selfie tu wajib |
|
minta tolong orang ambilkan gambar |
|
pelancong kan |
|
nak nampak tinggi tapi nampak lemak peha je |
|
yes yes kat muzium negara lah ni |
|
masuk sikit kat station tu sebab nak rasa tempias aircond |
|
Kami memang camera ready kecuali Bos MRT |
Lepas tu kami ke Station Merdeka. Ada pulak geng tengah nyanyi lagu-lagu patriotik. Shooting tetap diteruskan bersama background lagu.
Penat rupanya jadi artis merangkap camerawoman ni. So apa lagi, sambung naik MRT dan ke Bukit Bintang. Jalan ke Pavilion dan masuk The Loaf. Pekena Kopi dulu sebab tema nya ialah geng mengopi kan.
|
yeah love love love |
|
saje nak bagitau yang mama kita kasi jam DW sempena habis PhD dan menjadi anak yang paling disayangi. Part yang last tu aku reka sendiri. |
|
yang ni minta tolong pak guard snapkan |
|
flip shawl. literally. |
Lepas tu sambung lagi naik MRT ke station Tun Razak Exchange. MRT Line 2 akan start dari sini ke Putrajaya.
Semua pon dah lemau. Nasi lemak pon dah terbakar. Hari pon nak petang. Kami sambung naik MRT ke station Stadium Kajang. Satayyyy tunggu kami.
|
kena berdiri lah |
|
sempat lagi |
Keluar aje kat Stadium Kajang, tengok kat satay haji samuri yang kat bangunan Dato Nazir tu, penuh gila manusia. Tingkat 1 dia tutup tak sure kenapa. Yang kat ground floor punya ramai orang, sampai orang berdiri tunggu turn nak duduk makan. So kami decide cari satay tempat lain. Naik kereta aku dan masuk ke Sungai Kantan. Kami makan satay kat kedai tepi padang permainan. Tak tau apa nama kedai, tapi sedap.
|
terliur tak? |
Lepas makan, aku hantar diorang balik ke station MRT dan diorang pon balik. Fuhhhhhhhhhhhhh memang best lah.
Aku akhiri post kali ni dengan BTS kerja-kerja kami penjadi artis, photographer dan pelancong.
2 comments:
Salam singgah :)
@Julia Tarmidi Salam. Terima kasih sudi singgah.
Post a Comment