Mata mata tu nama tempat kat New Zealand. Bukan aku suruh main mata hokey.
OK, lawak hambar sebab nak cover yang aku baru nak update cerita New Zealand setelah 3 bulan lebih balik dari jumpa legolas. Jumpa ke? Mestilah tak hahaha.
Perancangan sebenarnya dah lama sangat. Plan punya plan, akhirnya lepas raya end of June 2017 barulah kami beli tiket. Siapa peserta kali ni? See the hashtag lah. Aliaa, Shah, Eda & Ili.
Sebelum ke NZ, kami semua dah jumpa 3 kali. Sekali masa sesi berkenalan masa diorang semua datang raya kat rumah aku. Kali kedua ialah sesi menghabiskan duit untuk bayar booking accomodation, sewa kereta, etc. Kali ketiga ialah confirmkan itinerary. Lain-lain tu kami jumpa asing-asing dan mana sempat je.
Apa persediaan? DUIT. Ada duit semua jalan. Bila ada duit, barulah boleh bajet nak duduk accomodation macam mana, sewa kereta berapa besar, apa aktiviti nak buat kat sana, berapa bajet nak makan setiap hari, duit minyak dan entrance fee nak tengok legolas.
Details budget aku akan kasi kat last post nanti. Mohon doakan aku habiskan entry NZ ngeh ngeh ngeh.
Siapa hantar aku ke airport? Ada mother, semai and family and widad and family. Turunkan aje luggage dari kereta, aku tolak lah luggage. Sekali rasa roda dia macam tak smooth. Amekkaw, 1 roda pecah. Ishhhh kat rumah tak nak pecah. Dah sampai airport baru pecah. Tapi luggage hijau ni dah merata aku bawak. Banyak berjasa. So, mother pon zas terus ajak pegi kedai luggage and zas beli luggage medium size satu. Kami suka beg saiz medium sebab senang nak estimate berat luggage and takkan terlalu berat bila nak angkat. kalau saiz large confirm berat.
kau mampu buka luggage kat airport dan transfer barang-barang. |
Macam yang korang nampak, luggage aku penuh dengan makanan. Brahims, sardin, tuna, sambal udang, sambal ikan bilis, etc. Periuk dan sudip pon bawak u ols. Makcik kantin di mana sahaja.
NZ sama macam Oz di mana diorang strict bab makanan dibawa masuk. Nak senang, amalkan konsep bawa makanan yang packed, sealed and labelled.
Aku dah siapkan list makanan dan list ubatan yang kami bawa. Sampai kat kastam terus kasi list dan diorang akan check dengan tenang.
muka seronok kerana bakal meninggalkan kerja-kerja di Malaysia hahaha. #byebyeboss |
Kami mengamalkan penjimatan berganda. Yeke? Hahaha. Kami book ticket + luggage sahaja. Makan, seat segala yang lain tak book pon. Memang plan nak makan siap-siap sebelum boarding. Flight through the night so tak makan nasi lemak pak nasser pon takpe. Sekarang kau cakap macam tu. Kau tengok hari kedua ketiga nanti cemana.
settlekan dinner dan solat |
happy kemain kan |
Oleh kerana dah plan nak sleep through the flight, aku makan ubat selsema ngantok, Eda makan ubat mabuk yang lead to mengantuk. Shah makan ubat batuk yang mengantuk. Ili dia takpe. Terus tidur je konsep. Tapi orang duduk sebelah Ili tu poyo. Menyampah.
nampak sipi-sipi je lah sebab duduk tengah. nak bangun snap gambar tp semorang tengah tidur. |
Aku sama flight dengan geng MPP UiTM zaman tahun 2002 dulu. Kak Rini round NZ north island dengan kawan-kawan dia. Sembang tak hengat lah kami masa transit kat Gold Coast.
Kak Rini (tengah) terus upload gambar kat fb dan tag geng MPP UiTM yang kami kenal sekali. |
Aku dulu glamer (lah sangat!) dengan nama Aliaa PBSM. Tag aje gambar dan mention nama glamer aku terus semorang kenal. Kalau diorang pretend kenal pon takpelah. Hahaha.
Transit kat Gold Coast. Turun dari flight bawak semua barang-barang sekali. Then go through security check dan masuk balik flight. Tak lama pon, sejam. Sempat la ke toilet seround. |
kitorang dengan geng Kak Rini bila dah arrive kat Auckland International airport |
turun flight, naik bas macam bas intrakota tu. bas tu akan bawa ke terminal building. sejuk ke sis? |
Aku tak berani snap gambar sebab yelah first time datang NZ. Tak sure rules and regulations dia macam mana.
Sebenarnya aku nervous pasal makanan yang kami bawak. Macam la NZ tu takde makanan kan. Alahai.
Terus go through immigration. Malaysians tak perlu visa ke NZ. Zas dia akan cop terus visitor 3 bulan. Settle. Ambil luggage terus custom checking.
Then kad custom declaration card, kami declare bawa makanan. So aku akan ke line lain. Jauh gila jalan. Amboi kau dah tidur 13 jam, apelah sangat jalan dalam airpot.
Sampai kat custom, memula dia ada macam kaunter. So kat kaunter tu kami kasi list makanan dan ubat. Then dia terus suruh ke line sebelah. Yang ni ialah sis nervous.
Tapi officer kat line sebelah baik gila kot. Dia cakap baik je n slow je. Dia cakap I need you all to open all bags that contains the food that you bring. Bag yang tak de makanan takyah buka dia kata. Dia main percaya je. Then kami buka lah semua luggage.
Nampak la semua brahims dan sambal ikan bilis maggie yang kitorang bawak. Amekkaw macam nak kasi makan 40 orang. Pastu officer tu cakap "We do have a lot of halal food in New Zealand as well you know" sambil senyum. Aku pulak menjawab "yeah but we want to save our money on traveling". Kau mampu jawab camtu. Pastu dia jawab "Of course you do". Sambung senyum. Hahahaha.
Dia tampal sticker kat semua luggage dan beg yang dia dan buka dan cek, dan kami pon lepas pergi. Sambil tu tengok line sebelah, ada yang beg kena buka, owner cakap takde apa-apa tapi custom bukak dan cek sehelai sehelai baju dalam beg dia. Jangan memain u ols. Declare aje kalau bawak.
Sebab, kalau korang tak declare, dan officer tak jumpa masa check, anjing pengesan konfem akan jumpa jugak. Lepas officer dan tampak sticker tu kami tolak troley dan masuk berbaris untuk anjing kelilingi kami untuk bau. Jangan risau. Anjing tak kena pun kat kita. Tapi sis sebagai penakut anjing, muka sis ialah muka risau masa tu.
tadaaaaa finally dah keluar. |
Settle pocwifi, terus kami ke information kaunter. Memula blurr macam mana nak call tempat sewa kereta tu sebab kami tak beli simkad. Arahan kat email dia cakap call dari free phone kat information counter. Nombor yang nak di call pon kami blurr. Last sekali berjaya jugak. Dah call tempat sewa kereta dan kami pon tunggu kat tempat sepatutnya. Untuk kat north island kami sewa dari Apex Car Rental.
makcik kantin cek brahims ke |
tunggu van |
pelik betul selfie terbalik ni |
Perut lapar u ols. Atas flight minum kopi dan hot chocolate aje. So singgah subway dekat area office car rental tu dan makan.
lapar |
Oh by the way, NZ ialah lewat 4 jam dari malaysia. Kami sampai Auckland Airport pukul 4.30pm. Gedebuk gedebak immigration, custom, sewa kereta, dah pukul 6.30pm. Lepas tu makan dan terus gerak ke Matamata.
Our official driver is Shah. Aku sebagai copilot yang kerjanya lapar memanjang.
Sampai kat Matamata dah almost 9pm. Kami tidur kat Horse and Jockey Inn. Kami bernasib baik, kaunter nya tutup pukul 8.30pm rupanya. Nasib owner belum balik rumah lagi. So bayar accomodation, bawa luggage naik ke bilik.
Walaupon baru aje makan, tapi dah lapar balik. So panaskan nasi goreng brahims dan makan dengan sambal ikan bilik. Bancuh kopi. Settle dan selamat malam.
0 comments:
Post a Comment