Sabtu lepas, aku dan beberapa orang kawan plan untuk trekking ke Bukit Gasing. Antara aku, Kishan, Bell, Ili, Hafiz, Nani dan Hilma, takde sorang pon pernah naik Bukit Gasing tu.
So kami dengan penuh confident berbekalkan bacaan dalam blog orang lain, kami pon bertolak ke KL dan parking di Pusat Komuniti Pantai Dalam. Sebelum ada adegan sesat sikit. Guna waze dia hantar kitorang pergi rumah orang mana entah.
|
Nani dan Hilma ni officemate lain faculty |
Lepas semua dah berjumpa, kami pon mulakan trekking. Seberang jalan dari pusat komuniti tu, nampak ada track masuk ke dalam kawasan hutan. Sambil tu follow jugak trekkers lain.
Jalan punya jalan, sampai lah kat kawasan jambatan gantung ni.
|
gitu model nya |
|
mana entah si kishan dah terlepas ke depan |
|
trek nya banyak macam ni. senang nak nampak dan nak turun. |
Trekking punya trekking (tak berapa hiking sangat sebab surface pon santai), tetiba aku dah dengar bunyi riuh. Tiba-tiba dah sampai puncak. Aku estimate kalau aku jalan terus aje dengan pace aku, aku boleh sampai dalam masa 15-20 minit macam tu. Haritu sebab ramai orang dan sambil borak-borak dan bergambar bagai. Konsep pon santai.
|
testing kopi yang kishan buat |
Lepas berehat, minum kopi, makan roti dan sebagainya, kami decide nak turun. Turun lagilah cepat, tak sampai 5 minit dah siap sebab track dia macam loop. So kami dah lalu loop besar masa naik, masa turun terus aje sampai semula ke tempat naik.
Lepas singgah toilet kat pusat komuniti, kami decide nak ke Bukit Nanas. Aku pon memang dah lama nak pergi sebab ramai orang upload gambar kat situ. Ada jambatan gantung menarik. So let's go.
Kami naik dan parking di KL Tower. Actually boleh parking di main road bawah, Kalau google, nama tempat nya KL Eco Park Bukit Nanas.
|
semangat nak selfie dengan KL tower |
Kat sini pon takde sorang pernah datang lagi. So kami cari signboard, tanya guard dan tanya orang. Santai jugak tracknya. Misinya nak cari jambatan gantung tu.
|
ini bukan lakonan. |
|
jalan punya jalan, jumpa jambatan yang ni. tapi ending jambatang ni tutup. So patah balik ke track asal. |
|
ini memang berlakon |
Jalan punya jalan, ada tempat macam untuk workout outdoor. Saje kami jadikan modal nak ambil gambar.
|
nak berlakon tapi semua tak tengok tempat yang sama |
Kemudian kami lalu di bamboo walkway.
|
profile picture? |
Jalan dalam tu pon memang macam loop pon, so kami kembali ke starting point. Sekali, baru perasan yang jambatan gantung tu ialah jalan depan sikit aje dari tempat gate masuk. Ape lagi, terus ke sana!
|
ok puas hati! |
Kami pon jalan aje dari 1 jambatan ke 1 jambatan.
|
sempat kau |
Habis jambatan gantung tu, kami turun ke bawah jambatan dan ikut jalan biasa untuk naik semula ke gate kami masuk tadi, dan terus ke kereta.
Lepas bayar parking, masa tu dah nak dekat pukul 12 tengah hari. So kami decide nak pergi makan lah. Terus ke kedai banana leaf kat Serdang.
Best sangat bila trekking santai-santai dengan kawan-kawan ni. Tapi rindu jugak track-track hardcore, hiking dalam hujan dan bergaduh dengan pacat. Hahaha.
4 comments:
turun terus daun pisang. aiyoooo. tulur ikan tenggiri ada tak
paling teruja tgk gambar makanan kat bawah. Sekian.
@drnotts tak perasan tulur ikan tu. tapi saya firsttime try kari bayam and it was so sedappppp
@monstorious wife sebab itulah gambar pemangkin semangat!
Post a Comment