Top picture ialah group photo di Laban Rata, Gunung Kinabalu sebelum turun ke Timpohon gate. Yes, definitely one of the most memorable trip for this year. Other than this hiking trip, aku juga berjaya mendaki sampai ke puncak Gunung Nuang via Pangsun walaupun tempoh pendakian lama dan pakej dengan kaki terselur serta cracked tailbone.
Tahun ini jugak adalah pertama kalinya aku join larian marathon. Bermula dengan SCKLM 2016 - Standard Chartered Kuala Lumpur Marathon, then aku join My Buddy's Run, FI run sempena hari sukan negara, Pink Diva run dan akhir sekali Putrajaya Night Marathon. Semua run ni aku join 10km, kecuali yang F1 run tu 11km (1 route circuit ialah 5.5km, pusing 2 kali).
Selain dari tu, aktiviti scuba diving juga diteruskan dengan aku berjaya dapat Advanced Open Water diver dan aku juga join satu lagi trip fun dive dengan kawan-kawan yang lain. Pengalaman menariknya, maximum aku turun dive sehingga 27m deep. Aku pon macam tak bercaya bila tengok reading gauge tu.
Other memorable trip ialah ke Korea dengan mother, Alim serta Maisarah sekeluarga. Tahun 2016 ni kami berjaya jalan-jalan keliling Jeju Island. Sangat best!!! Sofea dan Mateen well behaved.
Trip bersama kawan-kawan pulak, aku, Shah dan Clare telah menjelajah Perth, Austalia selama 9 hari. Itupon kami rasa tak cukup masa, banyak lagi tempat yang tak sempat pergi. Rasa nak pergi sambung explore Australia tapi maybe tahun-tahun yang akan datang. Kena ke negara lain pulak ni. Ke mana ya?
Selain trip ke luar negara, trip dalam negara pon kami ronda jugak. Pergi ke Penang bersama keluarga, Cherating dan Port Dickson dengan kawan-kawan office. Alamak, cerita ceriti Port Dickson tak sempat update lagi.
Apa cerita paling best? Akhirnya, setelah 5 tahun 1 bulan, aku telah submit thesis PhD aku kepada Graduate School UPM untuk viva. Tolong doakan perjalanan viva dan thesis correction aku berjalan lancar. Amin.
4 comments:
all the best dik! Smg Allah permudahkan perjalanan PHd Alia.
lama sangat nak viva nya kan. hishhh yang examiner simpan tesis tu wat mender. mesti dia lupa letak mana tu kan.
@sweet tooth insyaAllah amin. Thank you kak...
@drnotts takut saya dah lupa je thesisnya hahaha
Post a Comment