Tuesday, June 28, 2016

Korea 2016 : Day 8 : Bye bye Seoul

Awal-awal pagi, Maisarah dah roger untuk tambah luggage online. Sementara breakfast kat guesthouse, aku pon request pinjam PC owner guesthouse. Bila log in, tak jumpa pulak itenary. Tapi kat mobile apps ada je itenary. Aku nak godek lama-lama pon tak boleh sebab owner ialah duduk sebelah aku menunggu. Mmmm takpe, aku cakap kita proceed dulu pergi ke airport ape-apehal. Nanti kita settlekan semua kat airport. Lagipon kat Incheon airport ada internet kiosk, should be no problem.

Breakfast pagi tu kami habiskan tapau makanan dari Alchon, makan toast dan minum kopi. Lepas dah check out dan babai-babai owner, kami pon melakukan aktiviti menolak dan dan menarik luggage dari guest house ke Myeongdong bus station.

Sampai kat bus station, dah ada ahjusshi yang bertugas suruh beratur. Kami pon beratur. Tunggu tak sampai 10 minit, bas ke airport pon sampai. Ahjusshi ahjusshi tu pon tolong masukkan luggage besar bawah bas.

Bus ride ambil masa sejam lebih jugak nak sampai ke airport tu sebab ada beberapa stop dia ambil penumpang sebelum masuk highway. Akhirnya kami pon sampai airport.




beg semua warna warni. senang nak kenal.


Maka, adegan amazing race pon bermula. Masuk aje airport, aku dudukkan semorang kat kerusi yang ada. Aku berlari pergi cari internet kiosk. Dah jumpa kiosk, aku pon startlah godek aku punya travel itinerary. Memang ada rupanya, tapi kat bahagian online booking ke cemana. Aku, mama dan alim booking number lain dan maisarah 1 family booking number lain. Itu yang itenary bersepah kat dalam aku punya booking list tu. So aku try nak add on luggage kat itinerary maisarah, tapi tak boleh. So aku fikir maybe sbb dah less than 4 hours dari flight time, itu yang tak boleh. So aku log out terus.

Then terus berlari ke atas, ambil boxes yang terlebih berat tu, lari ke floor bawah balik, pergi ke Korea post office, nak poskan boxes tu. Isi borang, kasi barang, etc, settle. Fiuhhhhh lega.

Lepas tu lari balik ke atas dan terus beratur nak check in.





Haaa masa check in, sebab booking number lain-lain, kami check in asing, tapi one after the other. Suddenly orang kaunter AA kata takde book luggage kat booking number maisarah. Amendeeeeeeeeeee aku pon tak sure. Sama ada aku ada tersalah click ke masa kat kiost internet sebelum tu ke macam mana. So, bayarlah KRW 120,000 jugak untuk their whole luggage 60kg. Nangis dalam hati wei. Nak tak nak, luggage tu besar gila mana nak lepas kalau nak bawa naik cabin.

Habis tu, terus kami buat tax claim. System dia bagus gila, ada automatic kiosk untuk claim tax. Syaratnya kita kena scan bar code resit dari kedai-kedai yang kita beli tu. Meaning masa nak membeli, kena bagitau orang kedai yang kita nak claim tax, dia akan print lagi another recipt yang ada bar code dan amount claimable tax. So kat kiosk tu, scan passport, boarding pass dan semua resit-resit tax tersebut, dan dia akan terus rekod info tu online. Nanti duitnya akan dapat masa kat kaunter tax claim dalam terminal.

Settle scan recipt, kami pon terus masuk ke security. Scan punya scan bag, kimchi yang aku bawa balik tak lepas pulakkkkk. Actually kimchi tu dipack kecik-kecik. So aku ingatkan lepaslah kan sebab less than 100ml. Taaaaapi sebab food ialah tak lepas ye tuan puan. So, let go lah kimchi 10 paket di situ. Nangis dalam hati lagi.

Lepas tu terus lalu kaunter imigresen. Semuanya smooth. Then terus naik train nak ke gate.

Turun dari train, terus dudukkan mereka semua kat tempat yang ada kerusi sebab nak pergi collect duit tax. Aku dan maisarah terus pergi ke kaunter tax untuk dapatkan duit. Sepanjang kat Korea tu asyik mencari kedai cafe Paris croissant tak pernah lah jumpa. Sekali kat airport, kedainya depan kaunter tax claim. Ape lagi, belilah sebeban pastry strawberry yang kami suka sangat dan bun bun yang lain. Puas hati guwe!!!

Lepas tu kami jalan slow-slow ke gate sementara tu tengok tengok nak makan kat restoran mana. Sekali ada 1 food court. Aku pon intai dari luar, nampak orang bawa tray makanan tradisional korea. Aku terus masuk, ada gerai jual makanan tradisional nya. Apa lagi, kami semua masuk. Aku orderkan untuk semua orang.


seafood sondubu chiggage



Puas hati dapat makan! Paling best rombongan cik kiah kali ni ialah kalau bab makan, order je. Semua takde yang komplen, blasah makan sampai habis. Bagus I like kat situ.

Settle makan, terus berjalan ke gate dan nampak orang dah beratur untuk naik plane. Oleh kerana crew nampak kami bawa stroller, haruslah dapat priority naik dulu. Alhamdulillah.




Flight was smooth, cabin crew semua baik baik. Kami memang order makanan jugak, so makanlah lagi.

Sampai di KLIA2, tunggu luggage, collect luggage dan kena scan luggage lagi sekali masa nak keluar, kat tempat kastam. First time aku expericen scan ni yang semorang wajib scan. Masa balik dari Bandung dulu kan kastam pilih random aje. Kali ni semorang kena scan. Lepas tu fuhhhh legaaaaa free.

Eh, belum lagi lah. Mamat jemput kitorang di KLIA2 dengan kawan dia bawa kereta mama dan kereta aku. Sampai aje kat rumah, bawa semua luggage naik ke rumah mama sebab barang aku, alim dan mama ialah bercampur-campur kat semua luggage. Luggage maisarah n family dah asingkan dah. Kat rumah mama asingkan barang semua, lepas tu barulah aku balik rumah aku.

Adakah aku kemas barang aku terus? Haruslah tidak. Sampai rumah aku terus mandi, solat dan tidur. Esoknya baru kemas.

I had so much fun during this trip. Jeju is soooo beautiful. Definitely will be back for more.

Bila pulak nak pergi Korea lagi. Dalam masa terdekat ni ke? Adakah? Apakah? Bilakah?

0 comments: