Tuesday, June 28, 2016

Korea 2016 : Day 7 : Namsangol Hanok Village (with Hanbok), Dongdaemun, Edae (Alchon) and Myeongdong

Dah puas shopping kan Namdaemun market hari sebelumnya, so kami pon decide untuk buat historical sight seeing activity sikit hari ke-7 ni. Mana nak pergi? Namsangol Hanok Village lah. Kalau jalan kaki, 20 minit aje dari guest house kami tu. Kalau naik subway, kena naik turun tangga dan escalator lah bagai. So, marilah kita naik taxi sahaja. Dia berhenti depan pintu gerbang you all.

Aku memang dah target, kali ni memang nak jugak pakai Hanbok. Sampai aje kat Namsangol hanok village tu, terus pergi kat kaunter, beli teket nak pakai hanbok. Sorang KRW5,000 sahaja, pakai dan posinglah sampai kau tak larat.

Lepas dah beli teket, pergi kat salah satu rumah kat hanok village tu untuk pakai hanbok. Orang kat situ akan pakaikan hanbok mengikut baju yang korang suka. Aku kan perasan yakni Princess, so haruslah aku nak pakai baju princess, korean silk katanya. Seperasan aku, teruk lagi tahap keperasanan Alim. Jadi King terus. Layanlah gambar posing kami ni ha...

























sakura a.k.a beotkott



Puas berposing sakan tanpa menghiraukan ahli rombongan yang lain, kami pon pulangkan lah balik baju tu. Sementara kami berposing tu, maisarah dan zul ialah berposing jugak. Anak-anak diorang ialah tidur dalam stroller dan genma ialah menjaga cucus.





Puas bergambar, terus kami ambil taxi ke Dongdaemun. Nak kena shopping kasut kat shoes alley kat situ. Sambil tu kami makan fishcake tepi jalan.



Sofea kemain suka fishcake tu. Mau tak suka, manis kot. Ceh.

Anyway, settle shopping kasut dengan kadar penuh bergaya, kami pon ambil taxi ke Edae. Kami lunch kat kedai Alchon lagi. Siap tapau lagi untuk bawak balik ke guesthouse.



sebelum mix

udon sodap gile

lepas dah mix

the whole fambam
Lepas dah makan, sambung jalan-jalan lagi kat area Edae tu, sambil beli balance-balance barang yang orang pesan dan barang diri sendiri. Then ambil taxi balik ke guesthouse.


Balik ke guesthouse dan tinggalkan mama dan Sofea, kami terus turun balik ke Namdaemun market. Maisarah dan zul shopping last minit barang-barang souvenir, baju dan aku beli tambahan ginseng untuk bekalan mother.

kemain ahjumma tu testing kan size baju zul

tambah kasut lagi

kedai ginseng

alim beli bantal SNSD dia kat kedai ni. Kat Hoehyeon underground. 

fishcake sedap nak mampuih
On the way balik ke guesthouse, kat area Myeongdong, kami beli nutella crepe, fishcake dan teokbokki untuk makan dinner kat guesthouse. Sampai guesthouse terus belasah makan.


Malam tu kami packing siap-siap. Timbang siap-siap pinjam penimbang digital maisarah. Takut terlebih berat. Settle packing barulah tidur. Kalau packing esok paginya taku kelam kabut pulak kan.

0 comments: