Wednesday, June 29, 2016

Macam mana Ramadhan 2016 tahun ni?

Blog aku ni memang teruk dan sendu aje sepanjang tahun ni. Kawan-kawan blogger lain semua update seperti biasa. Kawan-kawan yang selalu baca blog aku pon selalu tanya, kenapa lama tak update blog. Well, tahun ni ialah agak busy dah hectic. Mana satu nak cerita aku pon tak sure. Less than 50 entry kot as of now, seriously sikit. Maafkan aku ya kawan-kawan. I will try my best to update more often.

Ok, lets get back to cerita ceriti ramadan. Kalau dah namanya ramadan, haruslah cerita pasal makanan. Kenapa? Sebab semangat memasak masa bulan ramadhan ni lain macam sikit auranya. Terutamanya mama aku ni ha. Hari-hari menyinsing lengan baju sebab nak memasak.

Aku? Aku rasa baru berapa kali aku tolong masak. Goreng-goreng sayur ada lah. By the time sampai rumah, aku mandi solat semua dan terus pergi ke rumah mama. Mama pulak dah siap masak dan sambut aku dengan "TADAAAAAA mama dah masak" punya gaya.

Jom tengok gaya macam mana makanan berbuka kami...


kau mampu? kari ayam, sambal ikan bilis kering (maisarah beli), sambal hati dan acar buah

oppsss ini makanan masa sahur. ini namanya takde idea. 

sambal telur rebus pulak dah!!! lawan dengan buncis goreng (aku masak kau tau!), sambal hati dan acar buah

ini pon makanan sahur... 

kalau makan kari, kena banjir camni

festival nasi ayam UK yang dimasak oleh maisarah. 

aku memang fail bab platekan makanan ni

first time acik masak caramel. nasib baik mama kata ok. 

ini buka puasa kat rumah kawan aku. first time in so many years mumble kat bazar. belly upon sikit, habis semua kami makan. 

ada 1 hari tu aku attend workshop. Dapat doorgift kurma. Menarik kan.

Nanti entry yang lain aku akan upload lagi gambar makanan.

So far ada lah beberapa kali berbuka puasa kat luar dengan kawan-kawan, dan juga berbuka puasa event faculty. Lain-lain memang berbuka di rumah aje. Solat senang dan lepas buka puasa, boleh landing depan TV sambil habiskan longan sementara tunggu isya dan terawih.

Tuesday, June 28, 2016

Korea 2016 : Day 8 : Bye bye Seoul

Awal-awal pagi, Maisarah dah roger untuk tambah luggage online. Sementara breakfast kat guesthouse, aku pon request pinjam PC owner guesthouse. Bila log in, tak jumpa pulak itenary. Tapi kat mobile apps ada je itenary. Aku nak godek lama-lama pon tak boleh sebab owner ialah duduk sebelah aku menunggu. Mmmm takpe, aku cakap kita proceed dulu pergi ke airport ape-apehal. Nanti kita settlekan semua kat airport. Lagipon kat Incheon airport ada internet kiosk, should be no problem.

Breakfast pagi tu kami habiskan tapau makanan dari Alchon, makan toast dan minum kopi. Lepas dah check out dan babai-babai owner, kami pon melakukan aktiviti menolak dan dan menarik luggage dari guest house ke Myeongdong bus station.

Sampai kat bus station, dah ada ahjusshi yang bertugas suruh beratur. Kami pon beratur. Tunggu tak sampai 10 minit, bas ke airport pon sampai. Ahjusshi ahjusshi tu pon tolong masukkan luggage besar bawah bas.

Bus ride ambil masa sejam lebih jugak nak sampai ke airport tu sebab ada beberapa stop dia ambil penumpang sebelum masuk highway. Akhirnya kami pon sampai airport.




beg semua warna warni. senang nak kenal.


Maka, adegan amazing race pon bermula. Masuk aje airport, aku dudukkan semorang kat kerusi yang ada. Aku berlari pergi cari internet kiosk. Dah jumpa kiosk, aku pon startlah godek aku punya travel itinerary. Memang ada rupanya, tapi kat bahagian online booking ke cemana. Aku, mama dan alim booking number lain dan maisarah 1 family booking number lain. Itu yang itenary bersepah kat dalam aku punya booking list tu. So aku try nak add on luggage kat itinerary maisarah, tapi tak boleh. So aku fikir maybe sbb dah less than 4 hours dari flight time, itu yang tak boleh. So aku log out terus.

Then terus berlari ke atas, ambil boxes yang terlebih berat tu, lari ke floor bawah balik, pergi ke Korea post office, nak poskan boxes tu. Isi borang, kasi barang, etc, settle. Fiuhhhhh lega.

Lepas tu lari balik ke atas dan terus beratur nak check in.





Haaa masa check in, sebab booking number lain-lain, kami check in asing, tapi one after the other. Suddenly orang kaunter AA kata takde book luggage kat booking number maisarah. Amendeeeeeeeeeee aku pon tak sure. Sama ada aku ada tersalah click ke masa kat kiost internet sebelum tu ke macam mana. So, bayarlah KRW 120,000 jugak untuk their whole luggage 60kg. Nangis dalam hati wei. Nak tak nak, luggage tu besar gila mana nak lepas kalau nak bawa naik cabin.

Habis tu, terus kami buat tax claim. System dia bagus gila, ada automatic kiosk untuk claim tax. Syaratnya kita kena scan bar code resit dari kedai-kedai yang kita beli tu. Meaning masa nak membeli, kena bagitau orang kedai yang kita nak claim tax, dia akan print lagi another recipt yang ada bar code dan amount claimable tax. So kat kiosk tu, scan passport, boarding pass dan semua resit-resit tax tersebut, dan dia akan terus rekod info tu online. Nanti duitnya akan dapat masa kat kaunter tax claim dalam terminal.

Settle scan recipt, kami pon terus masuk ke security. Scan punya scan bag, kimchi yang aku bawa balik tak lepas pulakkkkk. Actually kimchi tu dipack kecik-kecik. So aku ingatkan lepaslah kan sebab less than 100ml. Taaaaapi sebab food ialah tak lepas ye tuan puan. So, let go lah kimchi 10 paket di situ. Nangis dalam hati lagi.

Lepas tu terus lalu kaunter imigresen. Semuanya smooth. Then terus naik train nak ke gate.

Turun dari train, terus dudukkan mereka semua kat tempat yang ada kerusi sebab nak pergi collect duit tax. Aku dan maisarah terus pergi ke kaunter tax untuk dapatkan duit. Sepanjang kat Korea tu asyik mencari kedai cafe Paris croissant tak pernah lah jumpa. Sekali kat airport, kedainya depan kaunter tax claim. Ape lagi, belilah sebeban pastry strawberry yang kami suka sangat dan bun bun yang lain. Puas hati guwe!!!

Lepas tu kami jalan slow-slow ke gate sementara tu tengok tengok nak makan kat restoran mana. Sekali ada 1 food court. Aku pon intai dari luar, nampak orang bawa tray makanan tradisional korea. Aku terus masuk, ada gerai jual makanan tradisional nya. Apa lagi, kami semua masuk. Aku orderkan untuk semua orang.


seafood sondubu chiggage



Puas hati dapat makan! Paling best rombongan cik kiah kali ni ialah kalau bab makan, order je. Semua takde yang komplen, blasah makan sampai habis. Bagus I like kat situ.

Settle makan, terus berjalan ke gate dan nampak orang dah beratur untuk naik plane. Oleh kerana crew nampak kami bawa stroller, haruslah dapat priority naik dulu. Alhamdulillah.




Flight was smooth, cabin crew semua baik baik. Kami memang order makanan jugak, so makanlah lagi.

Sampai di KLIA2, tunggu luggage, collect luggage dan kena scan luggage lagi sekali masa nak keluar, kat tempat kastam. First time aku expericen scan ni yang semorang wajib scan. Masa balik dari Bandung dulu kan kastam pilih random aje. Kali ni semorang kena scan. Lepas tu fuhhhh legaaaaa free.

Eh, belum lagi lah. Mamat jemput kitorang di KLIA2 dengan kawan dia bawa kereta mama dan kereta aku. Sampai aje kat rumah, bawa semua luggage naik ke rumah mama sebab barang aku, alim dan mama ialah bercampur-campur kat semua luggage. Luggage maisarah n family dah asingkan dah. Kat rumah mama asingkan barang semua, lepas tu barulah aku balik rumah aku.

Adakah aku kemas barang aku terus? Haruslah tidak. Sampai rumah aku terus mandi, solat dan tidur. Esoknya baru kemas.

I had so much fun during this trip. Jeju is soooo beautiful. Definitely will be back for more.

Bila pulak nak pergi Korea lagi. Dalam masa terdekat ni ke? Adakah? Apakah? Bilakah?

Korea 2016 : Day 7 : Namsangol Hanok Village (with Hanbok), Dongdaemun, Edae (Alchon) and Myeongdong

Dah puas shopping kan Namdaemun market hari sebelumnya, so kami pon decide untuk buat historical sight seeing activity sikit hari ke-7 ni. Mana nak pergi? Namsangol Hanok Village lah. Kalau jalan kaki, 20 minit aje dari guest house kami tu. Kalau naik subway, kena naik turun tangga dan escalator lah bagai. So, marilah kita naik taxi sahaja. Dia berhenti depan pintu gerbang you all.

Aku memang dah target, kali ni memang nak jugak pakai Hanbok. Sampai aje kat Namsangol hanok village tu, terus pergi kat kaunter, beli teket nak pakai hanbok. Sorang KRW5,000 sahaja, pakai dan posinglah sampai kau tak larat.

Lepas dah beli teket, pergi kat salah satu rumah kat hanok village tu untuk pakai hanbok. Orang kat situ akan pakaikan hanbok mengikut baju yang korang suka. Aku kan perasan yakni Princess, so haruslah aku nak pakai baju princess, korean silk katanya. Seperasan aku, teruk lagi tahap keperasanan Alim. Jadi King terus. Layanlah gambar posing kami ni ha...

























sakura a.k.a beotkott



Puas berposing sakan tanpa menghiraukan ahli rombongan yang lain, kami pon pulangkan lah balik baju tu. Sementara kami berposing tu, maisarah dan zul ialah berposing jugak. Anak-anak diorang ialah tidur dalam stroller dan genma ialah menjaga cucus.





Puas bergambar, terus kami ambil taxi ke Dongdaemun. Nak kena shopping kasut kat shoes alley kat situ. Sambil tu kami makan fishcake tepi jalan.



Sofea kemain suka fishcake tu. Mau tak suka, manis kot. Ceh.

Anyway, settle shopping kasut dengan kadar penuh bergaya, kami pon ambil taxi ke Edae. Kami lunch kat kedai Alchon lagi. Siap tapau lagi untuk bawak balik ke guesthouse.



sebelum mix

udon sodap gile

lepas dah mix

the whole fambam
Lepas dah makan, sambung jalan-jalan lagi kat area Edae tu, sambil beli balance-balance barang yang orang pesan dan barang diri sendiri. Then ambil taxi balik ke guesthouse.


Balik ke guesthouse dan tinggalkan mama dan Sofea, kami terus turun balik ke Namdaemun market. Maisarah dan zul shopping last minit barang-barang souvenir, baju dan aku beli tambahan ginseng untuk bekalan mother.

kemain ahjumma tu testing kan size baju zul

tambah kasut lagi

kedai ginseng

alim beli bantal SNSD dia kat kedai ni. Kat Hoehyeon underground. 

fishcake sedap nak mampuih
On the way balik ke guesthouse, kat area Myeongdong, kami beli nutella crepe, fishcake dan teokbokki untuk makan dinner kat guesthouse. Sampai guesthouse terus belasah makan.


Malam tu kami packing siap-siap. Timbang siap-siap pinjam penimbang digital maisarah. Takut terlebih berat. Settle packing barulah tidur. Kalau packing esok paginya taku kelam kabut pulak kan.