Wednesday, August 27, 2014

Selera kemain lagi walaupun...

Dari malam semalam rasa tekak tak best. Pagi ni pakej dengan bersin dan selsema.  Namun makan tetap makan. 

Tadi keluar lunch dengan mother. Sebelum tu singgah jumpa Tracy the tailor. Ambil baju mother. Mother ialah tempah baju kurung sebab ada meeting persatuan permata this Friday. Kain pun ajk permata yang beli. Limited edition mother berbaju kurung ni. 

Then kami ke limau nipis di Bangi. Kalau pergi sana aku konfem ambil keli bakor dan mother konfem ambil pari bakor. Punyalah sedap sampai licin semua. Actually aku ambil jugak kacang botol dan sambal mangga untuk ulam, dan telur itik masak lemak cili api. Kesedapan berganda you all. 

Balik office, kunyah-kunyah seaweed goreng yang beli kat entreneurship week semalam. Gambar seperti di bawah. Sedap kemain. Lepas tu pegi meeting.



Balik rumah je rasa nak makan lagi. Selera perut tak padan dengan tekak rasa berpasir dan hidung tekak semua panas. Terus mandi basah kepala dengan harapan panas berkurangan. Namun selera nak makan masih tinggi. Ajak mother keluar lepas maghrib. Camne kau nak kurus aliaa kalau kerjenye asyik makan je. 

Then kami ke foodcourt tesco Nilai. Ada ani sup utara express kat situ. Aku malan bubur sup ayam. Pastu habiskan sup ekor mother. Kau tengok la selera gaya mana aku ni. 

Sekarang tersandar separa baring sebab kenyang, dan sambil tengok aje treadmill dengan takde perasaan nak lari atas tu. 

Tuesday, August 26, 2014

what's your favorite dessert?

Tengok tajuk. Sila jawab. 

Mine? Banyak sangat. Kalau nak listkan, berjela-jela kertas kajang pun belum tentu cukup. 

But I guess it all depends on which kedai you are going, who's open house you are attending and what kind of wedding that you are invited to. 

Dia macam ada automatic or standard dessert for a certain thing. Contohnya kalau attend open house rumah aku, korang akan jumpa dessert yang senang macam buah oren dipotong ke, cake yang aku order ke, ha camtu lah. Kalau pergi open house rumah officemate aku yang memang terel memasak, konfem akan jumpa dessert hebat seperti kuah durian dimakan bersama pulut, etc. 

Dan, kebanyakannya manis-manis je. I think almost all. Yang tak manis ialah kalau dihidang kopi O kampung takde gula. Itu memang paling best. Pahit yet addicted punya type. 

So, apakah recipe dessert favorite u ols yang u ols selalu buat? 

Monday, August 25, 2014

My oh my... I don't know what to say...

Aku kan jarang bercerita pasal my students especially perkara yang tak berapa best. Kali ni I think I have to write.

Seperti biasa, mana-mana course pon susah. Mana-mana subjek pon ada assignment / exercise / tutorial / test dan final exam. Kebiasaanya aku akan mix semuanya. Meaning ada assignment + test + final exam or fieldwork + report + mini project + final or fieldwork + mini project sahaja. Well, I am a flexible lecturer you can say. Meaning if you cannot submit your assignment on time, with valid reason, I will accept after the due date. Same goes to tutorials, etc etc. Final exam of course tak boleh buat apa since it is in a controlled environment (time, invigilators, etc).

Tapi, when I'm being flexible like that, ada yang take advantage. Siap mintak lagi student submit assignment. Ada certain lecturers yang takkan minta assignment, the students themselves need to submit according to due date. Kalau lambat, tak boleh submit dah.

One case. Aku kasi assignment 2 weeks ago. Minta submit minggu lepas. Bila tanya minggu lepas, katanya nak submit minggu ni since ada hal bla bla bla. So I said OK. So tadi ada class dan tanya mana assignment, jawapannya ialah "assignment yang mana miss?". OK, I ols rasa terpana sekejap.

So aku bagitau this this this assignment. Then I continued "I'm giving you until tomorrow. Kalau tak submit, takyah submit terus". Dengan monotonous tone dan muka releks je. Believe me, I always do that monotonous tone and you can't really tell from that tone whether I'm angry or not. The student's face was shocked and I repeated "I'm giving you until tomorrow. Kalau tak submit, takyah submit terus". Then dia angguk-angguk. Not sure dia faham ke tak. Kalau tak submit, confirm zero markah for the 2 assignments.

Nak kata kita tak peduli, sampai dah mintak diorang submit. So, kira tak peduli lagi ke ni? Me don't know what is in the head of the students.

After that conversation, aku pon start mengajar. Lepas 5 minit mengajar, the student was tersengguk-sengguk. My oh my...

Wednesday, August 20, 2014

Acara masak

Balik dari office, terus ke rumah mother. Dah janji nak masak since harini last day mother puasa. Usually menu akan bertukar dari pagi, sampailah aku dah ada di dapur mother. 

So harini masak sayur kobis panjang yang cina punya tu. Semai haritu dia pergi Cameron Highland. Kemain banyak sayur dia beli bagaikan ada 55 orang dalam rumah mother tu. So potong halus-halus sayur kobis tu, then potong fishball, then potong asparagus. Panaskan kuali, letak olive oil. Then masukkan asparagus dulu. Goreng sikit, then masukkan fishball. Goreng lagi, masukkan kobis tu. Letak garam untuk perasa then tadaaa siap. Tapi supposedly  aku kena potong halus lagi kobis tu. Ok, note untuk next time. 

Lepas tu aku goreng pisang tanduk. Tepung goreng dia aku buat yang simple je. Kalau untuk 6 biji pisang tanduk, aku letak 5 sudu besar tepung beras, 2 sudu besar tepung gandum, secubit kunyit (pewarna), secubit garam, sebiji telur, air 5 sudu besar or adjust sampai kepekatan mengikut citarasa diri sendiri. Gaul suma then potong pisang. Celup dan goreng dalam minyak yg panas dan terendam. 

Lepas makan teman mother berbuka, relex kejap then balik rumah. Gedebuk gedebak siap roti 2 buku panjang egg mayo sandwich. Call alim suruh dia datang ambil. 

Settle acara masak untuk hari ini. 

Gambar takde sebab lupa snap. 

Sukan sukan sukan

Yahoooo esok ada sukan... Kat office I mean. Walaupun acaranya setahun sekali dan usually aku masuk marching aje, still aku rasa excited. Maybe sebab boleh pakai baju sukan seharian tanpa orang pandang kot. Hahaha, not a good excuse. Well, aku suka je.

Initially aku suppose masuk acara batu seremban. Ha, amek kau. Jangan main-main. Acara suka company ni campur tau, tradisional dan modern. Acara ni pair. Tapi tiba-tiba baru tau rules nya kena salah sorang tu umur vateran, which is 35 years old ke atas. Aku baru nak masuk 30 tahun ni. So tak dapek la nak masuk. Ok takpe. Marilah kita stick to marching sahaja. Dan of course, acara yang ditunggu-tunggu tarik tapi. Mestilah aku tak masuk. Aku biasanya jadi tukang ambil video je. Huahuahua.

Sebut pasal sukan kan, lama dah aku tak pergi swimming. Until last Wednesday, barulah pergi. Itupun dapat 50m x 5 kali je. Serious pancit kot. Pastu badan sakit-sakit. Nampak sangat tak banyak gerakkan badan. Ceh. Nak kena start balik ni. Treadmill kat rumah pon tak naik lagi. Ceh lagi.

Ok, nanti aku upload gambar sukan banyak-banyak ok. Tapi idokler pakai camera canggih-canggih. Camera phone aje you all.

Tuesday, August 19, 2014

Word


Selamat hari Selasa you all.

Sunday, August 17, 2014

Saturday night on the street

Alamak, nak selfie or wefie tapi tak pandai nak adjust position camera. Cis.

Alhamdulillah. Saturday night food distribution went smoothly as planned. 3rd round in Dang Wangi area. Some the usual faces. Some new faces. 

The word "makan" means a lot to these people. Hopefully we can do more for them. 

We do try to find jobs for them, places to stay in like old folks home, and bring the medical doctor and medicine to them. I hope they dont suffer as much. But, berat mata memandang berat lagi bahu memikul. 

Kick off Saturday

Saturday ku dimulakan dengan awal sekali. Kan aku jarang-jarang nak bersilat dari awal pagi tapi kali ni aku belasah je. 

Dimulakan dengan Goreng roti bom instant yang angkut dari rumah mother di awal pagi. Nak makan dengan rendang raya resipi nenek Kajang ku itu. Haritu memang simpan stok dalam freezer. Dengan pedas dia, memang terbaek lah masak haritu.


Sambil tu, bakar ayam. Ni baru 1st time testing oven kat rumah aku ni. Semalam aku dah basuh and toskan ayam. Overnight aku toskan ayam so takdelah banyak air dia. Dah marinate ikut resipi suka hati. Aku letak serbuk kunyit, garam, serbuk cili, rempah kari, madu, seasoning maggie, sos tiram dan mixed herbs. Settle bakor memang semerbak harum rumah. Tak sabor nak makan. 


Sambil tu buat tomyam putih pedas gila. Aku letak cili api 25 batang. Gila ko macam pedas tapi aku rasa sedap je takdelah pedas sangat. Ni resipi mother. Letak air limau, cili api, bawang besar (takyah racik, kopas kulit je), serai titik, daun limau purut, garam dan gula. Nanti kita nak mintak verdict mother. 

Ok, nak keluar jalan jap. Nanti balik tinggal ngap je. Nasi pon dah masak. 

Friday, August 15, 2014

Cholestrol

Harini dah Jumaat, esok dah Sabtu dan Ahad. Konfem ramai yang ada jemputan open house kan? Best, memang best. Sebab bila attend open house ni dapatlah jumpa kawan-kawan lama dan baru, jugak ahli keluarga diorang. So far aku ada satu open house hari Ahad ni. Tak sabar ni.

Selalunya, every year kat faculty ni akan buat open house. Coordinated by lecturers and staff, run by students. Tahun ni, takde lagi bunyi nak buat ke tak. Sebab kawansan atrium kat faculty ni dah penuh dengan 6 biji wakaf kayu dan sebiji wakaf buluh. Tapi, space  bukan masalah nya. Masalahnya ialah student pun tengah busy siapkan assignments dan kerja-kerja diorang. Kadang tu tak sampai hati nak suruh diorang uruskan program macam ni.

Tapi, actually diorang seronok je nak buat benda-benda ni. Sebab seronok, kumpul ramai-ramai dah buat kerja sampai kutuk mengutuk. Yes, that is the best part. Kita yang lecturer dan staff ni kasi duit dan tukang tengok je. Hahaha.

Semalam ada colleagues 4 orang buat open room kat bilik diorang. Serious best! Dahla sorang tu lecturer landscape architecture. Kemain dia decorate bilik dia. Kalah rumah aku yang ada beberapa bijik pokok tu je. Roomate dia suka ikan. So ada akuarium besar dalam bilik diorang, ada ikan ala-ala macam belut. Katanya spesis belut jugak. Dan, ini bilik lecturer lelaki tau tak! Nanti aku nak pegi snap gambar bilik diorang. Semalam nak snap, tapi terlupa bila ada makanan best-best diorang hidang. Pulut kuning dengan rendang nye, pastu ada mihun goreng, ada pulak yang bawak ice cream.

Rabu kelmarin aku rasa aku makan banyak gila. Breakfast, nasi goreng. Lunch, meehoon sup dengan sambal kicap terbaek pedas dia. petang lepas asar camtu, aku makan burger daging special. Malam, aku pergi menempel kat rumah mother, makan mata kucing segugus kau. E, segugus ke penjodoh bilangan dia? Lepas tu in between makan kuih samprit yang x-student kasi. Sebekas kecik aku habiskan. Gila ah. Then rasa guilty terus minum air banyak-banyak. Ape kena mengena aku pun tak tau.

Uish, kalau cerita pasal makan, memang best. Rumah aku tahun ni takde buat open house. Tapi kalau ada kawan-kawan nak datang, sangat dialu-alukan. I ols masak aje le ape yang ada yek. Haritu ada kawan datang dah dia kata tak nak makan berat, nak minum air je. Tapi aku kan chef terhebat. Haruslah nak jamu makan. Goreng nuggest dan wedge, kira ok kan? Hahahha.

So friends, jemput ke rumah. Tapi roger dulu tau. Untung-untung kalau aku naik sheikh, dapatlah hidang lasagna. Maklumlah, oven tak dirasmikan lagi.

Thursday, August 14, 2014

Lagu kah?

Sambil siapkan soalan final exam, sambil dengar radio online. Tiba-tiba lagu Sejati yang Wings nyanyikan, on air. Pergh, seriously memang menggamit memori.

Kalau tak salah, lagi ni tahun 1991. Cemana aku boleh ingat? Sebab time lagu ni keluar, aku darjah 1, tahun 1991. Lagu ni memang kegilaan ramai, siap hafal lirik dia tau tak? Bila pergi rombongan sekolah, naik bas dan dalam bas ada lagu ni, satu bas nyanyi sama-sama. Cool habis.

Sekali kau, tak lama lepas tu KRU pun keluar. Itu lagi lah jadi kegilaan. Dahla budak-budak handsome, diorang sekolah kat England pulak tu. Well, zaman tu kan bagi aku, England paling grand habis. Ape la aku ni. Tapi lagu Juliana Banos dengan Indigo - andai kau pergi, pon aku hafal jugal.

Macam-macam.

Ok dah. Nak sambung siapkan soalan final exam. Baek punya soalan aku kasi kali ni.


Wednesday, August 13, 2014

Keep calm and donate BLOOD



Bukan... Bukan donate blood kepada Jasper Hale ya. Kalau kepada Jasper, hari-hari pun kurelakan diambil darah ni.

Alhamdulillah, our usual activity. Every 3 months akan anjurkan blood donation campaign. Saya punya taekwondo team ni memang persistant in having this blood donation campaign.

And, Alhamdulillah. This time around, after almost 5 years tak layak untuk menderma darah, akhirnya aku layak untuk menderma darah. Syukur alhamdulillah...

Campaign ni sampai esok. So, sape-sape yang pass by IUKL, boleh lah drop by the counter ok!

Tuesday, August 12, 2014

On Subway

Terasa nak makan Subway. Singgah. Park kereta. Masuk kedai.


Subway Sandwich maker : Hi. Nak order apa?

Aku : Hi. Saya nak 6 inch, hearty italian, seafood and crab, extra cheese. Takyah panaskan ya.

Subway Sandwich maker : Cheese tak nak panaskan?

Aku : Tak payah. 

Subway Sandwich maker : Panaskan roti je ke?

Aku : Pun tak payah. Biar je sejuk. 

Subway Sandwich maker : Semua sejuk, tak yah panaskan?

Aku : Tak yah. Biar je sejuk semua. 

Subway Sandwich maker: Ooo, memang suka semua sejuk ye? OK. OK. 

Aku : Ok thanks. 

Subway Sandwich maker: Sama-sama.


Yes. I can eat cold sandwich. Sedap apa?

I like this Subway gadis. Raut wajah dia nampak dia penat bekerja seharian. Tapi dengan suara nada lembut dan dia tanya betul-betul untuk make sure apa yang aku nak, seriously buat aku happy. Yes, am happy bila tengok orang bekerja dengan bersungguh, walaupun kerja sebagai Subway Sandwich maker sahaja.

Monday, August 11, 2014

Saturday as my second Raya

Alhamdulillah syukur. Puasa semua dah settle. Aku memang purposely settlekan awal-awal supaya later on boleh lah nak top up dengan yang sunat-sunat.

Sabtu lepas kiranya raya round ke-2 untuk aku. Initially ada 1 plan sahaja. Tapi diakhiri dengan hari yang penuh.

SATU.

Pagi-pagi, aku pergi ziarah ke rumah kawan lama. Ibunya kembali ke rahmatullah Jumaat malam. Aku pergi ziarah tak lama, sebabnya tak nak ganggu keadaan dan kawan aku pun mesti busy banyak yang perlu diuruskan. Aku kenal Intan dari kami di darjah 1. Ibunya dah sakit lama dan dah duduk di IJN 4 bulan lebih. Semua ahli keluarga ada bersama. Takziah untuk Intan dan keluarga. Al-fatihah.


DUA.

Inilah asal untuk hari Sabtu haritu. Tengok movie TMNT dengan mother, Widad dan Alim. Macam yang aku tulis kat instagram, TMNT ni adalah movie yang wajib tengok untuk aku. Sebab ada sentimental value kat situ. TMNT ni ialah movie pertama yang parents aku bawak aku tonton kat panggung wayang. Yang aku ingat, panggung tu kat KL. Aku tak sure panggung yang mana. Tapi more than 20 years ago, mana ada banyak sangat panggung kat KL kan. So kalau tengok wayang tu kira dah best habis tu, kalan tengok Frozen 15 kali tau. Time tu ada aku, Aiman dan Maisarah, together dengan cousins kitorang. Tak ingat jugak dengan siapa. Rasa hebat habis dah time tu. Siap mother ialah duduk dan pangku Maisarah time tu.

Kali ni punya movie, dengan garapan (amboi, perkataannnnn) Michael Bay, memang lain dah yang lain dan best! Light movie, funny yet ada serious, siap history semua lengkap. Dan on top of all, Megan Fox ialah cantik sangat! She looks mature and memang heroin yang tepat.



TIGA.

Habis movie, mother balik rumah. Aku angkut Alim dan Widad pergi hadir jemputan open house x-classmate di UPM dulu, Kak Nik Mazreen. Rumah dia di Puchong, opposite IOI mall tu. Nasi dagang sedap dan laksa pon sedap. Makan best, sempat borak-borak dengan Kak Nik sebab kebetulan masa tu tak ramai tetamu. Thanks Kak Nik for the  invitation



EMPAT.

Dari Puchong kami zass ke Kajang. Alhamdulillah tak terperangkap dapat traffic jem. Kat Kajang kami ke open house Kak Naimah, officemate di IUKL. Aku makan nasi kerabu dan pulut + kuah durian. Perghhh. Sedap dah tentu. Terserempat sekali jumpa dengan Kak Faiza and family, dan Kak Ifa.

Kak Naimah, puan rumah yang gambar bawah kiri, tudung Fareeda pink.

LIMA.

Kami sampai rumah waktu maghrib. Just nice timing. Aku pun mandi dan rehat-rehat kejap. Lepas Isya' aku bersiap dah menuju ke KL. Aku dah book untuk volunteer distribute makanan under Kechara Soup Kitchen. Ini second time aku join dan aku dapat route yang sama, area Dang Wangi. Seen familiar faces (homeless and urban poor people) as well as new people. This time dapat team dengan team leader yang dah lama jadi volunteer, 2 officemates yang previously dah volunteer juga, dan a group of youngsters and students (early 20s) from PJ. Kami settle distribute makanan dan register beberapa case dalam rekod untuk further action at about 2.30am (Sunday). Moga kami istiqamah bantu mana yang boleh. On the way balik tu kami singgah makan minum dulu sebab lapar, walaupun takdelah kerja keras pun. Sebab hunting for these people is an interesting experience actually.


Alhamdulillah!!!

Saturday, August 9, 2014

Puji pujian

Kau pernah tak, kau masak, pastu kau makan makanan yang kau masak, pastu kau rasa sedap gile makanan yang kau masak, pastu kau puji diri sendiri sebab dapat masak makanan yang sedap gile. 

Itulah yang aku rasa aku masak breakfast pagi ni. Padahal, french toast aje pon. Ceh. 


Inilah french toast pujian kepada diri sendiri. Sedap wei. 

3 biji telur, 2 sudu besar mayonaise, 1 sudu besar margerine. Pukul semua sekali. Ambil roti, dip depan belakang roti, goreng atas kuali without minyak. Sebelah roti dah garing, flip over dan garing kan sebelah lagi roti. 

Tadaaa dah siap. 2 keping untuk aku, 5 keping untuk my ayang (Alim ler der). 

Aku punya dah selamat makan dengan secawan kopi korea yang Kim Tae Hee jadi CF dia. Ini nak tunggu ayang yang aku dah bangunkan setengah jam lepas tapi ni baru nak gi mandi. Ceh lagi. 


Friday, August 8, 2014

Beraya dengan kawan-kawan bulan

Other than beraya dengan family member dan beraya di shopping mall, mestilah kita akan beraya dengan kawan-kawan juga kan. I mean, its raya! what else can you do besides food feast and all.

So, on raya ke-5, one of my bestfriend, Izzat datang ke rumah aku untuk beraya. Kebetulan haritu memang aku ada plan nak buat pasta goreng letak udang. Alhamdulillah rezeki diorang sekeluarga. History dengan Izzat ni takyah cerita banyak. Sebab kalau nak cerita, sampai lusa belum tentu habis. Kan kitorang sama sekolah menengah, siap duduk sebelah-sebelah for 3 years, then aku ke UK then balik and masuk UiTM pon join PBSM sama. Merayap, tengok wayang, bla bla bla sampai dia kahwin bla bla bla lagi. Ada jugak fasa contan - tak contact - contact - tak contact bla bla bla lagi. So biasanya bila lama tak contact tu, slumber je cakap "wei yang ko tak reti nak call aku nape?" dan jawapan ialah "alamak sorry aku tak jumpa phone aku". So biasalah kan, dia pun duk Melaka. Tapi parents dia memang duk Bangi so tahun ni dia turn beraya Bangi. On the way dia nak balik Melaka tu singgah ler dia ke rumah aku.


Kemain duckface anak dia si Anum tu.
Esoknya Sabtu aku pergi ke open house Ain di Teluk Panglima Garang. Aku duk imagine punyalah jauh Teluk Panglima Garang tu. Rupanya dah ada highway SKVE dari Kajang terus ke teluk, so dalam setengah jam dah sampai rumah dia.  Ain pun kawan PBSM jugak. Dan jumpa jugak geng bulan yang lain kat rumah Ain.

Kalau nak cerita pasal PBSM pon sama, sampai minggu depan takkan habis. Haritu yang datang dan jumpa kat rumah Ain ialah yang sama batch dengan aku ialah Midah, Ana dan Helmi. Izzat sama batch jugak tapi dia tak dapat datang. Batch junior bawah, Ain. Bawah lagi, Maizatul dan Zulhemil, dan bawah lagi Ili. Izzat, Ana dan Midah masing-masing dan ada anak dua orang, Helmi baru anak sorang. Aku pulak so far ada anak buah 3 orang. Kira jugak kan? Hahaha.


Kiri : Ana, Aku, Midah.


Ana, Maizatul, Midah, Aku dan Ili



Ili, Aini (Wife Helmi, super junior bulan jugak), Helmi dan aku.

Ili, Ain (Puan rumah), Maizatul dan aku

Kalau dah jumpa, memang bercerita sakan sampai tak pandang kiri kanan orang sekeliling. Amboi, buat macam rumah sendiri nampak... hahaha


Stok duit raya ada lagi. Jemput ke rumah kalau nak datang beraya. Tapi kena roger dulu lah yek, boleh order Pizza Hut Delivery. Acik kan malas masak. 


Tuesday, August 5, 2014

Must able to see food

We are on our way to finish up our puasa enam for this Syawal. This year, like last year, Alim is joining me and mother to achieve that goal. 

Our usual routine when breaking fast, including during Ramadhan, would be azan - drinks and kurma and if any, kuih muih - solat maghrib - heavy food like nasi and lauk, etc. 

So today, right after Alim performed solat maghrib...

Alim : mum, have you seen my glasses?

Mother : why? You cannot see your food?

Me : maaaaaaa?!?!?!

Ok. That's the joke of the day, and the century maybe.

Well, as for me the one who wears glasses since I was in standard six, i always need my glasses and contact lenses. My far sighted is not as high as my estic problem. So without glasses, usually I see everything as double or splash all over.

Yes Alim. Take care of your glasses if you want to look at what you are eating. 

Monday, August 4, 2014

Esok. Isnin. Masuk office.

Seminggu cuti sakan untuk hari raya. 

Esok rasa malas nak masuk kerja. 

Bukan sebab Monday blues. 

Sebab dah syok 9 hari tak masuk office. 

Tangan kanan lenguh, dari pangkal lehel bawak ke bahu bawak ke lengan bawak ke tangan sampai hari jemari. 

Bukan sebab sakan memasak pun. 

Ergonomik (betul ke ejaan) ataupun salah posisi duduk dan tangan masa gunakan laptop. 

Yoko-yoko memang membantu. Siapa tau tempat urut yang boleh melegakan sakit tangan ni? Taknak yang Thai odessey atau yang sewaktu dengannya tau.

Sunday, August 3, 2014

Post ramadhan

How was your ramadhan?

Memang soalan yang bagus untuk ditanya supaya kita ni beringat tentang bulan mulia yang baru je kita lalui. Ada orang laluinya dengan penuh seronok sekali. Ada yang laluinya sambil lewa, or sekadar nak melepaskan fasa bulan ramadhan tu.

Bagi aku, rugi sangat kalau tak manfaatkan peluang berjumpa dengan ramadhan tahun ni.

Diharapkan kita semua mengambil kesempatan dengan berkat bulan ramadhan ni untuk upgrade diri, tambah amalan (siang mahupun malam) dan baiki diri sendiri.

Yes, perubahan perlukan masa. Tapi masa tak menunggu kita. Kalau diri dah sedar, mesti buat perubahan.

So, perubahan yang aku perlu buat ialah, habiskan PhD.