masa list first session dikeluarkan, rumah aku (dan mother obviously) tak termasuk dalam list. tapi, ada satu pagi tu, aku tumpang mother pergi kerja. then mother tanya, kat rumah aku ada air tak. aku cakap ada. mother kata kat rumah beliau takde dan masa nak turun dari rumah sebelum tu ada segeng budak-budak baya alim baru naik dari mandi swimming pool. kelas kau, sebelum pergi sekolah mandi swimming pool.
so, mother being a typical mum yang sangat risau kes takde air, takde letrek, takde aircond (kat alamanda) dan sebagainya, terus zasss pergi cari dan beli besen-besen air. aku pon tumpang sekali. mother dan widad pergi cari di nilai masa tu. aku tumpang beli 2 besen besar merah.
aku pon bersemangat tadah air. memang ada 1 hari tu naik notis kat lift yang akan takde air di rumah aku for 1 saturday untuk maintenance repair tangki air, tapi takde pon. releks je ada air seperti biasa.
aku biar je lah air dalam besen tu. dah tabur garam siap dah walaupon bertutup besen tu. yelah, kena lah precaution kan (teringat kes Kak Mas ku yang baru meninggal haritu). that was last month. so oleh kerana rumah kami takde kena catuan, minggu lepas aku pon releks je guna air tu semua, dan kosongkan besen, siap susun kat luar rumah cantik-cantik.
sekali kauuuuu kelmarin ke dulu semalam, keluar list untuk second session punya catuan. aku cek list dengan takde rasa bersalah. oppsss, ada pulak bukit mahkota dan bangi. aku releks lagi sebab tempat aku tak naik nama. sekali, semalam masa balik, ada notis kat lift, jadual catuan air yang di mana area rumah aku dan kawasan rumah aku terlibat. akan start sabtu ni.
so, guess what i'm doing now...
keluar, ambil balik besen yang dan susun cun-cun kat luar rumah tu, masukkan dalam bilik air. ada 2 besen kan. 1 besen aku tadah dengan shower. lagi 1 besen dengan getah paip.
harap-harap dengan hujan almost everyday ni bolehlah nak cukupkan bekalah air di selangor dan kawasan-kawasan yang terlibat supaya catuan ni cepat habis.
sebab catuan ni, aku nak hantar kereta aku basuh pon aku guilty.