Wednesday, March 26, 2014

Kak Mas, I miss you...

Kak Mas dah meninggal, 3minggu lepas, akibat denggi.

Masa meninggal, Kak Mas sedang mengandung anak ke-2, yang sepatutnya menanti hari untuk bersalin.

Kronologi... Lebih kurang begini... Sabtu 3 minggu lepas, waktu tengah hari, suami Kak Mas inform yang mereka dalam perjalanan ke Hospital Klang, Kak Mas direfer ke Hospital Klang lepas positive denggi. By Sabtu malam, keadaan Kak Mas dan teruk dan seterusnya dah kritikal, anak dalam kandungan disahkan meninggal. Ahad pagi, Kak mas dan makin kritikal ditambah dengan liver and kidney failure. Aku dan Kak Shiema pergi ziarah di Hospital Klang tapi waktu tu Kak Mas dan tak sedarkan diri, perlu bernafas dengan bantuan mesen. Ramai ahli keluarga dah sampai termasuk Ayah dan adiknya yang datang dari Paka, Terengganu. Petang Ahad, doktor induce Kak Mas untuk keluarkan baby tetapi berhenti induce waktu malam sebab Kak Mas dah koma. Isnin pagi, masih tiada apa-apa perubahan positif. Isnin tengah hari dalam jam 12 tengah hari, jantung Kak Mas berhenti sendiri. Doktor dah lakukan CPR dan prosedur lain, namun Kak Mas dah pergi menghadap Illahi. Innalillahiwainnailaihi rajiunnn.

Waktu aku dapat tau berita tu, aku, mama dan Semai dalam perjalanan ke Kuantan, nak ziarah kawan baik mama yang suaminya baru meninggal. Innalillahiwainnailaihi rajiunnn.


Siapa Kak Mas?


Kak Mas, salah sorang kawan baik dari tahun 2002. Detik perkenalan waktu aku sambung degree di UiTM.

Masa masuk UiTM, batch yang sama masuk program Sarjana Muda Sains Ukur dan Geomatik ada 9 orang semuanya. Kami ialah batch yang asal, yang fresh dari matrikulasi / diploma program lain / STPM / dalam kes aku, dari A-levels. Lepas semester pertama, (kalau geng UiTM akan panggil semester sebagai "part") tinggal 4 orang aje, yang lainnya berhenti. Dari 4 orang tu, kami 3 orang perempuan dan 1 lelaki. Masuk minggu ke-2 semester ke-2, yang lelaki tu tukar course ke Ukur Bangunan. Tinggallah kami 3 wanita, aku, Kak Mas dan Kak Shiema. Kak Mas dan Kak Shiema ni diorang dah ambil Diploma Civil Engineering, masa degree tukar course so diorang kena start all over again. Diorang sekelas masa diploma so aku lah yang join diorang kiranya. Walaupon aku super junior diorang, tapi tak pernah pon diorang sisihkan aku or perkecilkan aku (sebab badan aku besar. haha, ok tak kelakar). Masa kami masuk ke semester ke-3, barulah kami dijoin oleh classmate yang lain, di mana diorang ni yang dari diploma sains ukur dan geomatik, meaning diorang dah dapat pengecualian 1 tahun, terus skip ke semester 3.

 Oleh kerana kami masuk sama-sama, ambil subjek sama-sama, dan semua nya sama-sama, sampaikan kalau lunch time tu, kami akan pergi lunch sama-sama. Port favourite kami haruslah nasi campur seksyen 2. Kami akan tapau makan dan air, then makan sama-sama kat bilik aku sebab aku sorang je duduk kolej. Kak Mas duk rumah sewa dan Kak Shiema dan kahwin, haruslah duduk dengan family dia. Lepas makan, konfem masing-masing seeh, perut ketat, pastu malas-malas je rasa nak pergi kelas petang. Tapi paksa diri, solat zuhur then pergi kelas.

Kalau time final exam, Kak Mas akan tidur bilik aku malam sebelumnya yang kami ada paper esok paginya. Kami akan study sama-sama, then esoknya bangun awal dan pergi exam sama-sama panjat bukit FSPU tu ha. Lepas habis paper, kami pergi beli lunch, makan then Kak Mas akan balik rumah dia. Then of course akan bantai tido. hahaha.

Oleh kerana kami selalu semuanya sama-sama, sekali masa pergi survey camp, kami dipecahkan group. Masing-masing group lain-lain. Tapi kami have fun je sebab kami still pergi makan sama, jalan-jalan sama, etc. Siap aku dan Kak Mas join beberapa classmate yang lain ke Langkawi masa cuti tengah-tengah survey camp.

Kak Mas dia memang ada resdung dan tak tahan sejuk. So kalau class pagi tu, konfem akan bersin-bersin tapi Kak Mas ni suka tahan bersin dia. Aku selalu sound dia "Kak Mas, bersinlah betul-betul. Lepaskan je kuman-kuman tu". Tapi stillllll dia tahan. Maklumlah, wanita pemalu, bukan cam aku yang tak makan saman ni.

Lepas tu kami bertiga pergi praktikal di tempat yang sama. Itu memang best gila.

Teringat lagi masa Kak Mas nak kenalkan boyfriend (yang juga menjadi suaminya) pada aku dan Kak Shiema. Punyalah excited, then husband dia belanja kami makan Ani Sup Utara kat PAS. Ha, Ani Sup Utara tu pon salah satu port favourite kami lunch.

Masa kat UiTM kan aku busy dengan PBSM. Pastu aku kan suka menyebok pergi event-event kat UiTM tu. Kak Mas selalu usik aku dan cakap "eleh, dulu Kak Mas dah puas dah pergi benda-benda ni. Kad aktiviti kak mas ada banyak cop, siap kad keras dengan kad lembek". ahaahhaa aku ingat aku sorang je gila join aktiviti.

Masa ayah Kak Mas baru kasi motor, Kak Mas memang tak berani sangat nak bawak. So dia selalu ajak aku naik motor dia (masa tu aku tak pakai kereta lagi). Minah rempit kitorang tau....

Last aku jumpa Kak Mas, waktu hari Kak Mas kahwin. Aku ajak Semai teman pergi Paka, Terengganu. Kami gerak awal pagi, lepas solat subuh. Sampai Paka tengah hari, makan dan bergambar dengan Kak Mas. Tak sempat borak lama sebab Kak Mas pun kena layan tetamu jugak. Then terus kami balik Kajang. Itulah last time jupa Kak Mas.

Lepas-lepas tu jumpa di facebook dan whatsapp je. Keciknya dunia, sepupu Kak Mas akan berkahwin dengan sepupu aku minggu depan ni, insyaAllah...

Aku duk korek-korek gambar-gambar lama... Tapi tak jumpa gambar yang ambil masa majlis kahwin Kak Mas. Yang ada yang kat bawah ni je...



Masa buat kerja survey di area puncak perdana dan puncak alam. Sekarang tempat tu dah jadi UiTM puncak perdana dah.. Kak shima (tudung biru), aku, Kak mas. Belakang tu classmate lain, Izwan. (2004)


Praktikal di Jabatan ukur dan pemetaan Malaysia, Shah Alam.

Kami pergi cerap anak bulan di Jugra

Kak Mas dan aku... Cerap anak bulan. (2004)

Kami berBBQ di tasik shah alam. Ini dengan classmate masa semester 1.

masa semester 1 (2002)

pergi kelas sama-sama...

fieldwork sama-sama (opps, prism tu belum setting betul-betul lagi) (2003)

berayan bersama-sama. Shahida, aku, Kak Mas dan Felix.

Kami 3 orang, Konvo bersama... 11 Nov 2006

Malam pra-graduan (2006)

bergaya sakan

classmate (2006)

dalam kelas...

class

masa ni nak ambil gambar official class

fieldwork

fieldwork

solar observation - cerapan matahari

fieldwork

class picture

ni gambar-gambar masa kami survey camp di alor star, kedah dan almost semua bahagian perlis, hingga ke border Thailand. 

kat site.



wang kelian

buat report dalam lab

inilah kereta kancil aku. berjasa...

boring lettewww masa tunggu GPS capture reading

bukit kayu hitam

amboiii

UiTM arau


gua kelam


seafood




tak habis-habis kerja site





langkawi

seaworld langkawi



langkawi
Dan...

Last whatsapp dengan Kak mas...

Semoga Kak Mas ditempatkan di kalangan orang beriman... You are such a nice person. I am glad that I get to know someone like you. One of the best big sister.

Al-fatihah... Yaaseen...

Sunday, March 23, 2014

Congrats Wiwin & Bee

Beberapa Sabtu yang lepas, aku attend wedding diorang ni. Kat Taman Melawati. Makan sedap, pengantin cantik sangat dan family members pon sangat baik.

Aku kenal wiwin dengan bee ni since 2006, masa tu aku mengajar diorang Surveying Fieldwork, masa sambung masters dan jadi tutor di upm. tapi diorang tak couple time tu, diorang couple bila dah kerja.

Kalau jodoh, tak kemana. Alhamdulillah...

Congrats you both!



Thanks Ili for coming along.

And thanks Shuk, kain sari kau kasi haritu aku buat baju kurung moden.

Sunday, March 16, 2014

the sun is out...

Syukur Alhamdulillah, the sun is out. Yesterday morning I woke up a bit late and as I walked slowly and sleepily to the living hall, I saw a bright shine into the house. Wow, I can see the sky and cloud clearly. It was a perfect day if I want to do my laundry but I already did them the day before. So, I just opened up the sliding door and a strong breez coming into the house. Syukur... there was no more bad haze smell.

This early morning as I woke up for subuh and went into the toilet for wudhu, I can smell a strong smoke. I thought it was just the haze coming back. After performing my subuh and went back to a little nap, I woke up and as usual went to the living hall to open up the sliding door. And, it was raining, Alhamdulillah. The rain kept on going on until just not and from social network I can see that most parts of Malaysia are having so too. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah...

Saturday, March 15, 2014

So far 3 baru...

3 baru.. Anak buah maksud aku.

Tapi, yang 3 orang tu, tak menang tangan maklong layah. Padahal sekali sekala je pun.

Paling gagah, haruslah Vivy. Baru nak masuk 5 bulan dan pandai nak main lompat. Lenguh kita yang memegangnye.

Lana tengah dalam fasa asyik nak pergi sekolah aje kerjenye. Mak dia kata hari Sabtu pon mintak nak pergi sekolah. Pergi giant tadi dah rembat colouring books dan pencil colour. Sampai balik kat rumah grandma, terus mengaler. Gigih kan. Yang ni mesti ikut maklong punya perangai. Eh.

Sofea, mentang2 dah pandai jalan, atas meja makan pon nak jalan. Cis. Tapi, dengan muka kakak kawasan tu, tetap pakai pacifier. Adui kak, kemon. Tak macho hokey.