Thursday, August 30, 2012

Iftar 24 - 27 / 2012 : virus virus virus

24 ramadhan tu, hari Isnin. pagi tu aku dah rasa tak sedap tekak dan badan. tapi slumber lagi pergi kerja. siap pergi site bagai. amboi kan, perasan hebat.

petang tu, aku ke bank untuk settlekan bayaran kereta. kat bank tu aku dah rasa seram sejuk. pergh, tak tahan dah siap pakai coat. time time yang aku selalu pakai coat ialah di conference sahaja ye. so kalau pakai coat sambil berjalan bawah matahari, maknanya aku ialah nak demam. so terus ke klinik, Dr kasi antibiotik sebab tonsil dah bengkak.

balik je dari office, panaskan lauk-lauk repeat semalam kelmarin, then berbuka puasa. terus telan panadol dan ubat selsema dan antibiotik.

esok paginya, 25 ramadhan, tak boleh bangun terus. kepala berat, itu tekak ada batu pasir duduk dalam. pergi klinik lagi sekali. dapat MC dan Dr tukar antibiotik lain. balik, terus buka puasa, makan roti then makan ubat dan bum tidur sampai petang. demam on off sampai lah esoknya, 26 ramadhan (rabu).

rabu lagi best. tak larat langsung bangun. mother dan mamat beli bubur di McD tapi 2 kali je lalu, the rest tak lalu makan sebab tekak tak best. paksa jugak makan roti. by malam, demam dah OK. aiman, miza dan lana datang rumah berbuka. repeat lauk pauk semalam kelmarin je.


 khamis tu, 27 ramadhan, baru beransur baik. pergi klinik lagi, ambil MC lagi.

balik tu kami singgah cimb di bandar baru bangi yang depan PKNS tu. tapi, ada ramai sangat orang beratur kat luar kedai kedai tu. rupanya diorang beratur nak masuk FAREEDA. 






ada sale ke? aku pon tak tau.

malam tu, lepas berbuka, aku, mamat dan widad bertolak balik taiping. balik kampung untuk raya.


sampai di taiping jam 3.30am. jalan smooth tapi kereta banyak.

Iftar 23/2012 : Mati itu pasti

pagi-pagi buta, lepas solat subuh, kami ke tanah perkuburan islan sungai sekamat, kajang. menziarahi dan baca yaasin di pusara atok dan nenek belah mother. 





amboi kau aliaa, kemain ko amek-amek gambar kat kubur kan. tapi, kalau kat oversea tu, graveyard bukan saja tempat untuk ziarah kubur, tapi tempat meeting, buat barbeque dan sebagainya. 

dah ada orang jual daging laaa

then kami ke pasar kajang
balik tu, terus cong ceng cong ceng masak. jadilah masak lomak cili api limpa. perghhhhh pedas gilos!

masak lomak cili api limpa

Iftar 22/2012 - berbuka di luar

walaupon berbuka di luar, aku dah siapkan masak untuk orang di rumah. itulah first and last puasa untuk tahun ni yang aku berbuka di luar. 

tahu sumbat. tak potong halus-halus pon timun n sengkuang tu.

masak lomak cili api ayam

buncis goreng telur pecah
kami sampai agak awal di ramal junction sebab ingatkan ramai orang dan perlu cop meja. rupanya tak ramai orang pon berbuka di situ. so kami jalan-jalan di bazar yg comel tu sebelum duduk dan memesan makanan. ape yang kami pesan? macam-macam, you all!

burger bakar abg burn. kureng la rasa dia.

makan di ramal junction, wajib order satay willy. kami order ayam, kambing dan daging

mai + tiqa

zul pon ada


kami borak sakan, maklumlah last jumpa pon masa camping bulan 4 haritu. then kami jalan-jalan ke uptown jalan reko. sakan tak?

Iftar 21/2012 - ape nak tulis tajuknya?

kauuuu aliaa! syawal dah seminggu lebih, baru nak hapted? kenapakah daku lama tak hapted? nantikan entry Iftar yang seterusnya untuk mengetahui. ceh, bajet penting ke.

anyway, buat sayur campur requested by mother dan ayam sambal, requested by kanak widad dan kanak alim. 

sayur campur + mushroom jepun

sambal ayam igauan semua orang

malam tu kami pergi late supper di syedlina. 

nampak sangat aku tembam kan kan kan

tabah menahan panas

flash je

kanaks mengada
masa ni dah terasa-rasa, asyik selsema, batuk ulang ulang. jeng jeng jeng...

Monday, August 13, 2012

Iftar 20/2012 - tiba-tiba gas habis...

ku bangun untuk sahur, tapi roti semua habis. widad habiskan. adoi, tak tau nak makan ape. aku bukan style makan nasi berlauk or yang sewaktu dengannya masak sahur. aku suka simple punya makanan macam roti, nestum, etc. tahun lepas, hari-hari cukup 30 sahur aku makan nestum semug. tahun ni hari 1st sahur je boleh telan. tu pon separuh mug.

anyway, sebab tak tau nak makan ape, aku minum air je. masuk keluar dapur 3-4 kali, last-last aku minum air lagi then tidur balik. bila bangun pagi tu, baru teringat yang aku ada class fieldwork harini. memang terbaik, Aliaa. sape suruh kau lupa. merasalah kau kelaparan dan kehausan. lapar aku ok lagi, boleh tabah menahan. terus aku rasa ruginyaaaaa aku tak minum air berbotol-botol. 

aku balik kerja dengan semangat nak masak berbuka. dengan azam di hati nak bantai makan banyak-banyak. mula mula aku masak ayam masak halia dulu. tengah tengah duk tunggu ayam tu masak, tiba-tiba...  GAS HABIS!!!. amek kau!!!.

fikir punya fikir, memang lauk recycle banyak lagi. tapi mother dah bagi pesanan penaja, beliau nak makan terung bakar sambal. aku call Mamat mulanya, dengan harapan dia on the way balik nak berbuka kat rumah. tapi tidak, haruslah dia berbuka bersama gadis.

masalahnya, the last time kami beli gas di NZ, kene bawak tong gas sendiri ke kedai. NZ takde delivery service. takde bangla nak menghantar katanya. so aku tabah angkut tong gas naik Jonah. then sampai kedai, terus beli gas. beli roti sekali untuk aku sahur.

tanya punya tanya, borak punya borak, NZ dah ada delivery gas tapi kene bagitau at least 1-2 jam before sebab dia nak contact orang yang hantar gas tu. masalahnya, kat tong gas petronas tu mane ada tulis warning gas nak habis or tulis gas level kan. takpe, aku tabah je lagi.

so aku angkut gas dari bawah naik ke rumah. keluar dair lift floor aku, aku dah tak kuasa dah nak seret or angkat tong gas tu. so aku jatuhkan pelan-pelan tong gas tu, then roll je sampai depan rumah.

pasang kepala gas, siap! settle semua. so aku pon continue masak ayam masak halia, then terung bakar sambal.

terung bakar sambal

ayam masak halia
aku cakap nak makan banyak kan? tak pon. aku makan banyak tu jugak. nasik 1 senduk jugak.

tapi...

air aku minum bergelas-gelas.

Thursday, August 9, 2012

Iftar 19/2012 - we go for vegetarian

 kalau kat korea, konsep vegetarian tu maknanya restoran to tak serve daging. daging lembut, daging ayam, dan daging babi. so kalau ke korea, boleh la makan kat restoran vegetarian diorang. cuma masalahnya, kalau kaki bangku tak reti baca tulisan korea macam aku ni, memang kene broken korean tanya owner restoran tu dengan ayat yang bermaksud "pakcik, apakah restoran ini tidak ada daging?". pakcik tu akan jawab "ya, anak" kalau itu restoran vegetarian lah.

ok, aku tipu je semua dialog kat atas tu. takde maknanya nya. konfem akan guna sign language kalau nak tanya. siap dengan gaya ayam lagi. amek!

so, semalam aku masak kacang bendi steam, terung bakar, pecal (dan aksesorinya) dimakan dengan kuah kacang, sambal ikan bilis petai stok dalam freezer, sambal belacan dan ikan masin. so kami dikira korean vegetarian lah kan. hik hik hik...


pinggan sape ni?
bagi mengekalkan pencuci mulut tradisional melayu, aku pon buatlah bubur chacha as requested by mother. 


lepas terawikh, aku ke nilai jumpa Pakcik. kami pergi makan kat restoran milik makcik Kak Lin (officemateku yang berlainan School), yang juga sepupunya telah berkahwin dengan x-studentku. complicated tak complicated jugaklah tapi kesimpulannya, itu restoran yang menghidangkan nasi arab dan makanan arab yang lain, di samping local malaysian dishes dan western dishes. nama kedainya Marbahan Bikum yang terletak sebelah dataran Nilai.

aku order murtabak kambing. dalam kepalaku dan tersemat di dada, murtabak nya ialah bersaiz normal seperti yang dijual di pasar malam. namun, tidak sama sekali. murtabaknya ialah 4 kali ganda dari murtabak di pasar malam itu dengan amout fillingnya yang banyak sekali!!! aku hanya mampu habiskan 1/4 daripada the whole portion. lainnya aku tapau.

murtabak kambing sedap gile

Pakcik order Char kuey tiaw. portion nya gedang juga, 4 kaliganda dari portion pasar malam atau restoran biasa. dia pon tak habis makan. biasanya dia tukang habiskan makanan aku. 

pakcik bagi souvenir lagi =) suka!
ape nak masak today? oh yes. mother dah kasi menu tadi. balik ni nak berkuntau.

Iftar 18/2012 - back to work

 seronok kan kau coti 3 hari, Aliaa? hari-hari bangun lambat. astaghrifullah. merajuk rezeki dengan kau. bila hari kerja, ha amek. silalah bangun awal.

pulaknya, ada test untuk student jam 8am. so cemerlang lah sampai office before tu.

student test, aku gigih habiskan novel Dear John (by Nicholas Sparks). movie dia aku dah tengok 3 kali. baca novel, memang membayangkan John Tyree ialah Channing Tatum dan Savannh Lyn Curtis ialah Amanda Syefried. asyik nak baca buku cinta cinti ni kenapa oi!

anyway, kembali ke gagang selepas seharian bekerja keras (keras dalam aircond yang sejuk), mother tengah masak ayam masak lemak cili api *pengsan*. lepas tu sawi putih masak lemak *bangun dan pengsan lagi*. so aku tinggal goreng ikan masin, buat sambal belacan dan buat buah melaka. tradisional tak aku?

buah melaka idaman mak mak orang seantero kajang

aummm! eh, ikan bunyi ape eh?

pengsan pertama kali

pengsan kali kedua
hadiah untuk mother yang penat memasak itu, aku gorengkan keropok malinja untuk beliau. termimpi sampai ke korea mother mengidam nak makan keropok ni.

malinja

Iftar 17/2012 - super recycle day


pagi-pagi tu kami hantar widad ke stesen komuter serdang. dia akan ambil train ke TBS (terminal bersepadu selatan) dan bas dari TBS ke Lendu. bukan London ye. dia ada test malam tu. or else konfem dia akan ponteng dan ikut kami.

kami ke Aeon (nama baru JJ) balakong (nama officialnya Cheras Selatan). shopping baju maternity untuk maisarah. 


maisarah memang always lambat. hampeh. kami dah round Aeon 2 kali menunggu dia.

such a good helper.
settle di Aeon kami ke BBB seksyen 7. pergi cari tudung. then ke tracy hantar alter jubah dan balik rumah.

berbuka dengan recycle semua lauk yang ada dan menghabiskan semua lauk yang ada dalam fridge. jimat kan?

Iftar 16/2012 - Metro Kajang & Czip Lee

ha, sebab takut terlepas lagi tak bersahur, kali ni semorang terus bangun lepas alarm bunyi sekali. hahaha...

dan, untuk mengelak kelam kabut masak bila balik dari shopping, kami masak siap-siap sebelum keluar rumah. lepas zuhur baru kami keluar rumah.

kami ke kajang a.k.a surabaya. punyalah sesak kajang. plan asal nak park di metro kajang. tapi full. underground dan rooftop parking dua-dua full. tabah lagi kami jalan. pusing ikut pusrawi, tiba-tiba ada satu kereta nak keluar. memang rezeki kami, alhamdulillah. kene menapak sikit la ke metro kajang.

czip lee ni tempat beli stationary terbaek di kajang. masa zaman aku kecik la. MPH dan popular pon takde lagi. masa duk asrama form 1 & 2, kalau keluar bandar ke kajang, ni la tempat yang aku ngan member2, termasuklah budak-budak sekolah lain tuju. pastu kami akan jalan-jalan di metro kajang, makan kat foodcourt dia. kalau duit lebih sikit makan KFC. tapi aritu aku tengok KFC dah 3 tingkat wooo. 



ramai gile orang kat dalam metro kajang tu. kami masuk parkson. so masuk lah dapat sejarah aku beli baju kurung dari parkson. ha, amek kau.

pergi jugak deAlfa. tapi baju semua pesen tahun lepas. so cancel.

then beli lagi hadiah untuk present day. jalan sampai tak larat.

kat luar metro tu ada jual-jual kat kemah putih tu. jalan-jalan situ. then kami beli tudung dan jubah.

settle semua, kami pon balik rumah. just nice je timing. suruh alim masak nasi dan widad buat air. terus waktu berbuka. maisa dan zul pon datang. 

sambal petai ikan bilis. stock up dalam freezer pon ada.

sambal kicap daging + kacang panjang

mother masak tomyam putih. maisa request. pastu dia makan sikit je. chesss

mother masak patin asam pedas

lepas berbuka, kami lepak sat. lepas terawikh kami ke Mc D Nilai. alim kata "along, why do you have to wear that kotak-kotak seluar? you don't belong with us. you seems like selekeh you know?". hampeh kan ada adik camtu. lepas tu sibuk suruh aku belanja fries. 


sekian laporan harian dari budak perut berlipat 3.

Wednesday, August 8, 2012

Iftar 15/2012 - tak bangun sahur!

alarm berbunyi, aku bangun. minum air seteguk then baring balik kat katil. dalam fikiran, "jap jap jap, nak tidur lagi 5 minit je lagi".

tiba-tiba, aku dengar mother bangunkan alim subuh...

mother : alim, did you sahur just now?
alim : no.
mother : along didn't wake you up?
alim : no
mother : wake up. pray for subuh. but DO NOT drink. or else your puasa will batal
alim : ok mum

yup, aku terlajak you all!!! kesiap alim dan widad tak bangun sahur.

tapi, kami masih stick to our original plan for the day, which is nak pergi ke IOI mall puchong, cari baju raya dan beli hadiah untuk present day.

apekah itu present day? dalam our family, masa celebrate hari raya aidilfitri, semorang akan beli semorang hadiah sorang satu. contohnya macam aku, aku akan belikan hadiah untuk mama, ayah, aiman, miza, lana, maisa, zul, mamat, widad dan alim. and vice verse.  so, bila time birthday, there will be no present except for our dinner or makan-makan or yang sewaktu dengannya.

tabah je semorang yang tak bersahur tu membeli belah di IOI mall. kemain lagi. then pukul 5pm kami balik rumah. aku bersilat masak...

kurma telur pecah

buncis goreng

sambal ayam dambaan pilu
of course in addition to that ada sambal belacan dan pecal. semorang makan tak bercakap. kelaparan katanya!

maafkan hamba...