Friday, December 30, 2011

congratulations & celebration



syukur alhamdulillah... kepada Allah, tuhan yang maha esa...
yang maha mendengar dan mengetahui...




grandma kepada kanak comel lagi gembo seperti gambar di atas ini

mama kepada saya, aiman, miza dan maisarah

ibu kepada widad dan muhammad

mum kepada alim


tukar nama lagi... kepada...



ASSOCIATE PROFESSOR DR NORMALIZA ABD RAHIM

esok jom celebrate

tapi mother belanja ok? ngehehheeeee


p/s: we are so proud of you!

Wednesday, December 28, 2011

ok, nasi minyak siapa aku belasah sabtu lepas?

kawan sekelas masa degree di uitm. mestilah sama course kan. kak melin nama glamournya. dia kahwin dengan dua-pupu aku. kira abg fadli tu ialah anak buah kepada pak ngah yang kahwin dengan makngah, iaitu kakak kepada mama.  kesimpulannya, kak melin ni kira sedara aku lah sekarang.

tak ramai geng-geng sekelas yang datang. ada yang dah datang masa majlis akad nikah dan ada yang datang lambat dari kitorang. ada jugak yang tak dapat datang atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. seperti biasa, kami kumpul-kumpul duit dan beli hadiah untuk pengantin.

belakang - airee, zaidi, senior kitorang, pengantin (abg fadli & kak melin), akak senior merangkap isteri kepada abg senior, aku, dan kak shiema. depan - farouk (husband kak amy), arianna (anak kak amy), adia 1 +adia 2 (anak2 kak shiema), anak abg & kakak senior, kak amy.

aku suka sangat baju dan kasut pengantin!

senior surveyor sapura you all! sape nak masuk line?

ha, tu sorang lagi anak kak amy & farouk, namanya Aaron aka baby durian

kak shiema & kids

anak-anak surveyor ni...


aku, kak amy & kak shiema

seronoknya dapat jumpa diorang! lama betul tak jumpa. kalau tak salah, last time jumpa masa kami main bowling kat midvalley, 2 years ago!

masa degree dulu kan, aku kan, suka sangat datang kelas lambat. tak caye, tanyelah diorang.

masa degree dulu kan, aku ialah baby of the class. kengkadang jadi PR untuk classmates sebab kalau nak tanya lecturer kelas ada ke tak, mesti guna aku.

masa degree dulu kan, classmates aku ialah best!

Tuesday, December 27, 2011

so sweeettttttt..........

ok, sesi puji diri. from a certain angle, aku nampak sangat sweet. kan kan kan?

this picture was taken at the KLIUC Innovation and Invention Competition 2011 last week.

more pictures to come...

by the way, group aku tak menang. tapi, good first time try and experience for the students.



Monday, December 26, 2011

Pendapat & peringatan

Menulis blog ketika marah, akan dapat 2 outcomes.

Positive - release perasaan masa tu dan lepas tu akan rasa tenang. Kurang sikit beban dalam kepala dan dada.

Negative - ada kemungkinan yang kita akan regret dengan post kita tu.

Older, wiser & maturity will help you in order to make a decision, whether to write and post while you are angry, or not.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, December 23, 2011

1 2 3 Breath...


yang putih dan biru tu sama kandungan dadahnya.

yang coklat tu, up sikit dose dadahnya.

so far pakai yang coklat tu, dah 2 pagi aku tak short of breath. alhamdulillah.

tapi, masih perlu elakkan perkara / benda / suasana yang akan trigger asthma aku.


selamat maju jaya kepada saya!

RV cake di starbucks

ke aku yang ketinggalan zaman? dah lama ke RV cake available di starbucks? anyway, tak bukan kegemaran tekak aku yang starbucks punya RV cake ni.


ok, sepackage dengan cafe mocha.

jangan marah...

Thursday, December 22, 2011

tersepit

bila membuat keputusan, mesti berpegang pada keputusan tu. jangan nak bagi alasan "saya tersepit di antara dua pihak" ataupun "dia penyepit (memaksa) saya untuk membuat keputusan secara drastik".

barulah boleh jadi "man of his own word". tak gitu?

selamat bermalam jumaat...

belalang ni tersepit di antara signage dan cermin


gemuk

yes, aku memang maintain gemuk.

anyway, nak cerita pasal kes semalam. ada club punya exhibition di block aku ni. semua club yang berdaftar dengan bahagian student's affair, buka booth masing-masing. promote tambah ahli, pameran, etc.

ada satu booth, namanya running booth. student yang jaga booth tu, approach aku dan officemate aku untuk join club diorang dengan ayat camni "akak, akak nak kurus tak. join club kitorang. sebab akak ni gemuk. so, boleh kurus tanpa makan pil". officemate aku terus jawab "hey, you tak pernah jumpa miss aliaa ye sebelum ni. dia dah kurus banyak tau tak". aku pon sambung jawab "awak slumber cakap orang gemuk macam ni, memang takkan ada orang yang akan join club awak". terus kawan kepada student tu, yang merangkap student aku back up aku dengan marah balik kat student tu.

aku tak marah pon orang cakap aku gemuk. sebab kalau ikut BMI memang kategori gemuk / obese pon. masih tak dapat lagi nak cakap BMI ideal. tapi, cara dia approach tu memang agak menyentap hati. aku yang dah biasa kene keji sebab gemuk, tak de lah ambil hati sangat. tapi, kalau orang lain? kalau orang yang bersalin dan tak berjaya turunkan berat badan kepada berat badan asal sebelum mengandung? kalau orang yang memang berketurunan gemuk? kalau orang yang memang cita-cita nak jadi gemuk? kesian kan kat diorang-diorang macam tu.

so, kalau gemuk tu tak cantik ke? gemuk tu tak cute ke? orang kurus pon belum tentu cantik. orang kurus pon belum tentu cute. paling penting, orang kurus pon belum tentu sihat. kan?

Wednesday, December 21, 2011

klinik tersebut

aku memang biasa pergi klinik panel ikram yang kat uniten tu. biasanya memang jumpa doktor favourite aku tu lah. tapi semalam, ada doktor locum.

tiba-tiba entah macam mana terbagitau yang aku pernah duduk UK sebelum ni. ah, sudah. kami borak pasal UK lagi lama dari borak pasal tujuan aku datang ke klinik tu.

rupanya, doktor tu pernah buat attachment di glasgow, scotland. dan kami berdua mempunya pendapat yang sama mengenai UK, iaitu SERENE.

i love the serenity of that country!

malam yang busy..sy..sy


semalam, balik agak lewat dari office. tapi, kereta kat highway masih banyak seperti biasa. so tak takut sangat masa drive.

sambil drive, asyik terfikir aje ape nak makan malam. banyak idea mencurah-curah termasuklah bubur ayam Mc D, burger daging special dan jugak buah epal sebijik. exit aje tol rumah, terus nampak cahaya banyak-banyak tepi jalan.

oh yeah, ada pasar malam. terus pecah semua bubble-bubble idea, lalu parking dan jalan kaki meredah pasar malam.

jalan 1 round, beli sosej cheese uncle bob 1. sambil jalan, dah habis makan. settle masalah.

Tuesday, December 20, 2011

macam-macam

bukan nak cerita pasal encik bujal... walaupon saya sangat enjoy baca blog encik bujal.

ini nak cerita pasal blog view aku ni ha. kat office, banyak link blog yang tak boleh buka. especially yang pakai domain sendiri. lepas tu, bila tengok comment dan nak reply comment, button reply yang sudah di modify hasil ajaran kak mimah, pon tak appear. agak payah nak reply comment macam tu. so kene tunggu balik rumah, pakai laptop sendiri di rumah, barulah boleh nampak appear button reply comment tu dan reply comment kawan-kawan. dan juga barulah boleh baca blog kawan-kawan berdomain sendiri.

mesti internet kat office saje nak block-block kan, suruh aku gigih bekerja sahaja. ke aku kne upgrade mozilla aku eh? maklumlah, makcik buta IT kengkadang.

kerja

memang takkan pernah habis kerja ni. selagi ada di office, asyik rotate

kerja-PhD-kerja-PhD-kerja-PhD

oh ye, terlupa pulak nak masukkan makan in between. padahal memang makan aje kerjenye.

makanan yang sedap dimakan walaupun sejuk


oh yeah, sushi!!! sangat sedap. tapi yang paling sedap ialah wasabi sushi di London. kalau malaysia, aku suka makan sushi king compare to sakae sushi. 


bagel!!! mane nak cari bagel kat kajang? walaupon dah dibakar dan sapu cheese spread, kalau dah sejuk pon sedap aje makan.

Monday, December 19, 2011

preparation

esok ada KIIC 2011, KLIUC Innovation and Invention Competition 2011. so sebagai salah seorang organizing committee, especially bahagian booth and exhibition, dah start arrange venue dari pagi tadi. 

nasi baik ada kakak-kakak gagah SFGA. 

registration counter

gagah tak kakak-kakak tu angkat meja kayu dan banquet chair tu. berat gile!


tudung merah tu kak lin, bahagian floor plan.
kalau takde kakak-kakak gagah tu, habislah ikram. takde sape nak tolong angkat meja kerusi dan susun semua.

aku pon masuk jugak competition tu. tadi tanya students, diorang kata product dan poster dah siap. rupa ape pon aku tak tengok lagi. budak geomatic dan budak quantity surveying buat invention, kau jangan main-main tau.

jiwa, raga dan perasaan

am not sure of what i am feeling right now.

thinking that i have done the right thing.

as an older and supposed wiser person compare to you.

i am trying the hardest of being supportive.

but it is not only not being appreciated.

but also being ignored.

yes, you've grown up.

but your action doesn't reflect so.

bless is a must.

money is a must.

honest is a must.


yes, the silent treatment.

Sunday, December 18, 2011

snow

some parts of the world are snowing now.

hence, let me put a photo that reminds me the best part of nottingham.


hari ni dapat ape?

lama gila tak minum coffee bean. asyik starbucks dan mc donalds je. sekali jumpa, terus package dengan turkey sandwich. hahaha


masa pergi melaka tadi, pergi dengan mama. jemput widad di uitm then hantar mama dan widad di jusco ayer keroh. lepas hantar diorang baru saya ke wedding anak-anak haji razak di taman botanikal ayer keroh.

pengembala lembu. ni masa on the way nak hantar widad balik ke uitm lendu.


oh yeah, yang kat coffee bean tadi sekali package dengan red velvet cupcake. merry cristmas!


gambar bawah ni ialah nampak saya kurus dan perut kempis. hahaha


kain-kainan

di satu malam yang hening, kami ke nilai square dengan tujuan nak beli kain pasang untuk budak yang nak kahwin tu pakai masa bertandang ke rumah saudara mara. 

untuk kak HLiza, saya tak snap semua gambar yang dibeli. saya snap keadaan kami membeli kain aje. hehehe.



budak nak kahwin tu

itupon nasib kami pergi malam. kalau siang, lagi pengsan.

makan nasi minyak! aktiviti wajib setiap hujung minggu dua-tiga menjak ni

sabtu, ke rembau di negeri sembilan. majlis perkahwinan kawan UK saya. kami kenal 10 tahun lepas di nottingham, UK sebab mak pak masing-masing buat PhD. congrats Liyana & Asrul!

suka warna baju dia!


dengan pasangan kemantin

ada live band

harini pulak, aku ke ayer keroh di melaka. majlis perkahwinan anak-anak abahanda Haji Razak, officemate di KLIUC. dua-dua anak haji razak yang lelaki.

budak perempuan ni nyanyi lagu whitney houstan "i will always love you" dengan muka slumber even masa kene tarik note yang tinggi. sedap sangat suara dia!

pasangan pengantin 1 - comel!!!

pasangan pengantin 2 - rock you all!!!

with mimi (anak hanah)

kompang

pengantin rock tu

pengantin comel tu

ha, yang berjambang tu lah haji razak

ada marhaban

yang ni mimi yang ambil

lovey dovey haji kamaruddin dan hajah rokiah


bapa pengantin sendiri baca doa selamat
selamat pengantin baru semuanya! didoakan kekal bahagia, bersama sampai syurga!

Friday, December 16, 2011

cari kain

semalam, dah berjanji dengan DrNotts untuk turut serta memilih dan membeli kain pasang untuk Latifah. kain pasang tu untuk dibuat baju kurung / kebaya / kurung moden etc untuk dia pakai masa pergi melawat sedara mara belah pengantin lelaki dan perempuan lepas dia kahwin nanti.

so aku pon bergigih la pulang ke rumah awal. awal tak awal jugak lah. pukul 6pm lebih baru sampai rumah. kerja kalau nak diikutkan, tak siap-siap. silap-silap kene tidor aje kat office tu. 

anyway, sampai rumah, mandi bersiap segala. siap suruh Latifah kopekkan kulit buah rambutan yang beli kat depan kedai tracy masa hantar baju nak tempathtengah hari semalam. sedap giller rambutan dia. lekang dan manis. argh, sambil menaip ni teringat pulak lagi 2 ikat yang tak berkopek lagi. yummehhh!

so lepas maghrib, kami terus solat dan baca yaasin. DrNotts paling cepat dan tangkas sekali telah menjadi peserta pertama sampai kat kereta. aku sambil berlari laju-laju telah menjadi peserta ke-2. alah, Latifah memang lambat sampai pon. buat penat je aku lari-lari. 

sampai di nilai square, terus ke park depan kedai kain yang pertama. terus masuk dan tengok kain dan pilih-pilih. adoi, akak thailand yang kat kedai 1st ni tak pandai layan customer. nak kene cakap ulang-ulang. menyampah aku. dah settle bayar semua, terus pegi kedai yang 2nd.

kat kedai 2nd tu mamat bangla yang layan kami. jauh lebih baik PR dia compare to akak thailand tadi. dia bukak semua kain papan yang kami tunjuk. pilih punya pilih sampai kedai dia hampir tutup semua. then kami bayar dan masuk dalam kereta. 

dua-dua kedai, guna perkhidmatan pekerja asing. orang kita dah takde ke? setahu aku, ramai aje orang malaysia yang jobless dan penganggur terhormat. ape dah jadi ni? orang malaysia tak appreciate peluang pekerjaan yang banyak tersusun. memilih ke? apekah tak cool kalau kerja sebagai pelayan kedai kain?

aku pernah jadi floor engineer aka cleaner. aku pernah jadi packer kat kilang. aku pernah jaga kanak-kanak special needs (autistic, asperger, etc) dan pernah jadi baby sitter kat nursery. janji nak bekerja dan dapat gaji halal ye tak. 

kene ubah nasib diri sendiri, sebab takde orang yang bertenang-hati nak tolong ubah nasib diri sendiri.

salam jumaat yaw!

Thursday, December 15, 2011

Changes

Untuk kerja di office, start 2 minggu lepas, dah drop 3 subjects yang kene mengajar. So now tinggal 2 subjects je. Kerja-kerja admin bakal menanti. Excited atau nervous? Saya sendiri pon tak pasti. Should I wait and see? Alhamdulillah bakal diberikan peluang sekali lagi untuk menerajui (pergh, ayat tokleh blah) tampuk pimpinan school, kliuc dan ikram bersama-sama orang yang dah confirm handal bab-bab ni. Berikan saya tunjuk ajar!

Untuk kerja PhD, tiba-tiba 2 minggu lepas jugak SV cadangkan suruh tukar datasets dan research area. Sepatutnya vegetation data dari area Sabah / Sarawak, since kat situ kan banyak lagi area yang vegetationnya masih fresh. But due to limited source, we have to make a change. Tukar kepada area yang urban, focusing on infrastructure. Memang ngam betul since kerja pon bidang infrastructure di ikram ni. 2 types of datasets dah ada dan tinggal lagi 1 sahaja yang nak kene acquire. So lepas ni akan tergedik-gediklah untuk ke site buat ground truthing. One thing for sure, lain adventure kalau pergi site area yang hutan-hulu daerah dan site area bandar kota metropolitan.

Minggu depan ada innovation & invention competition di sini. me, an office mate and 3 students joined together buat satu paper dan invention untuk masuk competition ni. target mestilah nak menang. kalau menang best poster pon ok jugak kan? since invention orang architecture, civil engineering dan mechanical engineering mesti best giller ye tak. Itu tak kira lagi innovation orang languages dan business. Nanti kita snap gambar banyak-banyak eh tepek kat sini.

Tuesday, December 13, 2011

wedding lagiii!

ahad lepas ada 2 jemputan majlis kahwin. sorang tu, kawan sekolah rendah saya. yup, dari darjah 1 lagi. yang sorang lagi kawan sekolah menengah saya kat maahad tu.

kami (geng sekolah rendah) janji nak jumpa pukul 12.30pm sebelum bertolak ke rumah pengantin sama-sama. tapi saya pulak terlambat sampai. sorry kawan-kawan. so bila saya sampai aje, terus kami gerak. lagipon 2 minit aje dari tempat kami berkumpul.

rupanya, mak kawan saya tu sama-sama kerja di ikram dengan saya. patutlah sebelum ni, bila saya tengok makcik (mak kawan saya) tu, saya rasa macam kenal. haish, teruk betul saya ni kan.

so kami sampai di rumah pengantin, terus jumpa pengantin dulu. then kami pergi makan.

hassan (husband intan) + fuad

newlywed Abdullah + Ain (majlis diorang minggu lepas)


depan - saya, maisarah, nasreena. belakang - ain, intan dan baby naufal (anak intan)


masa makan, jumpa sekali dengan mak ayah loqman dan mak wan maisarah. ada jugak jumpa kawan-kawan yang lain. wah, lama betul tak jumpa diorang.

pengantin - jai + ajun






group photo
izzati sampai lambat sikit dari kitorang. so dia tak sempat join untuk group photo. bila kira-kira balik, dah 20 tahun kami kenal dah berkawan. lama kan?

oleh kerana maisarah, izzati dan saya bersekolah menengah bersama, so kami bertiga pergi ke rumah pengantin yang ke-2 di taman mesra, kajang. yang sama sekolah dengan kami ni ialah pengantin perempuan.

maisarah, izzati, pengantin (ary + suhaila), saya, dan pengapit pengantin perempuan.


balik dari rumah suhaila, tumpang solat di rumah maisarah dan kami sambung lagi lepak-borak di McD bangi. maklumlah, dah lama sangat tak jumpa. kami roger nasreena suruh turun join sekali. macam-macam cerita keluar. hehehe..

that is why i love weddings!