Tuesday, August 16, 2011

super penat

4.30am, bangun untuk sahur. gosok gigi, panaskan air. bancuh nestum 1 mug, onkan tv dan paksa diri makan nestum. sambil sumbat nestum dalam mulut, layan tengok cerita aliff firdaus kat tv3. aku tak pernah tengok cerita ni. walaupon bosan, tapi layankan jugak lah. takkan nak tengok fugitive plan B pagi-pagi buta pulak kan. ada jugak adegan tak pergi kerje karang pasal nak tengok sayang Rain feveret DrNotts tersebut. alah, Rain yang mata macam lubang butang baju tu. sila google, Rain-korean-artist.

settle makan nestum, minum air mineral segelas. releks kejap, then tidur balik.

bangun pagi pulak, mandi manda (macam mandi jakuzi pulak kan). solat dan bersiap. nasib baik harini ada fieldwork. so pakai tshirt dan seluar khakhis sahaja. nanti bila mengajar sarung coat aje. packing netbook, masukkan dalam laptop bag. then salam DrNotts dan keluar rumah.

kunci grill, jalan ke lift, tekan button ke bawah. lift sampai, naik lift dan tekan button G. keluar lift, jalan ke kereta. start engine kereta. sambil tu letak beg laptop kat seat belakang. tunggu 5 minit, baru reverse kereta dan keluar. tag car-card kat guard house, vroom keluar. masuk plus highway, hala ke KL. exit di kajang.

sampai di office, thumb print dulu. aku biasanya tak kita, sampai lambat ke cepat, tetap thumb print. kalau orang atasan nak marah aku pasal datang lambat or balik awal, memang aku zass diorang balik sebab bak kata member seoffice, "kat school kita ni ada 3 orang penjaga, haji razak, taufiq and aliaa". kami ialah warga yang paling awal datang office dan paling lambat balik. over rajin kah?

masuk bilik, onkan aircond dan lampu. kemas closet sebab bawak beberapa helai baju fresh dari rumah. hanger semua jacket dan lipat cantik-cantik baju-seluar lain. onkan PC pulak, check email dan check notes dan power point presentation, takut takde pulak nak mengajar kejap lagi ni. tepat 8.20am, naik ke computer lab untuk ambil lcd projector dari technician. turun bawah ke kelas dan mengajar.

habis kelas, lepak dalam office. nak marking test, takde mood sebab tulisan diorang ni mengalahkan tulisan doktor perubatan mahupun doktor falsafah. main games dulu kat PC sambil dengan hot.fm online.

lepas zuhur, terus bersiap nak turun ke site. ada kelas fieldwork. macam-macam ragam budak-budak ni masa kelas. ada yang dah minggu ke-7 ni pon masih pakai selipar jamban pergi fieldwork. memang kene halau lah kan. nasib baik tak panas terik sangat, so mengajar pon best. tengok student buat fieldwork pon tak la berkipas-kipas.

habis kelas, pergi borak dengan nai dan linda di bilik diorang. tengah syok-syok borak, tiba-tiba lampu, aircond, PC semua off sendiri. aduh, blackout kah? kami keluar dari bilik, jalan ke main office. member dalam tu pon duk lepak luar. rupanya bilik diorang pon blackout. member kat block belakang pon roger kata blackout. member kat bangunan admin pon roger kata blackout. maknanya satu ikram blackout lah kan? masa tu baru pukul 4.30pm.

dah feeling-feeling malas dah nak kerje. nak buat kerje camne. takkan nak marking paper sambil panas dalam bilik kot? kot ye pon nak kurus dengan cara sauna, ini bukan kaedahnya!!! tolong!!! maka kami sepakat (dengan boss skali join) untuk balik awal. yahooooo!!!

terus masuk bilik, capai handbag dan keluar. start kereta, terus ke bazar ramadhan di pkns bangi dengan nai. kami jalan-jalan. aku beli kuih untuk diri sendiri dan DrNotts aje. saje nak jalan-jalan. biasanya kalau petang-petang camtu, dah hujan. alhamdulillah harini tak hujan. instead, panas kedengkang you all.

settle jalan, terus balik rumah. sampai rumah berkipas-kipas diri sebab panas. terus onkan aircond. cisss, dasar anak omputih celup aku dan adik-beradik aku ni. mandi dan solat, duduk depan TV sambil layan tv3. then panaskan makanan, keluarkan makanan dan kuih, sediakan air. zasss terus buka puasa.

memang rasa biasa aje rutin harian. ni belum masuk research lagi you all!!! nak tidur sekarang jugak rasa (padahal baru pukul 9.16pm).

0 comments: