Monday, August 29, 2011

my boys

Biro pemasangan pelita keliling rumah

kanaks excited nak raya berpelikat bagai
diorang operasi habiskan bunga api tadi. aku? dah sakit pinggang buat rendang tadi.

rezeki tahun ini, alhamdulillah...



warga kliuc, jemput datang ke office ku di tadika itu ye. panggil tadika sebab warna warni warna bangunan dia. nak datang rumah pon boleh.

bukan warga office pon boleh jugak buat lawatan ke office aku tu. nak datang rumah pon boleh. roger aje dulu supaya aku boleh book swimming pool kat rumah tu untuk kita buat pool party.

TAPI

duit raya untuk underage sahaja! mwahahahaa...

Saturday, August 27, 2011

pengarah

latifah kemas scrub dapur buang sampah segala

manje mop lantai


botak pergi kelas tambahan UPSR

 sengih sapu sampah luar dalam kemas sidai kain


aku? mengarah dan memerhati aje.


sebab sakit perut + pinggang akibat angin

sebab tu kene pakai stoken

rajin tak makcik ni?


lasagna yang dikhabarkan itu. cheese tersalah pakai pon licin semorang makan. ngiahahaha

beraya di taiping

rancangan awal, nak bertolak balik ke taiping lepas buka puasa. meaning lepas makan-makan, solat maghrib, terus get-set-go ke taiping. tapi, kanaks 2 orang ini, Latifah & Manje ialah sangat lambat betul mengemas barang sendiri dan rumah DrNotts. adoi, penat aku tunggu tau.

akhirnya kami bertolak pukul 10pm++. Latifah kata, dia tak boleh nak drive malam sebab dia tak berapa nampak. apekah? patutnya yang kureng nampak ialah aku sebab aku ni rabun silau tinggi. tapi dia kata dia akan teman aku borak. si Manje pulak kata kalau aku penat, dia akan take over drive.

TAPI, sengal sungguh budak berdua ni. Manje, naik kereta, lepas aje sungai besi, terus kroh kroh dengan penuh bersungguh-sungguh.Latifah ok sikit, teman borak sikit-sikit. tapi most of the time aku nyanyi sorang-sorang. akhirnya diorang berdua kroh kroh bersama-sama siap lawan-lawan dengkur lagi you all!!!

perjalanan smooth aje. takde jem pon. just bila ada RnR ataupon exit, ada sesak sikit tapi tak la sampai berhenti terus. lepas dan berhenti beberapa kali untuk toilet dan beli makanan, kami sampai di rumah CikguLan pukul 3am. Sengih yang dah tidur, bangun tolong angkat barang. tapi Botak ialah slumber tidor dalam pada kitorang duk kecoh-kecoh tu.

sampai aje, borak-borak lagi. dari borak membawak ke sahur. dari sahur membawak ke isi duit raya dalam packet raya. tengok botak buat fashion show baju raya dia lagi. last skali, tidur pukul 5.30am. by the way, sape nak kutip duit raya dari aku, jemput datang ke rumah ye. rumah kuala sepetang boleh, rumah seri putra pon boleh.

so kami lepak sini sampai raya pertama. lepas zuhur raya pertama insyaAllah akan balik ke seri putra. beraya kajang pulak.

sediakan perut saja.

Friday, August 19, 2011

Dah

Lasagna. Buka puasa. Second round makan.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday, August 16, 2011

tahun lepas

15 august 2010 =  KL - London - Dublin. (ramadhan ke-5)

16 august 2010 = Dublin - Limerick - rumah sewa - groceries shopping

17 august 2010 = urusan imegresen di Garda (Balai polis) - groceries shopping - kereta fiat punto kecik

18 august 2010 = university of limerick - meeting with lecturers and professors


di kala itu;

buka puasa jam 9.30pm

sahur jam 2.30am (makanan buka puasa pon tak sempat khadam)

summer weather

feeling-feeling jadi orang irish kejap.

dan


ok dah...

super penat

4.30am, bangun untuk sahur. gosok gigi, panaskan air. bancuh nestum 1 mug, onkan tv dan paksa diri makan nestum. sambil sumbat nestum dalam mulut, layan tengok cerita aliff firdaus kat tv3. aku tak pernah tengok cerita ni. walaupon bosan, tapi layankan jugak lah. takkan nak tengok fugitive plan B pagi-pagi buta pulak kan. ada jugak adegan tak pergi kerje karang pasal nak tengok sayang Rain feveret DrNotts tersebut. alah, Rain yang mata macam lubang butang baju tu. sila google, Rain-korean-artist.

settle makan nestum, minum air mineral segelas. releks kejap, then tidur balik.

bangun pagi pulak, mandi manda (macam mandi jakuzi pulak kan). solat dan bersiap. nasib baik harini ada fieldwork. so pakai tshirt dan seluar khakhis sahaja. nanti bila mengajar sarung coat aje. packing netbook, masukkan dalam laptop bag. then salam DrNotts dan keluar rumah.

kunci grill, jalan ke lift, tekan button ke bawah. lift sampai, naik lift dan tekan button G. keluar lift, jalan ke kereta. start engine kereta. sambil tu letak beg laptop kat seat belakang. tunggu 5 minit, baru reverse kereta dan keluar. tag car-card kat guard house, vroom keluar. masuk plus highway, hala ke KL. exit di kajang.

sampai di office, thumb print dulu. aku biasanya tak kita, sampai lambat ke cepat, tetap thumb print. kalau orang atasan nak marah aku pasal datang lambat or balik awal, memang aku zass diorang balik sebab bak kata member seoffice, "kat school kita ni ada 3 orang penjaga, haji razak, taufiq and aliaa". kami ialah warga yang paling awal datang office dan paling lambat balik. over rajin kah?

masuk bilik, onkan aircond dan lampu. kemas closet sebab bawak beberapa helai baju fresh dari rumah. hanger semua jacket dan lipat cantik-cantik baju-seluar lain. onkan PC pulak, check email dan check notes dan power point presentation, takut takde pulak nak mengajar kejap lagi ni. tepat 8.20am, naik ke computer lab untuk ambil lcd projector dari technician. turun bawah ke kelas dan mengajar.

habis kelas, lepak dalam office. nak marking test, takde mood sebab tulisan diorang ni mengalahkan tulisan doktor perubatan mahupun doktor falsafah. main games dulu kat PC sambil dengan hot.fm online.

lepas zuhur, terus bersiap nak turun ke site. ada kelas fieldwork. macam-macam ragam budak-budak ni masa kelas. ada yang dah minggu ke-7 ni pon masih pakai selipar jamban pergi fieldwork. memang kene halau lah kan. nasib baik tak panas terik sangat, so mengajar pon best. tengok student buat fieldwork pon tak la berkipas-kipas.

habis kelas, pergi borak dengan nai dan linda di bilik diorang. tengah syok-syok borak, tiba-tiba lampu, aircond, PC semua off sendiri. aduh, blackout kah? kami keluar dari bilik, jalan ke main office. member dalam tu pon duk lepak luar. rupanya bilik diorang pon blackout. member kat block belakang pon roger kata blackout. member kat bangunan admin pon roger kata blackout. maknanya satu ikram blackout lah kan? masa tu baru pukul 4.30pm.

dah feeling-feeling malas dah nak kerje. nak buat kerje camne. takkan nak marking paper sambil panas dalam bilik kot? kot ye pon nak kurus dengan cara sauna, ini bukan kaedahnya!!! tolong!!! maka kami sepakat (dengan boss skali join) untuk balik awal. yahooooo!!!

terus masuk bilik, capai handbag dan keluar. start kereta, terus ke bazar ramadhan di pkns bangi dengan nai. kami jalan-jalan. aku beli kuih untuk diri sendiri dan DrNotts aje. saje nak jalan-jalan. biasanya kalau petang-petang camtu, dah hujan. alhamdulillah harini tak hujan. instead, panas kedengkang you all.

settle jalan, terus balik rumah. sampai rumah berkipas-kipas diri sebab panas. terus onkan aircond. cisss, dasar anak omputih celup aku dan adik-beradik aku ni. mandi dan solat, duduk depan TV sambil layan tv3. then panaskan makanan, keluarkan makanan dan kuih, sediakan air. zasss terus buka puasa.

memang rasa biasa aje rutin harian. ni belum masuk research lagi you all!!! nak tidur sekarang jugak rasa (padahal baru pukul 9.16pm).

excited

Bunda tersangat excited untuk sambut raya kali ni. sebabnya, kami beraya di Malaysia. yey us!!! maka, awal-awal lagi dah pesan suruh aku dan Latifah buat kuih raya tahun ni. memang kami tak order pon. so aku tanya, mama nak kuih ape? maka jawapannya ialah :

biskut cornflakes

cornflakes bermadu

ada lagi 2 jenis kuih yang tak buat lagi. yang ni semua first batch. nanti yang second batch kene adjust sikit sebab over manis lah pulak. lama betul tak buat kuih raya.

aku ni pon dah lama tak baking-baking ni. so over excited jugak lah bila duk buat-buat kuih raya ni. lepas tu pulak ada watak yang suka (manje & kassim la, sape lagi). tu yang lagi semangat nak buat lagi tuh.

next, nak try lagi 2 biskut tu pulak.

Monday, August 15, 2011

melepas rindu sambil iftar

lama sangatttt tak jumpa diorang. even sebelum ke UK tahun lepas pon tak sempat jumpa. cuba baru-baru ni yang ada jumpa mai n zul. lain-lain tak.

so kami janji nak berbuka sama-sama kat restoran mohd chan abdullah yang cawangan seksyen 15 shah alam. ni second time aku makan kat kedai ni. yang 1st time di cawangan bandar baru bangi. food - not so bad. tapi mungkin bukan taste aku kot.

macam-macam cerita ceriti. dari pasal boyfriend, suami, kerja, study, zaman kegemilangan kat uitm dulu, sampailah pasal baby, interview kerje, nak kahwin, etc.

nasir (bf nour), nour & mai

nour lagi, mai lagi, zul


budak muka bulat, ain, azim (husband ain)




biro penghabis makanan

lepas berbuka, kami pergi ke surau kat belakang kolej meranti sebab surau kat restoran tu penuh. settle maghrib, kami sambung lagi cerita ceriti sambil makan ABC kat seksyen 2. ha, sape budak uitm atau x-uitm yang tak pernah makan ABC seksyen 2, bukan budak uitm la namanya. 


 lepas tu kami balik, since esok nya ialah hari bekerja / kelas ye. seronok betul. nanti kita jumpa kat wedding izzat ye. 

ape bende ada kat office tu?

abahanda haji razak ialah baru pulang dari mengerjakan umrah. maka beliau bawak / sedekah / hadiahkan macam-macam untuk kitorang...


alamak, gambar sejadah lupa nak snap.

ape lagi?

ha, cactus yang beli kat cameron masa survey camp june haritu dah dipindahkan pot. maka hasilnya...


di kala bosan, pandang ke luar tingkap. boleh nampak progress pembinaan masjid ikram.

kalau dah siap nanti, boleh aku observe sape nak pergi solat jumaat. kene catit nama nih.



nanti aku snap lagi eh.

Sunday, August 14, 2011

sakan

semalam berjalan-jalan. tengok barang, belek barang, beli barang, congak bajet. swipe bank card.

sehari suntuk. by the end of the day, jalan sampai dah style seret kaki dah.

on the way balik rumah, plan awal nak berbuka di satay kajang. tapi, sampai aje di area bangi, terus bertukar fikiran nak berbuka di ani sup utara. call dulu kedai tu, nasib baik ada kosong. terus ke kedai dan order. borak-borak kejap, dah berbuka puasa. settle sup ekor, soto, mihun sup, sup paru.

lepas tu sambung seret kaki lagi di warta bangi.

finally, balik mandi tidur. nasib baik terjaga untuk sahur.

Saturday, August 13, 2011

ya ya ya... rinduuu

rindu westlifeeeee!!!!

sapa nak sponsor saya pergi westlife asian tour punya concert?



sebab dia (nicky) boyfried saya, maka letak shot yang ada muka dia. dia kahwin dengan anak perdana menteri ireland, Bertie Ahern dan kakak kepada penulis novel irish terkenal, Cecelia Ahern; iaitu Georgina Ahern.

Thursday, August 11, 2011

iftar

semangat betul nak pergi iftar. gilang gemilang event. alhamdulillah, yang kurang bernasib baik pon tak dilupakan. 

bersama nai, kak suraya & Dr Nur
 
kak siti noraini & anak-anak - hamra, husna, hasny




linda, aisyah comel, nai

bapa-bapa pengantin. hehe. en rahaman & AP Khairul
makan sedap. persembahan best. tetamu happy.

pro nya!

di hari kejadian itu, ada jugak papparazi dari daerah lain (sokkabar & astro juga ada). maka, inilah hasil tembakan diorang di kala aku kekonon pro menjadi MC of the day. 




kau tak tau lutut menggeletar jugak. big boss ikram suma datang tau takkk!!!

Wednesday, August 10, 2011

june's cameronian survey camp - final presentation

 present, jangan tak present. yang tukang nak dengar ni sampai menguap (tapi dalam hati aje) dan fikir-fikir ape soalan nak tanya nih. tapi boleh pulak aku terlupa nak snap gambar 1 group masa diorang present. adui. maybe sebab dah blurr kot diorang ni present panjang berjela-jela..

group bangunan tinggal

group re-do memangjang

group arabella

group abang kawasan & boria

group nak siap cepat

group goreng pisang
settle semua group present, kitorang terus cepat-cepat keluar cari makan. tak dinner lagi beb pasal presentation start pukul 3.30pm. adoi.  last-last dinner pukul 12.30 tengah malam.

pandai

ni la stok stok yang genius tu...


 

soalan : apekah komen anda terhadap gambar-gambar ini?

open book

mengikut pengalaman aku menjadi student dolu-dolu, kalau lecturer kata ada open book test, mula-mula memang melonjak seronok macam esok nak raya. tapi, bila baca aje soalan pertama kat kertas soalan, terus rasa nak hantuk kepala sendiri kat meja sebab rasa nak jerit "mane aku nak cari jawapan nehhh!!". pasal ape? pasal, konfem jawapan takde dalam buku-buku yang aku bawak tu weh.

so, sekarang, bila aku tanya student aku, korang nak test yang open book ke yang biasa aje. bila diorang jawab nak yang open book, aku cakap camni "alah, kalau saya kasi open internet sekalipon, konfem korang tak boleh jawab puny". tapi, budak-budak ni nak jugak. maka, aku pon kasilah. serius aku kasi open internet lagi.

ha, amek kau. siap cakap lagi tadi dengan aku masa hand-in jawapan "miss, boleh tak kita buat retest, tapi test biasa, tak nak open book".

aku gelak dalam hati aje sambil senyum.

Tuesday, August 9, 2011

santai-santai saja

santai aje pergi office harini sebab pukul 2 ada site survey.


ye, saya pakai sunblock.

so long...

this microwave has been serving us since 2004. masak nasik dalam tu, steam sayur dalam tu, panaskan lauk apetah lagi. Latifah siap masak meggie ok dalam tu.

ahad lepas, siap aje masak bubur nasi Lana, terus zasss meletup tanpa keluar spark. bunyi aje. dan, sekiansahajalah tamat riwayatnya.



sape nak picit Lana?

di kala lepas terawih di satu malam tersebut, maka DrNotts dengan bersungguh-sungguh mengajak kitorang pergi downtown. apekah?

adoi, panasnya!!! tak padan dengan malam. agaknya sebab haritu tak hujan. so sangattt lah panas ok!

budak Lana akak gembo-gembo yang dah kenal orang dan ialah cebik-cebik sambil nangis mengada di kala orang lain dokong dia. cisss.





gembo tu muka nak pelik aje bila orang lain dokong. tunjuk lampu suka pulak dah. lampu dalam bahasa arab ape eh? walaupon aku mengaji kat maahad dulu, tapi lamaaaa dah tinggal bahasa arab ni.

tiba-tiba bila gembo perasan mak pak dia takde, lalu...




sejurus pulang dari downtown tersebut, esoknya terus aku jadi tukang urut mengurut bahu DrNotts. ottukeh?

june's cameronian survey camp - the work

semangat betul diorang nak siapkan kerje awal dengan harapan boleh jalan-jalan. sebelum sampai site, macam-macam diorang planning. nak siapkan levelling dalam tempoh 2 jam aje then terus nak proceed buat controlled traverse. tapi, silalah tengok dulu keadaan mukabumi site korang yang cemerlang, lagi gemilang tu. dengan kereta banyak lagi. padahal tanah rata bukan tempat main attraction pon. tapi pelancong suka sangat duduk lepak sini.

so, pagi-pagi buta lagi dah bangun terus diorang pergi breakfast. dengan harapan dapat start kerje awal sebelum matahari keluar. tapi, kau tak tau yang matahari sini lah paling terik skali. sunburn tau tak!!!





ha, kan aku dah cakap. bawak topi. bukan topi kecik style pergi jalan-jalan tu ye. topi sayur tu. tapi degil. lepas lunch 1st day kerje, baru berebut-rebut semua nak beli topi sayur tu kat kedai hardware. 


siap terbaring-baring nak sketch plan

kau tak menangis nak setup alat kat puncak arabella ni

kepenatan sementara menunggu makanan sampai


lapar lapar lapar



peminat ambil gambar anuar zain tiruan




ha, baru kau tau kerje surveyor ni susah payah ye. nasib la budak-budak ni mudah nak dihandle. suruh balik rumah masing-masing, light-off pukul 12.00 tgh malam, semua ikut aje cakap. best lah.