semalam, dah berjanji dengan DrNotts untuk turut serta memilih dan membeli kain pasang untuk Latifah. kain pasang tu untuk dibuat baju kurung / kebaya / kurung moden etc untuk dia pakai masa pergi melawat sedara mara belah pengantin lelaki dan perempuan lepas dia kahwin nanti.
so aku pon bergigih la pulang ke rumah awal. awal tak awal jugak lah. pukul 6pm lebih baru sampai rumah. kerja kalau nak diikutkan, tak siap-siap. silap-silap kene tidor aje kat office tu.
anyway, sampai rumah, mandi bersiap segala. siap suruh Latifah kopekkan kulit buah rambutan yang beli kat depan kedai tracy masa hantar baju nak tempathtengah hari semalam. sedap giller rambutan dia. lekang dan manis. argh, sambil menaip ni teringat pulak lagi 2 ikat yang tak berkopek lagi. yummehhh!
so lepas maghrib, kami terus solat dan baca yaasin. DrNotts paling cepat dan tangkas sekali telah menjadi peserta pertama sampai kat kereta. aku sambil berlari laju-laju telah menjadi peserta ke-2. alah, Latifah memang lambat sampai pon. buat penat je aku lari-lari.
sampai di nilai square, terus ke park depan kedai kain yang pertama. terus masuk dan tengok kain dan pilih-pilih. adoi, akak thailand yang kat kedai 1st ni tak pandai layan customer. nak kene cakap ulang-ulang. menyampah aku. dah settle bayar semua, terus pegi kedai yang 2nd.
kat kedai 2nd tu mamat bangla yang layan kami. jauh lebih baik PR dia compare to akak thailand tadi. dia bukak semua kain papan yang kami tunjuk. pilih punya pilih sampai kedai dia hampir tutup semua. then kami bayar dan masuk dalam kereta.
dua-dua kedai, guna perkhidmatan pekerja asing. orang kita dah takde ke? setahu aku, ramai aje orang malaysia yang jobless dan penganggur terhormat. ape dah jadi ni? orang malaysia tak appreciate peluang pekerjaan yang banyak tersusun. memilih ke? apekah tak cool kalau kerja sebagai pelayan kedai kain?
aku pernah jadi floor engineer aka cleaner. aku pernah jadi packer kat kilang. aku pernah jaga kanak-kanak special needs (autistic, asperger, etc) dan pernah jadi baby sitter kat nursery. janji nak bekerja dan dapat gaji halal ye tak.
kene ubah nasib diri sendiri, sebab takde orang yang bertenang-hati nak tolong ubah nasib diri sendiri.
salam jumaat yaw!