Thursday, August 26, 2010

palapes

aku minat palapes. tapi nak masuk? aiyoo, fikir 10juta kali pasal takut nanti tak boleh bagi2kan masa between palapes n kelas. macamlah aku ni best student kan. kalau aku best student, jangan kata palapes, MPP pon aku blasah jugak jadi tau.

palapes - pasukan latihan pegawai simpanan.

salah satu duty yang best masa standby untuk palapes ialah pentauliahan palapes. masa tu kalau tak salah, tahun 2005. ada pentauliahan palapes universiti-universiti seluruh malaysia. masa tu uitm jadi tuan rumah. serius dah macam markas palapes dah aku tengok uitm masa tu. truck askar keluar masuk, kiri kana orang duk berkawad. biasanya pentauliahan ni acara die ambil masa tiga minggu. minggu pertama ialah sukan. siap biat liga beberapa jenis suka. minggu kedua ialah acara merentas halangan, lari2, etc. minggu ketiga pertandingan kawad dan rehearsal untuk hari pentauliahan yang biasanya jatuh pada hari terakhir event ni.

so, untuk sukan, macam biasalah. injury pon standat injury sukan aje. melecet, pengsan, luka, terkoyak. semangat kesokanan paling tak boleh ditandingi. siap ada yang palapes dari upsi tu, nyanyi lagu "kami guru malaysia" lagi untuk bagi semangat kat kawan2 yang tengah duk termengah2 lawan bola jaring n bola tampar. masa ni setiap universiti diberi duduk satu kolej. macam palapes ukm duduk kolej mawar. kitorang geng pbsm ialah duduk sekolej dengan papales ukm. palapes uitm memang dah ada kolej sendiri.

oleh kerana kitorang sekolej dengan palapes ukm, maka kitorang akan makan kat dewan makan yang sama dengan diorang. cuma meja kitorang diasingkan siap2. gemilang ok! sebab siap letak signage kat meja kitorang PBSM. ada sekali tu, time makan malam. biasalah kan kalau makan malam, waktu makannya pukul 6.30 petang. so kitorang pon turun dewan makan nak pegi makan. masa tu budak2 palapes ni tengah makan. lepas aje diorang makan, tetiba diorang punya pegawai latihan panggil diorang berbaris kat luar dewan makan. kitorang ni ingatkan itu ialah rutin. tiba2, budak2 palapes ni duk berguling2 kat atas jalan raya. well, kalau dah berguling lepas makan, ada la yang termuntah kan. kitorang ni sangat lah pelik. sebelum ni tak de pulak aktiviti gulingan dijalankan lepas makan. rupa2nya, diorang kene denda. sebab masa makan before tu, ada yang buat bising dan ada meja yang makan dulu, tak tunggu kawan2 lain sekali. ok, sangat berprotokol ye kawan2.  yang kitorang ni slumber aje makan duk gelak2. tapi takut jugak tetiba karang ada jugak pegawai tu panggil kitorang suruh guling skali.

masa aktiviti merempuh halangan, die dibahagikan 2 kategori. lelaki dan perempuan of course. kene lari dulu, ntah berapa kilometer sekitar uitm tu, naik bukit tonggek segala, then kene merempuh halangan. alah, yang biasa kita tengok dekat tempat askar tu. ada monkey bar, tembok 6 kaki n 12 kaki, merangkak bawah kawat duri, etc. lepas dah habis semua tu, kene menembak. konsepnya, markah takkan ditolak kalau semua ahli pasukan berjaya menamatkan semua tu, sampailah ke menembak. ada satu team tu, tak ingat dari universiti mana. group perempuan dia paling best sekali. pasalnye ada salah sorang ahli kumpulan dan macam nak pengsan lepas abis merempuh halangan. tunggal nak menembak aje. diorang seret kawan diorang tu sampai kat tempat menempak, pegang kolar baju budak nak pengsan tu, gegar2kan die. kuat ok die gegar. then budak tu pon macam mamai aje, bangun jugak n pegi ke tempat menembak dengan kawan2 die. yang group budak lelaki pulak, kene panjat tembok 12 kaki. mane ada orang yang tinggi sampai 12 kaki kan. so kene panjat atas kawan2 la nak lepas halangan tu. ada yang tersasar pujakan, patutnya pijak bahu kawan. tapi kaki salah aim, tersasar kene muka kawan tu, luka berdarah kat dahi. bayangkan kasut boot askar yang masuk hutan style kalo tak pakai stoken tebal konfem melecet tu. ha, bayang betapa sakitnya kne sampai berdarah yu ols!

kalau masa latihan perbarisan untuk hari pentauliahan, kitorang kne standby jugak. paling tokleh blah, ada skali tu sorang kadet ialah pengsan. masa tu lagu negaraku tengah dipasang. kitorang dihalang dari pegi ambil budak pengsan tu sebab kne hormat lagu kebangsaan. memang patriotik sungguh tau! so kne tunggu habis lagu tu, then kitorang lari angkut kadet tu ke tepi padang kawad dengan stretcher.

kalo nak cerita semua, memang takkan habis sampai bila-bila. palapes, oh palapes. tapi tengok kat upm punya palapes, macam lebih releks dari uitm punya. tapi ntah-ntah sama aje mental torturenya..

0 comments: