Wednesday, April 28, 2010

crush saya dah tamat tempohnya.. so saya perlu cari crush yang baru..

setelah semalam membuat aksi diluar kawalan, aku merasakan crush itu telah habis.. so aku perlu cari mangsa / target baru..

kenapa perlu ada crush? sebab ianya akan dijadikan penguat semangat (yelah tu..) untuk ke office, bekerja seharian tanpa rungutan (ye ke?)..

TAKDE MAKNANYE!

eleh, ada crush ke tak crush ke, life must go on. cuma bila ada crush tu, rasa interesting sket la adegan kehidupan aku ni (aku rasa la).

NTAH?

so, mane nak carik calon ni?

Cepatlah, dah tak tahan ni

tolong weh.. nak buat cane ni. tak tahan dah. cepat lah pegi. cepat lah blah.

member lama, rizal n wife dah sampai soton. time aku tengok gambar2 die kat sana di fb sambil dengar lagu yang diplay melalui windows media player, boleh pulak tetiba keluar lagi ronan keating - when you say nothing at all.. macam nak merembes keluar (pergh perkataan) air mata ni. bila la aku pulak? ish, sob sob..

lepas lagu tu, lagu blue - best in me.. aku ialah meletakkan pemilihan lagu kat window media player tu dalam keadaa shuffle ye, so bukan aku yang pilih lagu2 yang bakal keluar.. pergh, lagi feeling nak menjerit sekuat2 hati n guling2 kat luar ofis tu..

lepas tu pulak lagi A1 - take on me... dah tak terkeluar dah ape2 perkataan dari mulut aku. hati bagaikan dirobek2. takpon macam kulit dihiris-hiris nipis then perah air limau atas luka hirisan tu.. arghhhhhhhhh

memang la rasa diri ni bagaikan diejek2 pulak. "aliaa, bila ko nak pegi balik ni? ke ko memang suka duk kat situ aje?".. KEJI!!!

dikala air mata hampir menitis (kasi tragik sket ayat - tapi kalo yang kenal aku, tau yang aku ni tak reti express perasaan), keluar lagu korea.. [rasa macam hati menari2, menenangkan perasaan yang duka]..

sabar, sikit lagi ok..

little photographer


semalam, sedang lepak2 kat luar bersama rakan gossip lin n nana, aqeesh terus mintak pinjam dslr lin untuk ambil gambar kitorang.. ada talent budak ni.. abehla mummy ko aqeesh (abes la ko nana!)

 the little talented photographer in the making

 pandai pulak kanak ni amek angle ni (mummy nana dah siap posing)

 untie lin

 our abah berposing bersama payung

 untie lin n untie aliaa

 yang ni pulak tak kontrol cute memangjang (anak nana lagi sorang)

 untie lin tengah tunggu sapa tu?

 siap ada efek newspaper bergulung lagi
serius, kanak2 zaman skrang ni, barang permainan die tak main la camera yang pakai kodak gulung2 tu. digital camera pon dah tak main dah.. nak DSLR aje.. pergh.. serius mahal anak2 zaman skrang.. tapi, parent kne tau la mane satu yang diperlukan oleh anak2 n mane satu yang gesture untuk anak2..

aritu, ada borak2 dengan tiqa n izzat pasal alat penderaan orang zaman dulu2.. sebab masa part 1 kat uitm dulu, kitorang (aku, izzat n ana) ada pergi tengok show alat2 penyiksaan / penderaan kat PAS shah alam. so of cos la alat2 yang didisplaykan termasuk cawat besi, alat sula, rangka kerbau / lembu yang diperbuat dari besi (then masukkan orang dalam tu and letak kat api - supaya orang tu berasa panas dalam rangka kerbau / lembu tu), etc. dalam pameran tu jugak ada la tunjukkan cara penderaan / penyiksaan orang2 malaysia (especially orang melayu) zaman dolu2. tapi memang jauh lebih mudah, atau dengan lebih tepat, membuatkan kitorang tergelak. sebabnye, method / alat penyiksaan termasuklah rotan, ikat anak kat pokok berkerengga dan yang sewaktu dengannya (macam yang kita biasa dengar).

cerita punya cerita sambil gelak2 n membayangkan diri masing2 pakai cawat besi, tetibe tiqa cakap, "alah, kalo budak2 zaman skrang ni, nak dera senang aje. cut them out of any kind of internet connection. serius diorang kana didera zahir n batin".

well, aku memang setuju sangat!!!

Tuesday, April 27, 2010

cerita lama sudah

Event : Ikram Appreciation Lunch Ceremony. 
Date : 17 December 2009

Alhamdulillah, saya telah memenangi grand lucky draw.

Event tu start dari pagi, hingga lepas lunch time. Grand lucky draw ni adalah acara yang akhir sekali.

Sebenarnya, pada hari kejadian, saya berasa sangat down atas sebab2 yang tertentu. So dari pagi sampai petang, saya just duduk semeja dengan kak sharifan dan kak faiza sambil borak2 n bosan2 tengok persembahan n speech n penyampaian hadiah penghargaan dan hadiah lucky draw lain yang ada.

Bila nombor saya diumumkan sebagai pemenang utama, saya rasa terkedu, tapi pada masa yang sama, terus bangun, dabel check nombor tersebut dan pergi ke pentas untuk menerima hadiah.

Perasaan terus bertukar gembira. Betullah kata orang, you'll loose something, you'll gain something.

berkongsi kegembiraan dengan kawan2 ofis (itu kak faiza)

p/s: merujuk kepada entry sebelum ni, sebab ini lah saya katakan ada kemungkinan ada orang akan pertikaikan hadiah saya tu.. tapi takpe, kali ni rezeki saya.. lain kali, rezeki orang lain pula..

p/p/s: saya dah guna sikit hadiah2 yang dimenangi untuk beli barang2 yang bakal diperlukan kelak..

me


ada orang kata, kalo first time jumpa
  • sombongnya die  ni
  • tak reti senyum ke hape?
  • garang weh
  • don't play play with her u know
  • she can see right through you
tapi bila dah start berborak
  • bila die ni nak berenti bercakap?
  • apsal gigi die jarang2 (pasal aku pakai braces la ngek)
  • eh, baik budak ni (puji diri - ada yang cakap ye)
yang pastinya, orang tua-tua senang / mudah bercakap dengan aku.. kat supermarket pon ada jugak orang tua nak bertegur sapa dengan aku.. orang lain sebelah2 aku tanak pulak diorang nak ajak sembang kan..

pengalaman paling kelakar, ada sekali tu aku ikut encik kacak pegi beli barang2 die untuk kursus DPA kat KL. ondway balik ke kajang, naik star LRT dari KL ke sg besi. dalam tren tu, ada sorang lelaki, kategori pendek rasanya (sebab mcm sama tinggi dengan aku aje - aku ialah 5 kaki 3 inci ye), pakai smart, berkot bagai. memula aku tengok die tengah bercakap dengan orang lain dalam tren tu. so aku assume orang yang tengah bercakap dengan die tu ialah kawan die.. tetibe, die datang kat aku n ajak borak. aku rasa masa tu muka aku ialah "saya ialah penat berjalan2 di KL so saya tidak berminat untuk bercakap / berbual dengan sesiapa pun sekarang ini". tapi boleh die terus cakap:


mamat gila : hai, nak pegi mana?

aku : balik (supaya takde la nampak sombong kan)

mamat gila : oh, saya PILOT MAS

aku : ok (dalam hati : tak tanya pon)

mamat gila : malam ni saya ada flight ke London. saya dah lama kerje dengan MAS, biasa dah bawak flight jauh2, pegi London, THAILAND, CHINA.. (thailand n china tu kategori jauh ke bang?)

aku : ok (sambil tu aku tengok, die ada pegang pamplet2 visit malaysia, macam yang ministry of tourism ada keluarkan tu n diary tebal ala2 bisnesman)

mamat gila : saya ada banyak free gift dari MAS, setiap kali flight, mesti banyak lebih, saya boleh la ambil bawak balik rumah.

aku : ape free gift yang ada ? (nak jugak menguji minda die ni kan.. tapi dalam hati dah rasa macam die ni nak pancing orang suruh ikut die balik rumah la kot.. kalo bebudak hingusan, diorang akan cair dengan perkataan PILOT, MAS, freegift)

mamat gila : ada pen, poskad, set sudu garfu pinggan, selimut, banyak lagi la

aku : oo.. (hek eleh, setakat tu, melambak aku ada beb - riaknya..)


pastu die borak lagi menceritakan pasal kerje die jadi pilot, pegi negara orang la, sana, sini, speaking english berterabur macam tak pernah belajar cakap english (budak darjah 4 lagi pandai cakap dari die ye) bla bla bla.. sampai la kat sg. besi, aku nak keluar la kan, tukar naik komuter pulak nak balik rumah.. then


mamat gila : eh, awk turun kat sini ke? rumah kat mana?

aku : kne tukar tren

mamat gila : rumah saya kat sini2 aje. jom la datang rumah, boleh saya kasi free gift MAS kat awak. ada banyak sangat. (tengok, betul tak tekaan aku)

aku : eh, takpela. sy dah lambat ni (sambil jalan cepat2)

mamat gila : jom kita minum jap. alah, kejap je. lenkali awk boleh datang rumah saya (sah gila mamat ni)

aku : lenkali ye

mamat gila : so cane saya nak contact awk? kasi la no fon awak.

aku : awk la kasi no fon kat saya, nnt sy call awak (nak mngelak dari die ikut aku ler beb)


die pon kasi no fon die, bla bla bla then..


mamat gila : awak call saya ye, sebelum flight saya malam ni
(ha, ni datang idea pantas aku nak menguji minda budak gila ni)

aku : flight awak pkl berapa?

mamat gila : pukul 9malam

aku : ooo (aku dah beberapa kali ke London, setahu aku, biasanya flight ke London via MAS, waktu departure biasanya 11pagi atau 11 malam sahaja.. - rasa ragu2 dah banyak ni)

mamat gila : janji tau call saya (apehal mamat ni, baru jumpa 10 minit kot - sah gila)

aku : erm, berapa lama flight awak KL ke London ni ye?

mamat gila : 6-7 jam camtu la

aku : oo (sambil control ketawa + menyumpah seranah dalam hati) ok la, bai.


terus aku blah naik komuter hala ke seremban yang kebetulan sampai tepat pada waktu aku blah tu..

knapa aku control ketawan + menyumpah seranah? sebab, any flight KL-London yang paling cepat pon, ikut route paling pendek pon, akan ambil masa sekurang2nya 11jam 50 minit (ikut pengalaman2 aku yang lepas). so ape kejadahnye yang flight KL-London 6-7 jam? kalo ko naik jet pejuang tu lain la..

serius gila weh mamat tu.

moral of the story : kalo nak menipu, jangan main terjah aje.. orang zaman skrang ni pandai2. aku bernasib baik ada pengalaman pasal flight2 ni. kalo orang yang memang takde info pasal bende ni, mungkin akan terjerumus ke jerat mamat gila ni..

the real morale of the story of me : don't judge the book by its cover.

my baby U!

ini bukanlah entry khas untuk GEUN SUK mahupun HYUN BIN ataupun RAIN BI. tapi for my new baby [gadjet to be exact], RED inspiron mini DELL netbook.

i chose to buy this brand of netbook because from my observation, DELL is the most tough compact / mini computer in the market (from what i know, some people suggest toshiba and so on).

 her first boot

her silky skin [whut the....]

black is always the best color for gadjets

tujuan pembelian barangan ini bukanlah untuk menunjukkan kekayaan mahupun obses terhadap warna merah,, tapi untuk tujuan senang nak nampak. contohnya, kalo kat rumah aku ni ha, laptop macam sorang satu ade, sumanya warna hitam (kecuali semai punya yang ada tompok2 katun yang sungguh tidak dewasa itu). so kalo ada netbook warna merah, senang sket nampak. bukak pintu rumah aje dah bersilau2 dari jauh..

suddenly........

widad : chongmal? chongmal congmal chongmal? [terkorea kejap]

semai : ye, gwenchana eomma? [she is appearing suddenly]

me : jebal eomma, kaja meogero kimbab!

mama : weh gureh? kaja chigum meogero kimbab along!

widad : why only along?
me : because the rest of u guys (referring to the other siblings) are adopted... [mwahahahaaa]

alim : except for me! [what alim? have u not learn enough korean yet?]



that's all for now folks!

Monday, April 26, 2010

saya TERmenang..

haritu (bulan lepas rasanya) aku n ayoi pegi UK education fair.. tengok2 ape info yang kitorang boleh dapat.. then ada booth kuiz "so you think u know UK".. kitorang pon saje2 gedik2 santai buat kuiz tu..

it turns out, aku dapat score no-2 dari semua orang yang buat kuiz tu untuk hari tu (ada berapa ratu / ribu visitor ntah aritu).. so perasan ala2 teror la kan, padahal blasah aje jawab..

then ada extra kuiz untuk top 5 scorer. pemenang utama dapat mini HP netbook.. tapi takde rezeki nak menang laptop, menang hadiah ke-2 aje.. alhamdulillah..

tapi, lebih mentensikan bilamana beza markah dengan pemenang utama hanyalah 1 markah aje.. so ehem ehem...


inilah hadiah yang dimenangi..
  • gift voucher RM 50 - Body Shop
  • gift voucher RM500 - Jusco [erm erm erm]
p/s: yang jusco tu rasanya ada orang akan pertikaikan.. huhu

Friday, April 23, 2010

green






birthday widad 11/4/1994

beliau menjadi 16 tahun

kitorang pegi makan sushi king kat mines

makan sampai tak larat

tengok wayang citer "how to train your dragon"

makan desert lagi lepas tu

tapi ada satu syarat : tema hari tu ialah hijau

maka

aku pakai baju kotak2 hijau

eman pakai tshirt hijau

miza pakai blouse hijau (ala2 turqoise)

semai pakai tshirt hijau cair gila

mamat pakai tshirt rugby hijau

widad pakai tshirt + gelang + kasut + sepit rambut hijau

alim pakai tshirt hijau n ada jiggbits hijau

mama pakai seluar hijau pekat askar + gelang hijau widad



there widad, u got ur wish.. so, on my birthday, i want a new blackberry!

enjoying ourselves!

we've been enjoying ourselves!


















Thursday, April 22, 2010

survey camp kliuc @ lumut, perak - the act

selama2 aku buat survey n mengajar survey, tak pernah jumpa surveyor yang pakai total station sambil melutut.. gila kentang budak2 kliuc ni!

nak proof boundary stone, ha, jawab setup total station tepi pagar rumah orang

site yang panas

mengajar calculation 1-1

jalan2 naik boat

hala aje camera, suma terus posing

makan2 bbq

jalan2 di jeti lumut

mee udang kuala sepetang

zoo taiping?

paya bakau



feveret - Mr Cendol!

ok, sekian terima kasih