Wednesday, September 30, 2009

hectic day

harini ialah sangat banyak kerje nak kne settlekan:

  1. habiskan marking test utk 5 subjek
  2. siapkan soalan test n fotostat utk 80 students
  3. habiskan silibus class engineering surveying
  4. main ping pong (sebab dah 3 minggu tak main)
  5. siapkan paper utk conference lagi 2 minggu
  6. makan kuey tiaw kung fu (pehal ni?)
  7. jumpa student thesis
  8. tunggu student thesis lagi sorang datang (tapi tak datang sampai sudah)
  9. observe student buat field work (surveying)
  10. call orang chalet di desaru for survey camp
  11. bidan terjun evaluate student thesis punya proposal
jawab yu all.. itu pon, nak kne buat soalan test utk esok ni haa....

Tuesday, September 29, 2009

baru siap 4

baru siap 4 yu all.. ada 7 lagi.. nangis betul.. takpe, ada banyak masa lagi... yeke? tema ialah oren ye.. so rumah skrang ialah keorenan sebab banyak bende oren2.. kalo dulu kitorang adik beradik rajin tengok cerita "kinan & kell" kat nickleodeon.. feveret dialog ialah:

kinan : who loves orange soda
kell : kell loves orange soda
kinan : it is true???
kell : uhhuuuuu.. i do i do i doooo ooooooo






kenapa ada sos cili lingam tu? nak makan keropok kah? mungkin ya sebab dah kebas kaki bersila.. nanti sambung lagi, nak cukupkan korum 11..

Monday, September 28, 2009

ikan & ais krim

ahad lepas, encik ptd telah bermurah hari belanja encik ptd 2 aka haziman dan encik latah klein (eh, betul ke eja ni?).. beliau ajak kitorang makan lunch di pasar ikan manhattan.. sodap, selain daripada sebab dibelanja, memang sedap makanan die.. well, for me at least..

speghetti creamy something2..

untuk encik latah klein : deep fried oyster (die kata nak 2 lori, tapi makan berapa aje..)

main dish, kne bakar dulu yu all.. pastu aku lupa nama meal die.. haha

yg dibakar ialah cheese yang atas udang tersebut.. tapi bersasar sampai kne udang sket..

encik latah klein & encik ptd 1

encik latah klein bergambar sakan sebab die kata pakai mata batu, baju baru, seluar baru, belt baru n kasut baru.. spender? die tak tunjuk plak kat kitorang..

encik latah klein n encik ptd 2
glamer tau..

komdian ecnik latah klein belanja kitorang ice cream baskin robbins.. i chose strawberry cheesecake.. sodap yu all..

seronotnya orang belanja semua.. well, encik ptd belanja sebab kebetulan hari tu adalah bday encik ptd 2.. encik ptd dan encik ptd 2 adalah kawan since uitm, siap sekelas n sebilik lagi.. then sama2 berptd, cuma kementerian lain2.. tapi aku baru kenal haziman masa raya tahun lepas, masa tu encik ptd sefamily ajak tengok adik2 beliau menari (anjuran pakngah suhaimi yang belajar kat akademi aswara ke apebendetah nama die) kat dewan felda perdana..

encik ptd dan encik latah klein adalah senior pbsm aku masa kat uitm.. masa aku part 1 (baru masuk), diorang dah part 5 / 6, tak sure.. kiranya diorang masuk masa time itm lagi.. then cemana tah boleh rapat dengan diorang2 nie.. agaknya sebab selalu bercamping-mandi sungai-makan-cerita ceriti bersama kot.. panggil encik ptd sebab die adalah x-pbsm yang pertama yang jadi ptd.. panggil encil latah klein adalah sebab die memang kuat melatah, pantang kne cucuk pinggag / kne sergah, pastu melatah dengan jayanya. pastu die sangat suka beli barang2 calvin klein.. sebab die kata, dah kerja kuat2 n penat2, nak bagi hadiah kat diri sendiri.. nak harapkan orang, sampai sudah tak dapat (lepas tu encik ptd cucuk die n terus melatah tanpa niat, nasib baik tak keluar ayat carutan macam kat camping dulu.. hahaha)

kira2, dah lebih 7 tahun kenal diorang.. memang tak bosan.. erm, nanti sapa nak belanja aliaa lagi?

back to work

it is monday.. meaning, back to work people!

last week of lecture. meaning need to mark all the tests and quizes..

wow!

Saturday, September 26, 2009

amek berkat

its our (izzat and me) friend's wedding today.. so we went to her reception at bandar baru bangi.. orang melayu kata, kalo yang bujang2 ni pergi majlis perkahwinan orang, "amek berkat" orang kahwin supaya cepat sket bertemu jodoh ataupon percepatkan lagi proses menghala ke jinjang pelamin.. tapi tak sure lagi secepat ataupon sejauh mana kebenaran "kata2" mereka itu..



yes, she is really gojes i tell yu all!! pulaknya, kitorang peserta pertama yang sampai.. meaning yang geng2 dari maahad la.. ya, kawan dari sekolah menengah kat maahad kajang itu.. die adalah sama pangkat macam aku, iaitu "anak cikgu"..

yang peliknya, masa batch aku tu, ramai lah pulak anak2 cikgu.. tapinyer, dalam ramai2 tu, aku sorang aje yang masuk kelas ke-3 dan ke-4 masa form 2 & 3. anak2 cikgu lain suma masuk kelas 1st.. apekah maknanya? mwahahahaaa....

tapi, diorang suma baik2.. kata anak cikgu.. aku aje "nakal banyak".. haha..

kecuali satu bende yang aku rasa aku menang dari diorang.. iaitu.. jeng jeng jeng.. aku ialah paling jarang bercakap dengan lelaki.. kata dah kne basuh dengan senior.. haha.. so boleh bilang dengan jari aje la brape kali aku bercakap dengan lelaki.. bukan setakat budak laki kelas ye, satu sekolah ok.. oh ya, cikgu lelaki tak kira ye sebab masa aku form 4, guru kelas adalah cikgu lelaki.. so nak tanak kne cakap ler kalau tak faham..

kesimpulannya : budak2, kalo tanak belajar, pukul kaki die (ikut sunnah nabi di kala menghukum anak-anak).. tapi, kalo ikut style aku, cakap pakai reverse psikologi aje.. nescaya, takyah pukul pon konfrom menitik air mata diorang.. hahahaha (gelak jahat)

Thursday, September 24, 2009

separuh aje

siapa yang nak bertanggungjawab ni?


baru half dvd collection.. lagi half dalam bilik n kat almari dvd.. memang movie maniac kitorang ni..

selamat hari raya

kitorang beraya di taiping dan kajang..

4 (mamat), 2 (aiman) dan 6 (alim)

1 (me), 5 (widad) dan 3 (semai)


eid mubarak to all muslims..

glup glup glup


lamanya tak mandi sungai.. sape nak pegi? jom.. tapi tanak sungai klang / sungai kantan / sungai ramal dalam ya...

oh ya, gambar ni diambil oleh encik ptd.. aku terpengaruh dengan camera boleh masuk dalam air beliau la, sampai aku pon beli sejibik.. kwang kwang kwang..

kliuc alumni dinner (part 2)

yang ini adalah dari camera aku.. idokler DSLR pon.. camera digital biase aje.. nanti dah kaya raya, baru aku beli DSLR.. pastu dengan lense panjang2.. tapi kne belajar guna dulu la nampaknya..

kak siti (architecture)
hanah

me n lin (kiddo)


daddy asrul n mummy natrah

ada persembahan dari mek n ali mamak..



testing : macro dekat (tengok, sebelah tu kan artis.. aku tak tipu, kitorang memang dapat meja sebelah artis)

testing 2 : macro jauh
so skrang ialah dalam training lagi utk gunakan semua function yang dalam camera aku itu.. nanti aku nak testing lagi lah.. best pulak..

Wednesday, September 23, 2009

kurasakan

kurasakan, banyak betul aku makan raya ni... apakah nanti baju dah tak muat?

kurasakan, faizal tahir semakin hensem.. apakah ini petanda aku akan dapat sorang lagi boyfren yang muka n suara macam faizal tahir?

kurasakan, banyak betul dvd kat rumah ni.. bila agaknya aku nak habiskan tengok?

kurasakan, bermacam2 jenis kuih raya ada kat dapur.. berapa agaknya jumlah jenis kuih-kuih tu yar?

kurasakan, semakin pihak berkuasa (bapak polisi juga bapak imegresen) mengetatkan peraturan jual mercun / bunga api dan kawal selia keluar masuk barang2 ni, makin ramai pulak budak2 yang putus jari, segala macam la nak putus bila menjelang raya ni.. apakah diorang tak ambil iktibar kejadian2 sebelum nie?

kurasakan, speaker baru kat rumah ni sangat best.. tapi sound engineer (aiman n mamat) tak connect lagi kepada tv.. so cane nak dengar faizal tahir n siti nurhaliza nyanyi sambil guling2 nangis tengok diorang punya urat kat leher?

Wednesday, September 16, 2009

dapat dah

pagi tadi, lepas punch in, terus bergegas ke eon bank kat kajang.. nak tukar duit raya.. telah dikhabarkan sebelum itu bahawa semua duit nak ditukar kat area bandar baru bangi, serdang dan seri kembangan dah habis.. tak tau la sahih ke tak berita tersebut, tapi to be on the safe side, aku pon berpergianlah ke kajang..

orang memang tak ramai.. best betul...

tapi kan, kat atm machine kat bank tu, ada sekumpula bangla yang nak kuarkan duit. dari aku masuk, sampai aku nak settle dah, tak habis2 diorang berkumpul kat 1 atm machine tu aje.. ke diorang kurang faham instruction kuarkan duit pakai atm tu? pulaknya, sorang pon staff eon bank takde yang pergi menolong. semua bizi mungkin..

pulang semula ke kantor, menyambung kerja..

sekian..

Monday, September 14, 2009

kaki wayang

masa sekolah rendah, pernah tengok wayang kat KL, mama n ayah bawak tengok citer "teenage mutant ninja tutle".. masa tu excited sungguh.. rasa panggung wayang tu besar giller macam padang bola sepak (exaggerate biar over kan)

masa sekolah menengah, tengok citer macam2 dah.. rasa macam : eh, best rupanya tengok citer kat skrin besar2 ni.. suma nampak (nasib naik idung tak nampak ok)

kat kat UK, ada tengok beberapa kali wayang.. layan aje la ape2 citer, tapi ini adalah first time tengok wayang free sitting.. layan gila.. pastu beli makanan kat bakery shop, masukkan dalam beg n seludup masuk wayang.. last2 wayang tu bau "cheese n union paste".. hahaha

kat uitm, aku n izzat adalah kaki wayang terhebat dalam sejarah. nak pegi tengok wayang, siap naik bas.. jgn tak tau ok.. masa tu memang expert la cane nak pegi jusco bukit raja tu.. maklumlah, kat shah alam manader wayang.. kata sultan selangor tak kasi letak wayang kat shah alam, tempat baginda bersemanyam.. bersemanyam ke merenyam? entah.. eh, puasa, mana boleh mengeta mengutuk mengeji.. oh, ya, aku pernah tengok lord of the rings : return of the king 3 kali dengan izzat ok..

masuk upm, tempat besa tengok wayang adalah mines, jusco cheras selatan n alamanda.. kalo nak jumpa geng2 uitm, ktorang tgk di midvalley.. masa nie la yang suma jenis cerita aku blasah aje tengok.. haha.. time ni, aku tengok cerita "cinta" by kabir bhatia 6 kali kat wayang.. sila jawab..

skrang? dengan family.. kitorang memang kaki wayang gila.. almost every weekend ktorang akan kuar n tengok wayang n main bowling.. high school musical 3 pon mama aku join ok tengok.. sapa nak jawab?

bulan ramadhan nie? wayang kat rumah aje.. sebab mama dah beli tv besar tuk ktorang.. skrang ialah kaki dvd pulak..

nur kasih.. Yet again

jumaat malam lepas la yg aku dpt tgk live kt tv..beberapa episod die yg sblm ni aku dh trlps..

Mmg best.. Again, the best cenimatography work i've ever seen (among the directors in malaysia of course)..

best, memang best.. makin lama makin interesting.. macam citer bersiti dolu2.. citer cinta koprat, cinderella, cinta antara benua.. oh, itu adalah cerita ceriti time aku sekolah rendah.. balik sekolah agama, campak beg - mandi cepat2 - tukar baju, duk depan tv tengok citer2 gitu ler, slot identiti..

skrang? manja lara? sory to all manja lara fans, tapi citer tu dah macam hape bende tah.. sory, aku tak minat..

so malam ni ada citer apa ye kat tv? bio nik? erm erm erm.. karang lebam pulak mata aku tengok..

mama saya kata...

mama saya kata, kne update blog selalu..
saya kata, alamak.. takde idea cane..

mama saya kata, kne bangun sahur..
saya kata, kalo mata berat tahap dewa, boleh makan sambil tutup mata ke..

mama saya kata, anak dara kne rajin kemas rumah..
saya kata, kalo dapat adik yang kaki sepah, cane ye..

mama saya kata, tengok cerita omputih boleh jadi pandai english..
saya kata, saya tengok hindustan dari kecik sampai sekarang, tak faham pon apebende shah rukh khan cakap..

mama saya kata, kne belajar rajin2..
saya kata, baik lah..

p/s: dalam bab belajar aje yang aku mengikut kata.. ampeh kan aku?

Friday, September 11, 2009

from kiddo's lense

rabu lepas, ada KLIUC alumni dinner die dewan datin seri endon kat putrajaya.. organized by KLIUC drum circle, dan meraikan anak2 yatim yayasan salam..

the theme was purple, tapi kak nat ialah kami punya ketua kontijen..


cantik pond kat situ.. siap ada ikan kap lagi.. tapi ikan2 tu pemalu..

on the way into the hall..
makcik2, mummy2 (lecturers) yang sibuk masa nak meregisterkan diri mereka.. siap tertukar2 teket lagi.. kitorang dapat teket murah, RM10 instead of RM25 sbb ada sorang yang sangat pemurah sponsor more than harf of the ticket price..

ajk pendaftaran? asyik main walkie talkie aje aku tengok

our table

best dewan die.. aku kawin nanti nak buat kat sini lah..


tengok, sape yang melebih2 dari orang yang diraikan



mummy sharifah natrah (ketua kontijen)

ini kiddo ajar cane amek gambar guna macro

ms ni tengah dengar persembahan nasyid kumpulan an-nur (iye ke?).. group budak2 perempuan.. erm erm erm.. no komen.. tengok aksi aku n kak ifa sudah..


pembuka bicara


sungguh air orang kawin

kiddo n mummy nat

mama hanah n kiddo

dari belakang.. registrar baru, abah (haji razak - bakal bapa mertuaku .. haha) dan encik khairul (dean engineering)


aku tengah testing belajar guna camera yang baru dijumpai itu..

cantik aje pro photographer amek gambar kan

ulam..


pro photographer (veteran) dengan anak die..

masa nak balik tu, tetibe ada gambar ini kat dewan datin serin endon..
i wonder why...

p/s: nanti ada susulan - from engku's lense (pro photographer jugak)