Tuesday, July 1, 2014

Jawapan yang aku boleh terima

Setelah berdolak dalik bergaduh dengan fikiran sendiri pasal broadband maxis dan line telefonnya, harini aku dah dapat jawapan yang aku boleh terima.

Iaitu : di kawasan rumah aku sampai ke bangi lama ke sungai merab, sekarang tengah process naik taraf network dari 3G kepada 4G. Means confirm network problem.

Tapi memang process upgrading ni bukanlah dilakukan 24jam sehari. Ada masa-masa tertentu dah kebetulan masa-masa tulah yang aku nak guna internet sangat.

Jawapan ni aku dapat pun bila aku ke maxis centre di Alamanda tadi. Tak lama dari dapat jawapan dari orang maxis tu, orang maxis lain pulak call. Yang ni diorang nak notify jugak benda yang sama, yakni network error. Diorang kenalah call aku kan sebab kes haritu yang aku report tu belum close kes lagi.

Ok, aku boleh terima jawapan tu.

Tapi orang maxis yang call tu dia cakap, process upgrading network ni dijangka sampai end of September ni, tapi mungkin akan habis lebih awal dan bukan melibatkan tempat aku je sampai bulan September ni. Tapi berperingkat.

So aku berdoa dengan penuh semangat agar upgrading network kat area rumah aku tu cepat lah siap.

Sekian, maxis.

0 comments: