Thursday, July 3, 2014

ape yang selalu dibeli di bazar ramadhan?

bahaya untuk aku kalau pergi bazar ramadhan ni. konfem tangan kiri kanan penuh, semua jenis makanan nak beli. tak cukup tu, esok nya kalau pergi lagi, bawak troli pulak. beli banyak-banyak makanan dengan alasan untuk berbuka lain, lepas solat maghrib nak makan makanan nasi berlauk - beli lain lagi, dah lepas terawih nak makan lagi - makanan lain lagi.

tapi, memang seriously, takkan terhabis makan semua tu.

tahun ni dah masuk tahun ke-3 kami tak ke bazar ramadhan. dan insyaAllah plannya akan dikekalkan sehingga habis ramadhan tahun ni. sebab most of the time akan berbuka bertiga dengan mother dan alim di rumah so kami prefer masak simple-simple tapi sekali masak, habis settle. cuma beli kuih aje kat gerai tepi jalan on the way nak balik rumah - bukan di bazar ya. kalau masuk bazar nanti dengan chicken wings lah nak capai, air tauhu lah bagai. padahal kat rumah dah siap ada longan bertin-tin yang memang kami suka minum untuk berbuka. itupun selalunya kami buat cekodok pisang je sebab paling senang. weekend ni nak try buat tepung talam. boleh simpan stok kuih barang 2-3 hari tu.

dulu memang aku hantu bazar ramadhan. balik kerja je, singgah bazar yang dekat pkns bangi tu. beli then balik rumah. tapi tulah, ada risk yang kena ambil. tapi aku tak ingat sama ada pernah dapat makanan tak elok (basi) atau tak. tapi kalau kuih tu memang dapat yang kurang sedap dan tak matching langsung dengan presentation yang gilang gemilang tu.

aku rasa harga makanan yang dijual pun ada yang naik setiap tahun. dulu zaman kat UiTM tahun 2002 - 2006, aku memang hari-hari lah pergi bazar nak beli makanan berbuka. maklumlah, makanan dewan makan selalu cepat habis kalau ramadhan dan kalau lambat datang, nak tunggu diorang refill memang lambat. zaman tu, nasi kerabu + daging salau harganya RM4 (kalau tak salah), beli air seplastik besar, RM1. So baru RM5. lain-lain memang aku takkan beli. lepas terawih akan keluar pergi cari nasi lemak pulak ataupun blasah roti canai or roti naan. kununnya nak buat sahur. tapi memang tak lah. balik kolej, pukul 12 malam tu jugak makan nasi lemak tu. kalau terjaga sahur (selalunya jaga) tinggal minum air je. kalau tak terjaga, nasiblah. so total dalam RM10 aku akan spend sehari (bazar + nasi lemak).

sekarang mungkin susah kut nak dapat harga yang macam dulu of course, sebab harga bahan mentah pun dah naik. aku rasa jangan nak salahkan sesiapa lah. kita tahu berapa duit yang kita ada, kita berbelanja mengikut kemampuan diri. kalau rasa beli barang dapur di JJ tu mahal, carilah tempat yang murah, aku rasa econsave paling murah. barang pun banyak. kami suka beli barang dapur di tesco atau giant. harga reasonable. pulaknya sekarang kan ada certain item yang brand tesco dan giant, so harga lebih murah dari brand lain. contohnya kalau mayonnaise brand ladies choice dan brand tesco, harga yang brand tesco lebih murah. rasa nya pun ok.

banyak option sekeliling, buat aje pilihan yang tepat. termasuklah, nak beli ikan kembung kat pasar, goreng dan buat sambal sendiri - kosnya murah tapi perlu masak sendiri, ataupun beli kat  bazar ramadhan yang harganya RM4 seekor.

4 comments:

SueGinola said...

Samalah Aliaa..saya pun panthanggg pergi bazar...dari nak beli murtabak 2 keping jek tetiba ayam golek, roti john, air tebu, ayam percik, segala kuih muih, segala goreng-goreng nak beli...huhuhu...
Ni dah tahun kedua masih bertahan tak beli makanan kat bazar (eh tahun lepas adalah 3-4 kali jugak..hehehe)..harap-harap masih betahan..

Wak Gelas said...

Azwan Ali sekali lagi mencetuskan ‘ketegangan’ di laman Twitter apabila menghina juadah Bazaar Ramadan macam sampah.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/hina-juadah-bazar-ramadan-azwan-ali-dikecam-di-twitter-38899?cp

aliaaroslan said...

@SueGinola saya rasa kalau nak pergi, takde masalah Sue. tapi kena pandai berbelanja ikut budget dan kena make sure bila beli tu, akan ada orang yang makan, untuk elak pembaziran. masalah saya kalau pergi memang asyik lah semua nak beli. hehe

aliaaroslan said...

@Wak Gelas diva ni memang cakap lepas tu. patutnya dia kena tegur berlapik, kasi nasihat cara yang baik. kalau macam ni, memang orang akan marah walaupun apa yang dia cakap tu ada betulnya. yetak...