Wednesday, July 2, 2014

Ramadhan ku

Almost everyyear, kalau masuk je bulan ramadhan, ringtone mobile phone aku akan ditukar kepada lagu Ramadhan by Brothers, yang pernah popular satu zaman dulu.

 Aku suka sangat kumpulan Brothers ni sebab diorang senior maahad aku. Super senior sebenarnya, kiranya father memang mengajar diorang lah. Yang kumpulan Mirwana tu pon dari maahad jugak dan diorang senior aku, aku form 1 diorang form 5. Tapi macam biasa ahli kumpulan dia dah beberapa kali ditukar.

Oleh kerana ipong ni kena purchase ringtone, aku nak kena browse lah nampaknya kalau ada ringtone tu, dan beli. Bukan apa, bulan ramadhan ni bulan nostalgia jugak. Banyak memori dalam bulan ramadhan ni. Dan dengan ringtone tu akan mengimbau lah kekononnya. 

Jap nak browse. 

0 comments: