Monday, July 7, 2014

Gelandangan issue

I prefer to call it Homeless issue. Kenapa? Sebab isu diorang ni ialah diorang homeless. Takde rumah. Sebab takde rumah nak berteduhlah diorang tidur di tepi-tepi kedai, kaki lima semua.

2 Sabtu yang lepas, aku join Kechara Soup Kitchen (KSK) geng di KL untuk beri makanan pada these homeless people. Tiba-tiba minggu lepas kecoh yang diorang nak clean kan semua homeless people ni. Dan siapa yang beri makanan pada diorang pun akan didenda. Apekah ini?

Seiously, before aku join KSK, aku punya minded atau pandangan terhadap orang homeless ni ialah "diorang malas bekerja so takde duit nak makan, tak mampu bayar sewa rumah so kena halau dari rumah" etc etc lagi lah. Semua alasan ni aku letakkan di bahu mereke, si homeless ni.

Tapi, lepas dah join, barulah aku faham kenapa wujudnya homeless people di Malaysia ni, especially di big town like KL, JB dan Penang.

Ada yang homeless ni, diorang bukannya tak bekerja. They do have daily job. Tapi, gaji tu tak cukup untuk diorang sewa rumah, apetah lagi bilik. Duit gaji tu semuanya diorang hantar balik kampung untuk family di kampung. Dia malas kerja ke?

Ada juga mangsa home-abuse. Di mana, seorang uncle Indian ni, he was a Civil Engineer from JKR. Kerja sehingga umur dia 60 tahun then pencen. Dia hantar 2 orang anak perempuan dia study Law di UK, belanja sendiri. Dia ada 2 biji rumah di Bangsar. Well, lepas kau dah work you ass off for all that lebih 35 tahun, dia nak duduk kat rumah, lepak sepanjang hari dan minum beer 2 botol sehari. Well, dia dah kerja kuat, provide more than enough for the family, lantaklah dia nak mabuk pun kan. Duit pencen dia masih cukup untuk maintain the perbelanjaan bulanan keluarga. Tapi the family kicked him out from the house. He ends up tidur bawah tangga LRT. Dia malas kerja ke? Dia takde rumah ke?

Dan kebanyakan yang homeless ni, kalau yang kategori muda (umur 20-40 tahun), yang supposedly masih kuat bekerja, diorang datang dari kampung. Dengan harapan dan semangat nak cari rezeki di kotaraya besar. Tapi, nasib kurang balik, sebab tak familiar dengan keadaan "kotaraya" kita ni, first night sampai, sambil nak cari tempat tidur, dah kena rompak. No money in hand, camne nak makan, or even nak naik bas pergi cari kerja / hadiri interview pun. Kalau nak balik kampung, ego di dada masih tebal. Mesti nak buntikan sesuatu pada orang kampung. Nak kemana-mana, takut sebab IC hilang sekali masa beg kena kebas. Nak renew IC, kena bayar RM10. RM 10 pun takde. Ni memang unsangkerebel.

Kebanyak Kitchen Soup geng ni diorang bukan saja beri makan, tapi diorang carikan jalan penyelesaian masalah-masalah diorang ni. Yang takde IC, diorang tolong dapatkan IC. Yang tak tau camne nak dapatkan bantuan baitulmal, zakat, etc, diorang akan tolong dapatkan bantuan. Yang nak duduk rumah orang tua-tua tapi tak tau cara atau di mana, diorang akan tolong dapatkan tempat dan pindahkan. Are they being paid for? Nope. They are all volunteers. Diorang tak minta duit sesiapa, semua keluar dari poket sendiri. Nak pergi hantar makanan naik kereta pun diorang tak claim petrol tau. Tapi majority semangat diorang kuat nak membantu. Misi bantuan masih mereka berikan. We are all Malay, Chinese, Indians, Chindians, many more mix genes and we are Muslims, Buddhists, Christian, etc etc.

For me, Volunteers - Diorang tak salah. Homeless people - Pun tak salah. Higher authority sepatutnya focus on selesaikan masalah untuk kurangkan mereka-mereka yang homeless ni. Bukannya tangkap diorang dan hantar ke Sungai Buloh (penjara). Jangan didenda kepada yang memberi.

Seriously, this is Ramadhan. Bulan kemuliaan. Bukan nak kata kalau tak Ramadhan boleh tangkap orang or denda orang, nope... Just think. For a second. If you are in their shoes. Be it the homeless or the volunteer.

4 comments:

Huda Ramlee said...

Aku dulu persepsi mcm tu jugak. Tapi bila dah rasa sepak terajang "kotaraya" yang diagung2 ni, baru ku tahu. Bersyukur sebab cukup makan pakai. Itupun sekadar cukup2 walaupun keje laki bini. Aku respect org2 muda yg hidup mewah bawak kete import sewa/beli rumah bayar bulan2 value sama nilai dengan gaji aku. Daripada sibuk nak clean up homeless baik fikir cara nak atasi masalah kenaikan harga rumah yg makin macam haram jadah. Lama-lama nanti generasi akan datang dh xde nilai2 murni dalam diri.

Wak Gelas said...

siann kanns., UHuuu

aliaaroslan said...

@Huda Ramlee betul-betul. baik cari cara nak selesaikan masalah harga rumah yang tinggi dan cost of living di kotaraya yang tinggi sangat ni. kita pun rasa cukup-cukup makan, apetah lagi diorang kan. kalau ada menteri yang support, insyaAllah akan lebih terbuka rakyat punya minda.

aliaaroslan said...

@Wak Gelas memang kesian. cuma hati masih kental tak meleleh air mata je.