Monday, June 30, 2014

Baju Raya

Ape memori masak kecik-kecik yang paling korang ingat pasal baju raya?

Aku punya memori ialah, masa kecik-kecik, kami akan beli baju raya beberapa bulan sebelum ramadhan. Yes, sebelum ramadhan. Sebabnya bila dah ramadhan tu, kan ke nak kena berdrama jadi lembek sebab tak makan n minum. ahahahaha seriously, kes drama queen ni memang ternak dari kecik.

Anyway, kami akan pergi ke KL untuk beli baju raya. Yelah, mana ada Alamanda ataupun Mines zaman late 80's dan early 90's. Kalau kat KL tu kami akan ke ampang park, Yaohan dan Globe. Iye, kau, Globe silk store tu. Pastu keluar sikit ke Semua House. Kalau tak cukup stok kat KL, kami akan ke Subang Parade.

Yang paling ingat, dah pilih-pilih baju tu, dah try-try baju tu, mother akan duduk kat satu sudut, last streaming sambil pegang calculator. Kira budget. Masa tu gaji cikgu cikgi tak lah mewah macam sekarang. Tapi dalam pada macam tu, setiap sorang kami akan dapat at least 5 pasang baju baru untuk raya, tak termasuk baju kurung dan baju melayu.

Habis settle tu, kami akan cari kasut raya di kedai Bata. Dan kami akan dapat sorat satu sandal dan sorang satu kasut. Memang akan dipastikan kami dapat semua tu untuk hari raya.

Aksesori tambahan macam handbag ke, sepit rambut ke, memang ada jugak. Balik je dari shopping, semorang akan fashion show. Habis je, semua baju kasut dimasukkan dalam plastik, simpan dalam almari. Takkan keluar-keluar sampailah raya nanti.

Tapi, aku suka je sorok-sorok keluarkan, try baju raya tu then lipat baik2 tak tinggalkan kesan pon. Hevat tak i ols?

Yes, paling diingati ialah part calculator tu.

2 comments:

Wak Gelas said...

mother sorang je pegang calculator keew., uHUuu

salam ramadhan cik alia tuuu.,

aliaaroslan said...

@Wak Gelas Salam ramadhan untuk wak dan family.

Aah mother sorang je pegang calculator. Kami pegang baju masing-masing je.