Monday, July 14, 2014

Superman, but safety zero?

Tadi lepas berbuka, aku ke bangi. Janji nak jumpa dengan atiqah di papparich. So, berjumpalah kami ni... Sambil mengopi (aku lah, atiqah dia order air red bean and soya) dan makan roti bagai semua. Cerita ceriti bla bla bla. Lepas bayar bill, pulanglah kami ke rumah masing-masing. 

Aku memang pengguna setia plus highway since duduk di seri putra tu. Pergi kerja balik kerja. Pegi bangi, nilai, KL etc. cuma ada masa-masa jem tak hengat dari seremban membawak ke nilai membawak ke seri putra je, yang aku akan ikut jalan dalam yang lalu bangi lama bagai tu. 

So on the way nak balik tadi, atas highway, ada sorang penunggang motosikal yang drive style superman tu. Kejap dia kat lane kanan sekali kejap tukar lane lain, dan laju betul dia bawak. Camne aku tau laju? Sebab aku drive kereta pun dah 100km/jam, dan dia apatah lagi, siap potong aku lagi dan kereta dan motor yang lain. 

Aku teringat masa aku pergi kursus nak ambil lesen motor, penceramah tu ada cakap yang kalau bawak motor ni, safety 10% je, itupun sebab pakai helmet. Lagi 90% memang open je kepada driver tu nak ikut rules ke tak, drive dengan hati- hati ke tak, etc. of course ada kemalangan yang bukan salah pemandu motosikal pun. Cuma di pihak driver tu aku harap perlulah berhati-hati banyak. Kalau kau accident sorang-sorang disebabkan kecuaian sendiri, itu cerita lain. Tapi kalau dah kau jadi penyebab kepada kemalangan orang lain, kan dah susah macam tu. 

Sayangi nyawa anda dan orang yang tersayang. Betul, ajal maut di tangan Allah. Tapi tu bukan bermakna boleh sia-siakan peluang kau hidup di dunia ni dengan berlagak superman kan?

4 comments:

CT Humairah said...

orang naik moto memang suka cenggitu kot.. menyelit sana sini. if bad thing happen diorang salahkan orang pulak haigooo.. hihiks.. kg CT kat bangi lama :D

CT ada buat giveaway yang pertama sampai 16Julai2014.
sudi-sudikanlah tengok and kalau sudi joinlah sekali.
http://sitiyangmenaip.blogspot.com/2014/07/giveaway-wow-hari-raya-by-siti-yang.html

Wak Gelas said...

maner gmbr superman tuu., UHuuu

aliaaroslan said...

@CT Humairah oh, dekat je kita. memang, kalau dia rempit sorang-sorang takpe. ini kalau menyusahkan dan membahayakan orang lain tu yang letih tu kan.

aliaaroslan said...

@Wak Gelas tak sempat snap, wak. busy control stereng takut terlanggar superman tu.