Friday, July 11, 2014

excited tak? nak dekat raya dah ni...

aci tak kalau nak excited nak raya walaupun baru 13 hari puasa. aci la... please...

well, rasa excited nak raya sebab tak sabar nak pakai baju baru, makan rendang sampai tak larat, etc etc. tapi, tak excited dengan perkara lain yang bakal kena tempuh jugak.

ape perkara lain tu? antaranya conference yang IUKL organize semakin hampir, PERINTIS pon selang berapa minggu je lepas raya, etc etc. memang macam-macam.

bak kata kawan aku, kerja ni kalau kita nak adap je, memang sampai bila pun tak habis-habis. so aku memang dah lama tak stay back kat office buat kerja. zaman dulu-dulu memang selalu. sampai lepas maghrib baru balik. sekarang takde dah. kalau tak habis kerja pun, off je PC dan balik je.

ok, berbalik kepada raya. so far, persiapan yang dah dibuat ialah siapkan baju baru untuk raya. kuih pulak mother dah order. idokler berjenis-jenis, cuma kami order yang kami makan je. then order lebih lagi untuk hidang pada tetamu nanti.

ape lagi ek? oh, tadi aku dah order daging, limpa dan paru untuk buat rendang, as well as ayam kampung. so nanti minggu last puasa tu tinggal pergi collect aje, dah beli barang-barang untuk memasak rendang je, which yang insyaAllah mudah nak dapat. of course mother akan masak rendang nenek kajang. itu memang menjilat jari makan tu. slrppp sedapnesss.

tapi, takdelah aku nak berlangsir baru, berkerusi set baru bagai. kat rumah aku lak, ape yang ada je. kalau orang datang, konfem aku akan hidang kurma. aku tak plan nak buat open house cuma memang rumahku mengalu-alukan kedatangan tetamu ke rumah ku ini yang berada di udara ni (air-borne bak kata omputih sangat). kalau nak datang, inform tau. boleh i ols order pizza hut delivery. eh, dah ada dominos pizza jugak tau kat area rumah aku ni. tapi kalau nak request i ols masak nasi lemak pun boleh. insyaAllah. kau tengok, aku suruh request yang senang-senang je kan? ngeh ngeh ngeh.

apa lagi ek yang biasa orang buat persiapan?

oh yes, minggu depan nak kena tukar duit raya kat bank... sapa masih study boleh dapat duit raya. mari mari...

1 comments:

CT Humairah said...

CT singgah sini nak jemput join giveaway.
jemput singgah and jenguk plus sudi sudikanlah join :D

http://sitiyangmenaip.blogspot.com/2014/07/giveaway-wow-hari-raya-by-siti-yang.html