Wednesday, July 9, 2014

Control... control...

Bulan ramadhan ni, kalau siangnya asyik kecur air liur aje kerjanya. Bila dah berbuka, takde pun terliur sangat. Walaupun aku dah start berpuasa setiap tahun since umur 7 tahun, tapi masih lagi tak boleh tahan kalau bulan ramadhan tak tengok gambar-gambar makanan ataupun lalu depan kedai makan, dan yang sewaktu dengannya. I guess, tak kira lah berapa pun umur kita, nafsu makan tetap sama. Kan kan?

So, camne nak control nafsu makan? Jangan cakap kena kurangkan tengok blog-blog masakan. Mane boleh wei. Sebab dari situ lah dapat idea nak masak ape untuk berbuka nanti. Kat office pulak, bilik aku ni tingkapnya mengadap cafe. Memang akan terdengar krong-kreng senduk bertemu kuali dari cafe ni sebab memang buka je cafe ni untuk orang non-muslim beli dan makan. Ha, camne lagi? Tu belum lagi orang datang bawak sample kuih raya.

Jangan ingat bulan ramadhan ni kita boleh control makan je. Bila tak boleh makan, mulalah melilau nak cari modal lain menghilangkan bosan dan mengantuk. So, ape lagi? Kalau duduk depan laptop, mulalah tengok website or blog online shopping. Kalau berjalan-jalan di shopping mall, mulalah masuk kedai baju lah, kedai kasut lah. Dengan alasan "window shopping" je tapi tiba-tiba terbawak keluar hasil shopingan. Lepas tu, dapat pulak text message dari kedai / butik yang korang jadi ahli, yang kata diorang ada sale. Macam kes aku, Ariani tengah ada sale. Aduhhhhhhhhhhhhh. Panjang aduh aku tu.

Haaaaa, bukan makan dan berbelanja je kena control, mulut pon kena control. I mean jangan control time ramadhan je, kenalah improve from time to time. Jangan nak marah ikut sedap mulut je student-student tu. Kalau aku, aku suka kaedah reverse psychology. Tone suara aku senada dan rendah je. Tapi akan diakhiri dengan student minta maaf... Tak rugi pun minta maaf kan kalau memang betul kita yang salah.

Ape lagi nak kena control ni?

2 comments:

Wak Gelas said...

untunglar kita masih leh berpuasa dinegara sendiri, kat China tanah besar tu memey diharamkan orang Islam berpuasa yee., x produktif katanyer., uHuuu

aliaaroslan said...

@Wak Gelas syukur alhamdulillah dapat berpuasa di malaysia tanah tumpah darahku.