Friday, January 6, 2017

Aliaa bestnine 2016

Aku ada nampak orang duk post bestnine 2016. Cari punya cari, aku pon cubalah jugak buat bestnine aku.



Top picture ialah group photo di Laban Rata, Gunung Kinabalu sebelum turun ke Timpohon gate. Yes, definitely one of the most memorable trip for this year. Other than this hiking trip, aku juga berjaya mendaki sampai ke puncak Gunung Nuang via Pangsun walaupun tempoh pendakian lama dan pakej dengan kaki terselur serta cracked tailbone.

Tahun ini jugak adalah pertama kalinya aku join larian marathon. Bermula dengan SCKLM 2016 - Standard Chartered Kuala Lumpur Marathon, then aku join My Buddy's Run, FI run sempena hari sukan negara, Pink Diva run dan akhir sekali Putrajaya Night Marathon. Semua run ni aku join 10km, kecuali yang F1 run tu 11km (1 route circuit ialah 5.5km, pusing 2 kali).

Selain dari tu, aktiviti scuba diving juga diteruskan dengan aku berjaya dapat Advanced Open Water diver dan aku juga join satu lagi trip fun dive dengan kawan-kawan yang lain. Pengalaman menariknya, maximum aku turun dive sehingga 27m deep. Aku pon macam tak bercaya bila tengok reading gauge tu.

Other memorable trip ialah ke Korea dengan mother, Alim serta Maisarah sekeluarga. Tahun 2016 ni kami berjaya jalan-jalan keliling Jeju Island. Sangat best!!! Sofea dan Mateen well behaved.

Trip bersama kawan-kawan pulak, aku, Shah dan Clare telah menjelajah Perth, Austalia selama 9 hari. Itupon kami rasa tak cukup masa, banyak lagi tempat yang tak sempat pergi. Rasa nak pergi sambung explore Australia tapi maybe tahun-tahun yang akan datang. Kena ke negara lain pulak ni. Ke mana ya?

Selain trip ke luar negara, trip dalam negara pon kami ronda jugak. Pergi ke Penang bersama keluarga, Cherating dan Port Dickson dengan kawan-kawan office. Alamak, cerita ceriti Port Dickson tak sempat update lagi.

Apa cerita paling best? Akhirnya, setelah 5 tahun 1 bulan, aku telah submit thesis PhD aku kepada Graduate School UPM untuk viva. Tolong doakan perjalanan viva dan thesis correction aku berjalan lancar. Amin.

Office Hi-Tea 2016

Sebelum start semester baru haritu, ada event hi-tea bersama officemates. Kami ke Grill & Such di Seri Kembangan. Boleh search di FB untuk booking. Dia boleh reserve a space untuk private event. Makanan semua sedap. 


antara peserta yang awal yang datang

Kami datang awal sebab kami volunteer in charge hadiah-hadiah lucky draw. Hadiahnya kami campur-campur, ada yang murah ada yang mahal. Sementara tunggu semua sampai, kami ambil gambar dulu. Ada juga kawan-kawan yang layan karaoke seround dua...




simple door gift

tokey polaroid

with our lucky draw prizes




group photo

kambing dan ayam bakor

makanan kalau lebih kita boleh tapau




me and the kakaks


Seronok berborak-borak sambil makan sambil layan kawan-kawan karaoke tarik suara lagu rock kapak. Tak kurang jugak lagu jiwang. Your truly ialah nyanya lagu My Hear Will Go On versi Celine Dion muslimah. Hahaha.

Till next time, colleagues!