Thursday, August 1, 2013

social network

FB... FB... FB...

header to sila baca dengan gema dan kekuatan volume mengikut saiz tulisan ya...

ramai kawan-kawan dan teman-teman rapat yang bertanya, kenapa deactivate facebook... 

salah satu sebabnya ialah wall post "friends" semakin mengarut dari sehari ke sehari, termasuklah iklan menjual produk menguruskan badan ala-ala yang diterima oleh Kak Mimah dan iklan main game (ada lagi tau takkkk) yang diterima oleh Widad.

kawan pon cakap, unfriend lah dengan kawan-kawan yang wallpostkan iklan-iklan dan ajak main games tu? erm, masalahnya ialah itu ialah kawan-kawan lama. kalau kawan-kawan baru takpe jugak kan. 

kawan cakap lagi, alah, takkan sebab itu je? 

saya kata, ada lagi sebab lain. salah satunya, student-student saya yang tersayang sangat-sangat ni, suka ajak chatting malam-malam buta waktu ala-ala nak ke pagi subuh sepii tu. tanya khabar, saya ok je lagi. tapi kene agak-agak la ye tak saya pon nak bersesi tanya khabar dengan kawan-kawan yang lain yang waktu online mereka maca saya, waktu malam je. 

kalau saya unfriend kan student-student ni, nanti mungkin mereka akan berkecil hati. tapi, susah pulak saya nak berhubung dengan kawan-kawan yang saya bergantung kepada fb untuk berhubung dengan mereka. hurm... dah terputus hubungan dah pulak macam tu ye tak?

habistu, twitter cemana??? kenapa deactivate yang tu jugak?

actually saya dak takde modal nak merepek dalam twitter tu. towards the end saya banyak upload gambar je, which yang saya lebih prefer pakai instagram sebab boleh edit jerawat semua. eh, itu saya tipu, mane instagram boleh edit jerawat. i mean boleh kasi putih sikit. 

dan jugak, saya ni ala-ala ada sedikit terpengaruh dengan orang yang pakai ID ustaz dan ustazah yang dihormati dan menyebarkan ajaran tak berapa betul. so saya rasa lebih baik saya baca terus tulisan mereka online atau buku. lebih mendalam. macam yang imam muda asyraf selalu cakap, ada banyak benda yang susah nak explain dengan 160 huruf (termasuk space tau!) dan takut nanti disalah faham.

tiba-tiba kan, kat office ni, ada officemate yang perkenalkan Google+

jeng jeng jeng. 

boleh add saya di circle and dengan id : aliaaroslan.

"Sabarrr"

so far kalau orang cakap sabar, biasanya kalau kita dilanda masalah ataupon tengah kusut nak settlekan masalah atau hal. orang akan cakap "sabar.. sabar tu separuh dari iman". or something like that lah kan.

tapi ada jugak orang melayu malaysia yang salah gunakan perkataan sabar ni.

kat mana dia salah?

meh nak cerita. semalam lepas berbuka aku dan mother pergi giant nilai. nak stock up fridge. lepas dah shopping kat dalam giant tu, kami pon jalan-jalan ler kat area kedai-kedai kat giant tu. ada kiosk ape bagai jual macam-macam. tetiba aku ternampak 1 selendang cotton warna cream, memang colour yang aku nak dan lama dah mencari tapi tak jumpa cari jugak. so aku pon nak trylah. tetiba mother dah pergi kat kedai lain. masa aku dah nak bayar, barulah mother muncul.

mother : ada warna ape lagi dik? (tanya kat salesgirl tu)
salesgirl : ada warna ni je tinggal kak. tak banyak...
mother : oh, tengok yang warna merah tu dengan yang depan dia tu (sambil tunjuk selendang warna merah dan pink)
salesgirl : sabar (nada sinis)
mother : ape dia dik?
salesgirl : sabar kejap (nada sinis lagi)
mother : ape dia cakap long? (tanya kat aku)
aku : dia cakap sabar, ma...
mother : eh, dik tak boleh cakap macam tu dengan pelanggan. salah tau. ok lah long, i don't want them. you pay.

aku diam je tak cakap ape pon. bayar dan blah.

pada pendapat aku, tak boleh cakap gaya dan guna perkataan sabar macam tu kat pelanggan. sebelum ni tak pernah aku or mother kena macam tu. biasanya penjual akan sangat excited dan kalau dapat penjual yang tengah malas pon, dia akan layan walaupon muka dia monyok.

eh, ke aku je rasa penggunaan sabar dek penjual tu salah?