Tuesday, January 19, 2021

Sayur mayur

 First post for 2021 is about sayur? Yessss nasib baik update kan. 

Kebanyakan sayur aku makan. Yang masak, yang mentah. Memang aku makan. Punyalah cuba sedaya upaya nak include sayur dalam pemakanan harian. 

Baru baru ni berjinak-jinak beli ready to eat salad kat Aeon. Tinggal buka, letak dressing (kalau tak nak letak pun takpe), aku tambah cheese then makan. 



Kadang kadang aku tambah telur rebus. Kadang kadang aku lupa nak letak cheese. Ikut mana sempat lah kan. Sebenarnya lagi elok tak tambah dressing. Tapi dah ada so rugi lah tak makan kan hahaha.

Tapi ada jugak stock butterhead salad dan cherry tomato dalam fridge. Incase stock ready to eat salad ni habis. 

Manelah tau, kulit flawless macam pelakon Korea ke kan. Padahal diorang pon pakai makeup (refer kdramaTrue Beauty). 


0 comments: